Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
SELANGOR
ENAKMEN No. 4 tahun 2003
BETA PERKENANKAN,
(MOHOR SHARAFUDDIN IDRIS SHAH,
KERAJAAN) SultanSelangor
8 Julai 2003
Suatu Enakmen untuk mengadakan peruntukan berhubungan dengan tatacara mal bagi Mahkamah Syariah.
MAKA INILAH DIPERBUAT oleh Badan Perudangan Negeri Selangor seperti yang berikut :
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
- (1) Enakmen ini bolehlah dinamakan Enakmen Tatacara Mal
Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
- Enakmen ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan melalui pemberitahuan dalam Warta.
Pemakaian
- Enakmen ini hendaklah mempunyai kuat kuasa dalam semua prosiding mal yang dimulakan di mana-mana Mahkamah Syariah kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain atau diperintahkan selainnya oleh
Tafsiran
- (1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“bailif” termasuklah Pendaftar atau mana-mana kerani atau pegawai Mahkamah yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan kewajipan seorang bailif;
“borang” ertinya borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dan borang yang disebut dengan menggunakan suatu nombor ertinya borang yang dinomborkan sedemikian dalam Jadual itu;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan oleh kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen ini;
“Enakmen Pentadbiran” ertinya Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 1/2003];
“Hakim” atau “Hakim Syarie” ertinya Ketua Hakim Syarie, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah atau Hakim Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;
“hari kehadiran” ertinya hari yang ditetapkan dalam mana-mana saman atau prosiding lain bagi kehadiran defendan atau mana-mana hari lain yang ditetapkan untuk pendengaran apa-apa prosiding itu;
“lien” ertinya suatu hak atas harta seseorang penghutang penghakiman setakat keterhutangan itu;
“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“Majlis” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“notis” ertinya notis bertulis melainkan jika dalam apa-apa hal diperintahkan selainnya oleh Mahkamah;
“orang belum dewasa” ertinya seseorang yang belum mencapai umur lapan belas tahun;
“orang tak berkeupayaan” termasuklah seseorang budak, seseorang tak sempurna akal dan seseorang yang ditegah menguruskan hartanya;
“Peguam Syarie” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya dalam Enakmen Pentadbiran;
“pemiutang penghakiman” ertinya orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman bagi pembayaran wang sama ada secara ansuran atau selainnya;
“Pendaftar” ertinya Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah, atau Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang dilantik di bawah Enakmen Pentadbiran;
“penghakiman” termasuklah alasan penghakiman;
“penghutang penghakiman” ertinya orang yang bertanggungan di bawah mana-mana penghakiman bagi pembayaran wang;
“terjemahan diperakui” ertinya terjemahan apa-apa dokumen yang diperakui betul oleh pegawai Mahkamah atau oleh mana-mana orang lain yang diterima oleh Mahkamah.
- Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan tidak ditakrifkan dalam Enakmen ini tetapi ditakrifkan dalam Bahagian I Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya setakat yang pengertian itu tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
- Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau pentafsiran perkataan-perkataan dan ungkapan-ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini yang disenaraikan dalam Jadual Pertama, rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan-perkataan dan ungkapan- ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual itu.
Tajuk am borang
- Tiap-tiap dokumen, termasuk borang, yang difailkan di Mahkamah hendaklah mempunyai tajuk am seperti dalam Borang MS 1.
BAHAGIAN II
KESAN KETAKPATUHAN
Ketakpatuhan
- Ketakpatuhan mana-mana peruntukan Enakmen ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya tidaklah membatalkan mana-mana prosiding melainkan jika Mahkamah memerintahkan sedemikian, tetapi Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, mengetepikan mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai tak teratur, atau memerintahkan supaya apa-apa pindaan dibuat atas apa-apa terma yang difikirkannya adil.
Permohonan untuk mengenepikan kerana tak teratur
- Apa-apa permohonan untuk mengetepikan apa-apa prosiding, langkah yang diambil dalam apa-apa prosiding atau apa-apa dokumen, penghakiman atau perintah dalamnya kerana tak teratur tidaklah boleh dibenarkan melainkan jika permohonan itu dibuat dalam masa yang munasabah dan sebelum pihak yang memohon itu telah mengambil apa- apa langkah baru selepas menyedari tentang ketakteraturan itu.
BAHAGIAN III
CARA MEMULAKAN PROSIDING MAL
BAB 1
AM
Cara memulakan prosiding mal
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2) atau mana-mana undang- undang bertulis lain, tiap-tiap prosiding mal di Mahkamah hendaklah dimulakan melalui saman.
- Semua prosiding berkenaan dengan mana-mana perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua hendaklah dimulakan melalui
BAB 2
SAMAN
Bentuk saman
- Tiap-tiap saman—
- hendaklah dalam Borang MS 2; dan
- hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan tuntutan yang hendaklah mematuhi kehendak seksyen 63.
Salinan saman
- Tiap-tiap saman terhadap seorang defendan hendaklah dikemukakan untuk difailkan dalam tiga salinan dan satu salinan tambahan hendaklah dikemukakan bagi tiap-tiap defendan tambahan.
Pengeluaran dan penyampaian
- (1) Pendaftar hendaklah memeriksa saman dan—
- jika saman itu didapati sempurna bentuknya; dan
- jika plaintif telah membayar fi yang ditetapkan, termasuk fi bagi penyampaian jika penyampaian oleh Mahkamah diperlukan,
Pendaftar hendaklah memberikan suatu nombor bersiri padanya, memeteraikan, menandatangani dan mengeluarkannya.
(2) Jika Pendaftar berpendapat bahawa saman itu tidak sempurna bentuknya, dia boleh menolaknya atau mengarahkan supaya saman itu dipinda.
