Pasukan kami mempunyai kemahiran dalam menasihati dan mewakili syarikat atau penghutang bagi isu-isu berkaitan pendedahan kepada risiko terhadap sebarang tanggungan atau liabiliti yang melibatkan prosiding insolvensi dan kebankrapan.
Walau apa pun keadaan atau situasi kewangan yang dihadapi, kami boleh membantu daripada segi undang-undang untuk apa-apa isu yang berkaitan dengan insolvensi dan kebankrapan sama ada anda adalah pihak Pemiutang atau Penghutang.
Antara perkhidmatan-perkhidmatan yang kami tawarkan termasuk:-
i. Permohonan Adjukasi Kebankrapan
ii. Permohonan Pelepasan Kebankrapan Dan Permohonan Pasca Kebankrapan
iii. Petisyen Untuk Likuidasi Syarikat
iv. Lain-Lain Berkenaan Dengannya
Komersial/ Korporat
i. Perjanjian Dan Kontrak Perkongsian
ii. Usahasama
iii. Pemindahan Teknologi
iv. Penyelenggaraan
v. Lain-Lain Yang Berkaitan
Pertikaian Komersial
Kami mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas dalam melibatkan kesemua bentuk litigasi atau tindakan undang-undang mengenai pertikaian komersial seperti:-
a. Perlanggaran perjanjian kontrak.
b. Isu penjualan atau pembekalan barangan dan perkhidmatan.
c. Tuntutan atau pemulihan hutang.
d. Pertikaian mengenai harta intelek atau perdagangan.
Kami juga mengendalikan kesemua bentuk Penyelesaian Pertikaian Alternatif (Alternative Dispute Resolution) iaitu kaedah penyelesaian di luar Mahkamah termasuk arbitrasi atau mediasi di peringkat domestik dan antarabangsa.
Pembinaan
Undang-undang pembinaan merangkumi pelbagai isu, termasuk pertikaian kontrak, kecacatan pembinaan, tuntutan kelewatan dan kemalangan di tapak pembinaan.
Kami memiliki kepakaran dan pengetahuan dalam perkhidmatan yang berikut:-
a. Nasihat pakar tentang hak dan kewajipan mereka berkenaan isu pematuhan dan kawal selia, tender, pengurusan projek, pentadbiran kontrak dan mengelakkan pertikaian.
b. Penghasilan deraf dan menyemak kontrak pembinaan dan kontrak-kontrak yang berkaitan.
c. Perwakilan di peringkat adjudikasi berkenaan tuntutan CIPAA (Construction Industry Payment and Adjudication)
d. Perwakilan di peringkat arbitrasi dan mahkamah.
Temujanji Media
- The Edge Malaysia: High Court ruling on credit score formulation could invite more lawsuits against CTOS, say lawyers ---12/03/2024---Klik Sini