Kami memberikan konsultasi berkaitan instrumen pentadbiran/ pengurusan harta/ harta amanah orang Islam serta menyediakan permohonan dokumen ikatan/pengisytihan harta/amanah untuk tujuan pengendorsan di Mahkamah Syariah dalam perkara-perkara berikut:
i. Faraid
Faraid adalah undang-undang Islam yang mengatur tentang pembahagian harta pusaka orang Islam apabila seseorang itu meninggal dunia. Ianya adalah mengenai siapa yang berhak terhadap harta peninggalan tersebut dan berapa bahagian yang ditetapkan bagi setiap waris yang layak. Kami menyediakan perkhidmatan perundingan mengenai Faraid untuk memastikan pembahagian harta dilakukan mengikut syariat Islam.
ii. Penyediaan Dokumen Hibah/Wasiat/Wakaf
Kami juga menyediakan perkhidmatan untuk penyediaan, pengesahan dan perundingan mengenai hibah, wasiat, dan wakaf. Hibah, wasiat, dan wakaf adalah kaedah yang digunakan untuk menguruskan harta pusaka dan memastikan bahawa harta tersebut diwarisi oleh orang yang dikehendaki.
iii. Pengesahan Hibah/Wasiat/Wakaf
iv. Perundingan harta orang Islam
Kami menyediakan perundingan harta orang Islam untuk membantu individu menguruskan harta mereka dengan sewajarnya. Perundingan ini meliputi aspek seperti pengurusan harta, pemilihan hibah atau wasiat, dan pemahaman mengenai undang-undang Faraid.
v. Permohonan Surat kuasa mentadbir/ perintah pembahagian (Mahkamah Tinggi)
Kami juga menyediakan khidmat untuk memohon surat kuasa mentadbir dan perintah pembahagian melalui Mahkamah Tinggi bagi memudahkan proses pengurusan harta pusaka. Kami akan membantu pelanggan dalam proses permohonan dan memastikan proses pengurusan harta pusaka dijalankan dengan lancar.
vi.Apa-apa pertikaian berkenaan harta orang Islam