Masa penyampaian
- (1) Bagi maksud penyampaian, setiap saman hendaklah sah pada mulanya selama dua belas bulan bermula dari tarikh pengeluarannya.
- Jika sesuatu saman belum lagi disampaikan kepada defendan dalam tempoh yang dinyatakan dalam subseksyen (1), suatu permohonan boleh dibuat kepada Mahkamah untuk melanjutkan tempoh keesahan saman itu sebelum tarikh habis tempoh saman itu atau mana-mana hari kemudian daripada itu, jika ada, sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
- Mahkamah boleh melalui perintah melanjutkan tempoh keesahan saman itu dari semasa ke semasa selama apa-apa tempoh, yang tidak melebihi dua belas bulan pada mana-mana satu ketika, yang bermula dari hari yang mengikuti hari saman itu akan, kalau tidak kerana lanjutan itu, habis tempoh.
Kehilangan saman
- Jika sesuatu saman hilang selepas dikeluarkan, Mahkamah boleh memerintahkan supaya dikeluarkan suatu saman baru yang mengandungi tarikh, dan mempunyai kesan yang sama seperti saman asal.
Bentuk permohonan
BAB 3
PERMOHONAN
- (1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, tiap-tiap permohonan hendaklah dibuat melalui notis dalam Borang MS 3 dan disokong dengan afidavit yang diangkat sumpah mengikut Enakmen ini.
- Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan dengan sepenuhnya jenis perintah yang dipohon, dan mengandungi fakta yang cukup terperinci untuk menyokong permohonan itu, dan melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, hendaklah disampaikan kepada semua pihak dan orang yang berkepentingan dalamnya.
- Dalam sesuatu permohonan, penentang hendaklah disebut sebagai responden.
Pemakaian seksyen 9, 10, 11 dan 12
- Seksyen 9, 10, 11 dan 12 hendaklah terpakai, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, berhubungan dengan sesuatu permohonan sebagaimana seksyen-seksyen itu terpakai berhubungan dengan
Permohonan perceraian
- Walau apa pun apa-apa jua dalam Bahagian ini, suatu permohonan mendapatkan perceraian hendaklah dibuat mengikut tatacara yang ditetapkan dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 2/2003] dan prosiding selanjutnya berkenaan dengannya hendaklah dijalankan mengikut Enakmen itu.
BAB 4
TUNTUTAN ATAU PEMBELAAN LISAN
Tuntutan atau pembelaan lisan
- (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam Enakmen ini, Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, membenarkan apa-apa tuntutan atau pembelaan dibuat secara lisan:
Dengan syarat bahawa dalam hal sedemikian Mahkamah hendaklah merekodkan butir-butir tuntutan atau pembelaan itu dengan mengambil kira kehendak Enakmen ini yang berhubungan dengan saman atau permohonan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
- Mahkamah hendaklah menyampaikan satu salinan rekod yang dibuat di bawah subseksyen (1) kepada pihak yang baginya butir-butir tuntutan atau pembelaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, direkodkan.
- Apabila menerima rekod yang tersebut dalam subseksyen (2), pihak yang kepadanya rekod itu disampaikan hendaklah—
- memperakui butir-butir yang terkandung dalamnya dengan menurunkan tandatangannya atau cap ibu jari kanannya pada rekod itu;
- menyediakan salinan yang mencukupi bagi rekod itu supaya satu salinan boleh disampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu; dan
- menyampaikan satu salinan rekod itu kepada tiap-tiap pihak itu sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari
- Jika Mahkamah membenarkan suatu tuntutan atau pembelaan dibuat mengikut subseksyen (1), maka hendaklah mengenakan apa-apa fi yang ditetapkan sebagai tambahan kepada apa-apa fi lain yang kena dibayar di bawah Enakmen
BAHAGIAN IV PIHAK-PIHAK BAB 1
AM
Tafsiran
- Dalam Bahagian ini “plaintif” termasuklah pemohon dan “defendan” termasuklah
Percantuman pihak
- (1) Dua orang atau lebih boleh dicantumkan sekali dalam satu tindakan sebagai plaintif atau defendan dengan kebenaran Mahkamah atau jika—
- tindakan-tindakan yang berasingan dibawa oleh atau terhadap setiap seorang daripada mereka, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan persoalan undang-undang atau fakta yang sama akan timbul dalam kesemua tindakan itu; dan
- segala hak untuk mendapatkan relief yang dituntut dalam tindakan itu, sama ada hak-hak itu bersesama, berasingan atau sebagai pilihan, adalah berkenaan dengan atau timbul daripada transaksi atau siri transaksi yang sama.
- Walau apa pun subseksyen (1), jika Mahkamah mendapati bahawa apa-apa percantuman boleh menyulitkan mana-mana defendan atau melengahkan perbicaraan atau selainnya menyusahkan, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan defendan, memerintahkan supaya diadakan perbicaraan berasingan atau membuat apa-apa perintah lain yang difikirkannya patut.
- Penghakiman boleh diberi tanpa apa-apa pindaan kepada mana- mana plaintif bagi relief yang dia berhak mendapatnya, atau terhadap seorang defendan atau terhadap mana-mana seorang defendan atau lebih yang didapati bertanggungan mengikut tanggungan mereka masing- masing.
Perubahan pihak
- (1) Tertakluk kepada subsekysen (2), Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak pada mana-mana peringkat prosiding, membatalkan, menggantikan atau menambahkan mana-mana pihak mengikut apa-apa cara dan atas apa- apa terma yang adil dan patut.
(2) Tiada seorang pun boleh dijadikan plaintif tanpa persetujuannya atau, jika dia orang tak berkeupayaan, tanpa persetujuan wakilnya yang hendaklah ditandakan secara bertulis atau mengikut apa-apa cara lain yang dibenarkan.
Kesalahcantuman dan ketakcantuman pihak
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara Mahkamah boleh, sebagaimana yang difikirkannya adil dan sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan—
- memerintahkan mana-mana pihak yang telah dijadikan suatu pihak dengan tak patut atau tak perlu atau kerana apa-apa sebab telah terhenti menjadi pihak yang patut atau perlu, terhenti menjadi suatu pihak; atau
- memerintahkan supaya mana-mana pihak yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai suatu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan lengkap ditambahkan sebagai suatu pihak.
(2) Tiada seorang pun boleh ditambahkan sebagai plaintif tanpa persetujuannya yang ditandakan secara bertulis atau dengan apa-apa cara lain sebagaimana yang dibenarkan.
Pindaan dan penyampaian
- (1) Jika berlaku perubahan pihak semasa mana-mana prosiding belum selesai—
- tajuk prosiding itu hendaklah dipinda dengan sewajarnya; dan
- dokumen prosiding itu hendaklah disampaikan kepada mana- mana orang yang ditambahkan atau digantikan sebagai defendan melainkan jika dia bersetuju untuk mengenepikan penyampaian itu.
- Prosiding terhadap orang yang disebut dalam perenggan (1)(b) hendaklah disifatkan telah dimulakan mulai tarikh penyampaian atau pengenepian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Pemberhentian tindakan
- Dalam hal perkahwinan, kematian atau kebankrapan mana-mana pihak—
- jika kausa tindakan itu tidak menakat mengikut Hukum Syarak, prosiding itu hendaklah terhenti, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam perenggan (c);
- jika kausa tindakan itu menakat atau berterusan mengikut Hukum Syarak, prosiding itu tidaklah terhenti atau menjadi cacat; atau
- dalam hal kematian selepas perbicaraan tetapi sebelum penghakiman diumumkan atau dicatatkan, prosiding itu tidaklah terhenti, dan penghakiman boleh diumumkan atau dicatatkan.
Penurunan kepentingan
- (1) Dalam hal mana-mana penyerahhakan, pewujudan, perubahan, perpindahan atau penurunan kepentingan, harta pusaka, hakmilik atau tanggungan mana-mana pihak, antara permulaan mana-mana prosiding dengan penghakiman di dalamnya, orang yang kepadanya atau padanya kepentingan, harta pusaka, hakmilik, atau tanggungan telah diberikan atau turun boleh memohon supaya dia ditambahkan sebagai suatu pihak atau dijadikan suatu pihak bagi menggantikan suatu pihak yang lain dan plaintif boleh mengikut cara yang sama memohon untuk mendapatkan penambahan atau penggantian sedemikian, jika pihak yang berkenaan ialah defendan.
- Notis mana-mana permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah disampaikan kepada semua pihak.
- Jika suatu permohonan sepatutnya dibuat di bawah subseksyen
- dan tidak dibuat dalam tempoh yang munasabah, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan membuat permohonan dalam suatu tempoh ditentukan, dan jika pihak atau orang itu ingkar boleh membatalkan atau membuang prosiding itu, atau memerintahkan supaya pihak atau orang yang berkenaan dihalang daripada membela, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(4) Jika mana-mana perkara yang tersebut dalam subseksyen (1) berlaku selepas penghakiman dan ada wang untuk manfaat prosiding itu di Mahkamah, Mahkamah boleh memerintahkan supaya disampaikan kepada mana-mana orang apa-apa permohonan untuk mendapatkan suatu perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah.
BAB 2
ORANG TAK BERKEUPAYAAN
Orang tak berkeupayaan
- Mana-mana orang tak berkeupayaan boleh mendakwa atau didakwa melalui penjaga ad litemnya yang diluluskan dengan wajar oleh Mahkamah.
Persetujuan bagi pihak orang tak berkeupayaan
- Sesuatu persetujuan yang diberikan atau pengenepian yang dibuat bagi pihak seorang orang tak berkeupayaan oleh penjaga ad litemnya dengan kelulusan Mahkamah hendaklah mengikat orang tak berkeupayaan itu.
Peruntukan am tentang ketakupayaan
- Jika plaintif adalah seorang orang tak berkeupayaan—
- tiada penyelesaian atau kompromi boleh menjadi sah tanpa keizinan Mahkamah; dan
- semua wang atau harta lain yang diperoleh untuk plaintif dalam, atau berbangkit daripada tindakan itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah atau didepositkan di Mahkamah melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
Prosiding luar aturan
- Apa-apa prosiding yang diambil oleh atau terhadap orang tak berkeupayaan yang tidak menurut Enakmen ini atau Hukum Syarak hendaklah dibuang dan apa-apa penghakiman dan perintah yang dibuat dalam prosiding itu boleh diketepikan.
Pemecatan penjaga ad litem
- (1) Mahkamah boleh dengan alasan yang mencukupi mengikut Hukum Syarak memecat mana-mana penjaga ad litem dan menggantikannya dengan orang lain, iaitu seseorang yang layak dan sesuai dan sanggup bertindak.
- Mahkamah boleh melantik seseorang daripada pegawainya untuk menjadi seorang penjaga ad litem.
Plaintif belum dewasa mencapai umur dewasa
- (1) Seseorang plaintif belum dewasa hendaklah, apabila mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada menarik balik prosiding itu sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu atau meneruskan prosiding
- Tiada kebenaran untuk menarik balik diperlukan, tetapi Bahagian XIII hendaklah terpakai mengenai perkara itu.
- Jika plaintif belum dewasa menarik balik tuntutannya, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap kos, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
- Jika ada lebih daripada seorang plaintif, plaintif belum dewasa itu tidak boleh menarik balik tuntutannya tanpa kebenaran Mahkamah tetapi boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan namanya atau, jika dia ialah pihak yang perlu dalam prosiding itu, memotong namanya sebagai plaintif dan menjadikannya sebagai defendan atas apa- apa terma yang ditentukan oleh Mahkamah.
- Jika prosiding itu diteruskan, plaintif belum dewasa hendaklah memohon untuk meminda tajuk prosiding itu dan Mahkamah boleh meminda tajuk itu dan melepaskan penjaga ad litem
Defendan belum dewasa mencapai umur dewasa
- Jika seorang defendan yang belum dewasa belum mencapai umur dewasa semasa prosiding belum selesai, sama ada dia atau penjaga ad litemnya boleh memfailkan afidavit bagi membuktikan kedewasaan itu dan sesudah itu tajuk prosiding itu hendaklah dipinda, dan penjaga ad litem hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa soal mengenai kos yang disebabkan oleh kecuaian atau salah laku penjaga itu.
BAB 3
ORANG MISKIN
Permohonan untuk mendakwa atau membela sebagai orang miskin
- (1) Mana-mana orang yang berhasrat untuk memulakan atau membela apa-apa tindakan atau prosiding lain mengikut haknya sendiri, dan tidak berupaya membayar fi Mahkamah baginya, boleh memohon kepada Mahkamah untuk kebenaran mendakwa atau membela sebagai orang miskin.
- Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam Borang MS 4 dan disokong dengan afidavit yang mengandungi butir- butir yang berikut:
- nama, tempat tinggal dan pekerjaannya;
- akuan bahawa dia tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan
- segala fakta material mengenai kes itu.
- Afidavit itu hendaklah disediakan oleh pemohon atau oleh seorang pegawai Mahkamah yang berkenaan dan hendaklah ditentusahkan di hadapan seorang Hakim atau
- Jika Mahkamah berpuas hati—
- bahawa pemohon tidak berupaya membayar fi Mahkamah dalam prosiding itu; dan
- bahawa pemohon mempunyai kausa tindakan atau pembelaan yang baik, mengikut mana-mana yang berkenaan,
maka Mahkamah hendaklah membuat suatu perintah membenarkan pemohon (kemudian daripada ini disebut “orang miskin”) untuk mendakwa atau membela, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagai seorang orang miskin.
- Jika suatu perintah dibuat di bawah subseksyen (4), saman atau proses lain dalam tindakan atau prosiding lain itu dan catatan yang relevan dalam buku kausa hendaklah ditanda “orang miskin”.
- Jika Mahkamah tidak berpuas hati sedemikian hendaklah menolak permohonan itu dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap penolakan itu.
Orang miskin tidak boleh memberhentikan, dsb. tanpa kebenaran
- Orang miskin tidak boleh memberhentikan, menyelesaikan atau mengkompromikan tindakan atau prosiding lain tanpa kebenaran Mahkamah.
Kos
- Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, tiada orang miskin bertanggungan membayar kos kepada mana-mana pihak, atau berhak menerima daripada mana-mana pihak lain apa-apa kos selain perbelanjaan sebenar yang dilakukan dalam perjalanan prosiding itu.
BAHAGIAN V
PEGUAM SYARIE
Wakalah
- (1) Pelantikan seorang Peguam Syarie hendaklah dilafazkan oleh orang yang melantiknya, dan diterima oleh Peguam Syarie yang dilantik sedemikian, di hadapan Mahkamah atau Pendaftar.
(2) Jika seorang Peguam Syarie telah menerima pelantikannya di bawah subseksyen (1), dia hendaklah, sebelum mengambil apa-apa langkah dalam prosiding itu, memfailkan suatu wakalah dalam Borang MS 5.
Penyampaian kepada Peguam Syarie
- Jika seorang Peguam Syarie mewakili lebih daripada satu pihak dalam apa-apa prosiding, penyampaian satu salinan apa-apa dokumen kepada Peguam Syarie itu hendaklah menjadi penyampaian yang mencukupi kepada semua pihak itu.
Menukar Peguam Syarie
- (1) Jika suatu pihak berhasrat menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada semua pihak.
(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubungan dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan pelantikan Peguam Syarie.
Pelepasan Peguam Syarie
- Jika suatu pihak ingin melepaskan Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis pelepasan itu dalam Borang MS 7 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.
Pelepasan atas permohonan Peguam Syarie
- Jika Peguam Syarie yang mewakili suatu pihak memohon untuk dilepaskan, dia hendaklah memfailkan suatu notis penarikan diri dalam Borang MS 8 dan menyampaikan suatu salinan notis kepada pihak yang diwakilinya.
Kematian
- Wakalah seseorang Peguam Syarie hendaklah tamat dengan kematian Peguam Syarie itu atau pihak yang diwakilinya.
BAHAGIAN VI PENYAMPAIAN BAB 1
PENYAMPAIAN DALAM BIDANG KUASA
Alamat bagi penyampaian
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), tiap-tiap plaintif atau pemohon dan tiap-tiap orang yang memfailkan sesuatu saman atau dokumen lain dalam mana-mana prosiding, selain seorang pegawai Mahkamah yang bertindak demikian, dan mana-mana orang lain yang diperintahkan oleh Mahkamah untuk berbuat demikian hendaklah memberikan alamat bagi penyampaian di dalam Negeri Selangor.
- Jika mana-mana plaintif, pemohon atau orang lain itu diwakili oleh seorang Peguam Syarie, alamat Peguam Syarie itu hendaklah menjadi alamat bagi penyampaian.
Cara penyampaian
- (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah disampaikan ke diri, dan hendaklah dilaksanakan dengan menyerahkan saman atau dokumen lain itu, atau dengan
mengemukakannya untuk diperiksa dan menyerahkan satu salinan saman atau dokumen lain itu, kepada orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.
- Bagi maksud subseksyen (1), suatu salinan yang mengandungi meterai Mahkamah dan tandatangan Pendaftar hendaklah disifatkan sebagai suatu saman atau dokumen
- Penyampaian sesuatu saman atau dokumen lain hendaklah dilaksanakan oleh pegawai Mahkamah atau mana-mana orang lain.
Ketakterimaan
- Jika orang yang kepadanya sesuatu saman atau dokumen lain dikehendaki disampaikan enggan menerima saman atau dokumen itu atau salinannya, ia bolehlah ditinggalkan berhampiran dengan orang itu dan perhatiannya diarahkan kepada saman, dokumen atau salinannya itu.
Penyampaian kepada Peguam Syarie
- Sesuatu saman atau dokumen lain boleh disampaikan kepada Peguam Syarie mana-mana pihak yang telah memfailkan wakalah mengikut seksyen 34 kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Enakmen ini.
Penyampaian di alamat bagi penyampaian
- Sesuatu saman atau dokumen lain yang diserahkan di alamat bagi penyampaian mana-mana orang hendaklah disifatkan telah disampaikan kepada orang
Hari kehadiran
- (1) Sesuatu saman yang memulakan suatu tindakan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada tujuh hari genap sebelum hari kehadiran melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
- Tertakluk kepada Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, notis bagi semua prosiding lain hendaklah notis dua hari genap melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya.
- Hari kehadiran boleh diubah oleh Pendaftar, jika perlu.
Tempat dan masa penyampaian
- (1) Penyampaian boleh dilaksanakan di mana-mana tempat, pada mana-mana hari dan bila-bila masa pada waktu siang atau malam.
- Penyampaian selepas pukul 4.00 petang hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang berikutnya.
- Penyampaian yang dilaksanakan selepas pukul 00 tengah hari pada hari sebelum, atau pada bila-bila masa pada, hari kelepasan mingguan atau pada bila-bila masa pada mana-mana hari kelepasan am, hendaklah disifatkan telah dilaksanakan pada hari yang mengikuti hari kelepasan itu.
Kes khas
- (1) Penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan hendaklah dibuat kepada penjaga ad litemnya, jika ada.
- Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, atas permohonan, memerintahkan supaya penyampaian kepada seseorang orang tak berkeupayaan dibuat kepada mana-mana orang lain.
- Penyampaian kepada seseorang di dalam penjara hendaklah dibuat kepada pegawai yang menjaga penjara itu, yang hendaklah menyebabkan saman atau dokumen lain itu diberikan kepada orang
- Penyampaian kepada mana-mana anggota Angkatan Tentera hendaklah dibuat kepada pegawai pemerintah atau adjutan unitnya, yang hendaklah menyebabkan saman atau dokumen lain itu diberikan kepada anggota itu.
Penyampaian ganti
- (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa atas apa-apa alasan yang mencukupi saman atau dokumen lain itu tidak dapat disampaikan secara biasa, Mahkamah boleh memerintahkan supaya saman atau dokumen lain itu disampaikan dengan cara menampalkan suatu salinannya di
papan kenyataan Mahkamah dan juga di suatu tempat yang mudah dilihat di bangunan tempat orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan terakhir diketahui tinggal, atau mengikut apa- apa cara lain yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
- Mahkamah boleh juga, dalam mana-mana hal yang termasuk dalam subseksyen (1), membuat perintah supaya penyampaian dibuat melalui iklan dalam mana-mana akhbar tempatan sebagaimana yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
- Penyampaian ganti hendaklah mempunyai kesan yang sama seperti penyampaian ke diri.
- Dalam hal penyampaian ganti, Mahkamah hendaklah, jika perlu, menetapkan masa bagi pihak yang berkenaan itu hadir di Mahkamah.
- Tiada perintah bagi penyampaian ganti boleh dibuat berkenaan dengan—
- sesuatu sepina; atau
- apa-apa dokumen yang memulakan prosiding bagi penangkapan atau pengkomitan mana-mana orang.
- Apa-apa permohonan bagi perintah di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit yang menyatakan fakta yang menjadi asas permohonan itu.
Bukti penyampaian
- (1) Penyampaian saman atau dokumen lain boleh, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, dibuktikan melalui afidavit orang yang melaksanakan penyampaian itu dan, jika penyampaian itu adalah ke diri dan orang yang kepadanya saman atau dokumen lain itu hendak disampaikan tidak dikenalinya sendiri, melalui afidavit orang yang mengecamkan orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan.
(2) Orang yang kepadanya saman atau dokumen itu disampaikan hendaklah menandatangani suatu pengakuterimaan penyampaian, tetapi keengganan atau ketakupayaannya menandatangani sedemikian tidaklah akan menjejaskan keesahan penyampaian itu.
Mengubah perintah
- Suatu perintah bagi penyampaian, atau bagi penyampaian ganti, boleh diubah oleh Mahkamah.
Mengeluarkan waran sebagai ganti atau tambahan kepada saman
- Mahkamah boleh, dalam mana-mana hal yang Mahkamah berkuasa mengeluarkan saman bagi kehadiran mana-mana orang, setelah merekodkan alasannya, mengeluarkan waran untuk menangkapnya jika—
- sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan tetapi sebelum masa yang ditetapkan bagi kehadirannya, Mahkamah berpendapat ada alasan untuk mempercayai bahawa dia telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi saman itu; atau
- pada masa itu dia tidak hadir dan saman itu dibuktikan telah disampaikan dengan sempurna dalam masa yang mencukupi bagi memastikan kehadirannya mengikut saman itu dan tiada alasan munasabah diberikan bagi ketakhadiran itu.
BAB 2
PENYAMPAIAN DI LUAR BIDANG KUASA
Bila dibenarkan
- (1) Mahkamah boleh memerintahkan penyampaian saman atau permohonan di luar bidang kuasa jika—
- keseluruhan hal perkara tindakan itu berhubungan dengan harta tak alih yang terletak dalam Negeri Selangor;
- apa-apa relief diminta terhadap mana-mana orang yang berdomisil atau biasanya bermastautin atau menjalankan perniagaan di Negeri Selangor;
- tindakan itu dibawa dengan sepatutnya terhadap seseorang yang kepadanya penyampaian dibuat dengan sempurna di Negeri Selangor, seseorang di luar negeri Selangor ialah suatu pihak yang perlu atau patut dalam tindakan itu; atau
- dalam apa-apa hal yang berbangkit daripada perkahwinan, kemastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan itu pada masa permohonan itu ialah di Negeri Selangor.
(2) Tertakluk kepada seksyen 54, apa-apa perintah yang memberikan kebenaran untuk melaksanakan penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah mengarahkan cara penyampaian itu hendaklah dilaksanakan dan bagaimana penyampaian itu boleh dibuktikan.
Bentuk perintah
- Suatu perintah bagi penyampaian di luar bidang kuasa hendaklah menetapkan hari kehadiran orang yang kepadanya penyampaian hendak dibuat dan Mahkamah hendaklah mengambil kira dan boleh menghendaki keterangan tentang cara perhubungan dan pengangkutan.
Cara penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia
- (1) Apa-apa saman atau permohonan bagi penyampaian di luar bidang kuasa di dalam Malaysia bolehlah dihantar kepada mana-mana Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa di dalam kawasan tempatan di mana orang yang kepadanya saman atau dokumen itu hendak disampaikan dikatakan
(2) Saman atau permohonan yang hendak disampaikan itu boleh dihantar melalui pos atau selainnya bersama dengan permintaan bertulis bagi penyampaian yang ditandatangani oleh Hakim atau Pendaftar.
Mengubah perintah
- Sesuatu perintah bagi penyampaian di luar perintah bidang kuasa boleh diubah oleh Mahkamah.
BAHAGIAN VII
INTERPLIDER
Hak mendapatkan relief dengan cara interplider
- Jika—
- seseorang bertanggungan berkenaan dengan hutang atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain dan dia didakwa atau dia menjangka bahawa dia akan didakwa mengenai atau berkenaan dengan hutang, wang, barang atau harta itu oleh dua orang atau lebih yang membuat tuntutan bertentangan berkenaan dengannya; atau
- tuntutan dibuat untuk mendapatkan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil oleh bailif dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian oleh seseorang selain orang yang terhadapnya penghakiman itu dikeluarkan,
maka orang yang bertanggungan atau bailif itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief dengan cara interplider.
Tuntutan untuk mendapatkan barangan dsb., yang diambil dalam pelaksanaan
- (1) Mana-mana orang yang membuat tuntutan untuk mendapatkan atau berkenaan dengan apa-apa wang, barang atau harta alih lain yang diambil atau dicadangkan hendak diambil dalam pelaksanaan apa-apa penghakiman, atau untuk mendapatkan hasil atau nilai apa-apa barang atau harta sedemikian, hendaklah memberikan notis tuntutannya dalam Borang MS 9 kepada bailif yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan penghakiman itu dan hendaklah memasukkan dalam notisnya suatu pernyataan tentang alamatnya, dan alamat itu hendaklah menjadi alamat untuk penyampaian kepadanya.
- Apabila menerima tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini, bailif hendaklah dengan serta-merta memberikan notis mengenai tuntutan itu dalam Borang MS 10 kepada pemiutang pelaksanaan dan pemiutang pelaksanaan itu hendaklah, dalam masa empat hari selepas menerima notis itu, memberikan notis dalam Borang MS 11 kepada bailif memberitahunya sama ada dia mengaku atau mempertikaikan tuntutan itu.
- Jika—
- bailif menerima suatu notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mempertikaikan tuntutan itu, atau pemiutang pelaksanaan gagal, dalam tempoh yang disebut dalam subseksyen itu, memberikan notis yang dikehendaki itu; dan
- tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini tidak ditarik balik,
maka bailif boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini.
- Seorang bailif yang menerima notis daripada pemiutang pelaksanaan di bawah subseksyen (2) yang mengakui tuntutan yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah menarik diri daripada pemilikan wang, barang atau harta tak alih lain yang dituntut itu.
Cara membuat permohonan
- (1) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan relief di bawah Bahagian ini hendaklah dibuat melalui saman dalam Borang MS 12 atau MS 13, mengikut mana-mana yang sesuai.
- Tertakluk kepada subseksyen (3), sesuatu saman di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan afidavit bahawa pemohon itu—
- tidak menuntut apa-apa kepentingan dalam hal perkara yang dipertikaikan selain daripada caj atau kos;
- tidak berpakat-sulit dengan mana-mana pihak menuntut dalam hal perkara itu; dan
- sanggup membayar atau memindahkan hal perkara itu ke dalam Mahkamah atau membereskannya sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah.
- Jika pemohon ialah seorang bailif, dia tidak boleh memberikan apa-apa afidavit yang tersebut dalam subseksyen (2) melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah.
Penyampaian saman
- (1) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, saman yang disebut dalam seksyen 58, mestilah disampaikan ke diri sekurang- kurangnya tujuh hari sebelum hari kehadiran.
(2) Saman interplider mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS 14.
Kuasa Mahkamah yang mendengar saman
- (1) Jika, semasa mendengar saman di bawah Bahagian ini, semua orang yang membuat tuntutan yang bertentangan dalam hal perkara yang dipertikaikan itu (kemudian daripada ini disebut “pihak-pihak menuntut” dalam Bahagian ini) hadir, maka Mahkamah boleh memerintahkan—
- supaya mana-mana pihak menuntut dijadikan defendan dalam mana-mana tindakan yang belum selesai mengenai hal perkara yang dipertikaikan itu sebagai menggantikan atau sebagai tambahan kepada pemohon yang memohon relief di bawah Bahagian ini; atau
- supaya sesuatu isu antara pihak-pihak menuntut itu dinyatakan dan dibicarakan dan boleh mengarahkan yang mana di antara pihak-pihak menuntut itu hendak dijadikan plaintif dan yang mana hendak dijadikan defendan.
- Jika—
- pemohon atas suatu saman di bawah Bahagian ini seorang bailif;
- semua pihak menuntut bersetuju atau mana-mana di antara mereka meminta sedemikian; atau
- soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut adalah soalan undang-undang dan fakta-faktanya tidak dipertikaikan,
maka Mahkamah boleh memutuskan secara terus soalan yang menjadi isu di antara pihak-pihak menuntut itu dan membuat suatu perintah dengan sewajarnya atas apa-apa terma yang difikirkan adil.
Kuasa lain
- Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh dalam atau bagi maksud mana-mana prosiding interplider membuat apa-apa perintah tentang kos atau apa-apa perkara lain sebagaimana yang difikirkannya
Perbicaraan isu interplider
- (1) Bahagian XV hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan isu interplider sebagaimana Bahagian itu terpakai berhubungan dengan apa-apa kausa atau perkara
- Mahkamah yang membicarakan isu interplider boleh memberikan apa-apa penghakiman atau membuat apa-apa perintah yang akan dapat dengan muktamad membereskan segala soalan yang berbangkit dalam prosiding interplider
- Penghakiman itu mestilah dalam salah satu bentuk dalam Borang MS
BAHAGIAN VIII
Pernyataan tuntutan
PLIDING
- (1) Tiap-tiap pernyataan tuntutan hendaklah ditandatangani oleh plaintif atau Peguam Syarienya dan hendaklah mengandungi—
- suatu pernyataan yang ringkas lagi padat, dalam perenggan- perenggan yang bernombor, tentang fakta-fakta yang dijadikan sandaran oleh plaintif dan menunjukkan kausa tindakannya, termasuk butir-butir mengenai apa-apa sifat khas yang atasnya plaintif mendakwa, jika ada;
- butir-butir tuntutan yang mencukupi;
- suatu pernyataan tentang relief yang dituntut; dan
- butir-butir mengenai apa-apa permohonan
(2) Jika lebih daripada satu kausa tindakan dijadikan sandaran, alasan bagi setiap satu tindakan dan relief yang dituntut berdasarkan kausa itu hendaklah dinyatakan secara berasingan.
Defendan hendaklah menyampaikan pembelaan
- (1) Defendan yang mempertikaikan tanggungannya bagi keseluruhan atau sebahagian mana-mana tuntutan dalam tindakan itu boleh—
- pada bila-bila masa sebelum hari kehadiran, menyampaikan kepada plaintif suatu pembelaan; atau
- hadir pada hari kehadiran dan mempertikaikan tuntutan
- Jika defendan hadir di Mahkamah dan mempertikaikan tuntutan plaintif, Mahkamah boleh memerintahkannya supaya menyampaikan suatu pembelaan dalam apa-apa tempoh masa yang
- Pembelaan hendaklah dikemukakan dalam Borang MS
Bentuk pembelaan
- (1) Tiap-tiap pembelaan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam Syarienya dan hendaklah—
- sama ada mengaku atau menafikan tiap-tiap pengataan fakta yang material dalam pernyataan tuntutan;
- menyatakan dengan ringkas lagi padat apa-apa fakta baru yang dijadikan sandaran oleh defendan sebagai pembelaan; dan
- membangkitkan dengan ringkas lagi padat dan tanpa hujah apa-apa perkara undang-undang yang
(2) Penafian di bawah perenggan (1)(a) tidak boleh berbentuk mengelak tetapi hendaklah menjawab perkara isi.
Tuntutan balas
- (1) Tiap-tiap tuntutan balas hendaklah mengandungi perkara dan butir-butir yang sama seperti pernyataan tuntutan dan hendaklah ditandatangani oleh defendan atau Peguam
(2) Tuntutan balas tidak boleh dibuat terhadap mana-mana orang yang pada ketika itu bukan pihak dalam tindakan itu, tetapi jika suatu tindakan balas dibuat, suatu perintah penyatuan boleh dibuat oleh Mahkamah.
Pembelaan terhadap tuntutan balas
- (1) Jika mana-mana defendan membuat tuntutan balas, plaintif hendaklah, jika dia berhasrat hendak membuat pembelaan terhadap tuntutan balas itu, memfailkan dan menyebabkan disampaikan kepada defendan suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu dalam apa- apa tempoh masa yang diarahkan oleh
(2) Jika plaintif tidak mematuhi subseksyen (1), seksyen 16 hendaklah terpakai seolah-olah plaintif ialah seorang defendan.
Pembelaan tawaran
- Jika suatu pembelaan tawaran sebelum tindakan dibangkitkan maka defendan hendaklah, apabila memfailkan pembelaannya, membayar ke dalam Mahkamah amaun yang dikatakan telah ditawarkan
Jawapan
- Mahkamah boleh, atas alasan yang mencukupi, memberi kebenaran untuk memfailkan dan menyerahkan suatu jawapan kepada pembelaan, sama ada pembelaan itu ialah pembelaan terhadap suatu tuntutan atau tuntutan
Keengganan menerima pliding dan pindaan
- Mahkamah boleh enggan menerima atau boleh mengembalikan untuk dipinda mana-mana pliding yang tidak mematuhi kehendak Bahagian
Butir-butir
- (1) Jika mana-mana pliding tidak mengandungi butir-butir yang mencukupi, Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memerintahkan pihak yang bertanggungjawab supaya memfailkan dan menyebabkan disampaikan butir-butir lanjut dan jelas, dan boleh menggantung semua prosiding sehingga perintah itu
(2) Butir-butir lanjut dan jelas boleh difailkan dan disampaikan atas permintaan tanpa perintah.
BAHAGIAN IX
PEMBAYARAN KE DALAM DAN DARIPADA MAHKAMAH
Pembayaran ke dalam Mahkamah
- (1) Defendan boleh membayar wang ke dalam Mahkamah sebagai penyelesaian tuntutan atau mana-mana bahagiannya dan boleh juga membayar ke dalam Mahkamah sejumlah wang berkenaan dengan
- Defendan hendaklah memberikan notis kepada plaintif mengenai pembayaran itu dan, jika bayaran itu kurang daripada jumlah yang dituntut, notis itu hendaklah menyatakan berkenaan dengan apa pembayaran itu
Pembayaran daripada Mahkamah
- Tertakluk kepada seksyen 26 dan 78, jika pembayaran ke dalam Mahkamah adalah sama dengan amaun yang dituntut atau plaintif memilih untuk menerimanya sebagai penyelesaian keseluruhan tuntutannya, amaun itu hendaklah dibayar daripada Mahkamah kepadanya, dan dia boleh mendapat penghakiman bagi kesemua kos yang sebenarnya dilakukan sebelum dia menerima notis pembayaran ke dalam Mahkamah itu, dan kos untuk mencatatkan penghakiman bagi kos itu, melainkan jika dibayar tanpa
Penyelesaian sebahagian
- Jika pembayaran yang disebut dalam seksyen 73 adalah berkenaan dengan sebahagian daripada tuntutannya, plaintif boleh meneruskan tindakan berkenaan dengan bahagian yang lain
Perintah bagi pembayaran daripada Mahkamah
- Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen 73 dan 74, wang yang dibayar ke dalam Mahkamah tidak boleh dibayar daripada Mahkamah tanpa perintah
Kos
- Jika wang telah dibayar ke dalam Mahkamah dan plaintif gagal mendapat penghakiman bagi apa-apa amaun yang lebih besar, kos yang dilakukan oleh defendan selepas pembayaran ke dalam Mahkamah itu hendaklah dibayar oleh
Relief lain
- Jika plaintif memohon relief selain pembayaran wang, dia bolehlah meneruskan tindakannya untuk mendapatkan relief yang lain itu walaupun apa-apa wang telah dibayar daripada Mahkamah kepadanya.
Tawaran
- Jika pembayaran ke dalam Mahkamah dibuat dengan suatu pembelaan tawaran dan pembelaan itu disetujuterima, defendan adalah berhak untuk mendapatkan kos tindakan itu sepenuhnya dan wang di dalam Mahkamah tidak boleh dibayar daripada Mahkamah tanpa perintah
Tuntutan balas
- Bahagian ini hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai bagi tuntutan
BAHAGIAN X
PINDAAN
Pindaan kepada saman atau pliding
- (1) Tertakluk kepada Bahagian ini, Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, membenarkan plaintif meminda samannya, atau mana-mana pihak meminda plidingnya, atas apa- apa terma tentang kos atau selainnya sebagaimana yang adil dan mengikut apa-apa cara, jika ada, yang
- Jika suatu permohonan kepada Mahkamah untuk mendapatkan kebenaran membuat pindaan yang disebut dalam subseksyen (1) dibuat selepas habis tempoh apa-apa tempoh had masa yang relevan
yang berkuat kuasa pada tarikh pengeluaran saman itu, Mahkamah boleh, jika difikirkannya adil, memberikan kebenaran sedemikian atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.
- Tertakluk kepada subseksyen (2), mana-mana pihak dalam mana-mana prosiding boleh meminda plidingnya tanpa perintah Mahkamah pada bila-bila masa sebelum penyampaian kepada pihak yang satu
Pindaan kepada permohonan
- Seksyen 80 hendaklah, dengan apa-apa ubahsuaian yang perlu, terpakai berhubungan dengan sesuatu permohonan sebagaimana seksyen itu terpakai berhubungan dengan saman dan
Prosiding cacat
- Mahkamah boleh pada bila-bila masa, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan supaya dibuat apa-apa pindaan bagi maksud—
- membetulkan apa-apa kecacatan atau ralat dalam mana- mana prosiding; atau
- menentukan soalan sebenar yang menjadi kontroversi atau bagi mencapai keadilan antara pihak-pihak.
Cara meminda
- Sesuatu pindaan hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu salinan bersih dokumen yang dipinda, yang hendaklah menunjukkan pindaan yang telah dibuat, dan menyampaikan suatu salinan dokumen yang dipinda itu kepada pihak atau pihak-pihak yang satu lagi:
Dengan syarat bahawa jika pindaan itu diperintahkan semasa perbicaraan atau pendengaran mana-mana tindakan atau prosiding, atau jika semua pihak hadir semasa pindaan itu dibuat, Mahkamah boleh mengikut budibicaranya meminda dokumen dalam fail Mahkamah dan penyampaian kepada pihak-pihak tidaklah perlu.
Keciciran atau peninggalan
- Kesilapan tulisan atau ralat yang berbangkit daripada keciciran atau peninggalan tak sengaja boleh pada bila-bila masa dibetulkan oleh Mahkamah tanpa
BAHAGIAN XI
PENZAHIRAN
Penzahiran dokumen dan fakta
- (1) Mahkamah boleh, jika perlu dan atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, memerintahkan mana-mana pihak—
- menyatakan dengan bersumpah, secara lisan atau dengan afidavit apakah dokumen yang ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya berhubungan dengan perkara yang berkenaan, atau sama ada dia ada atau pernah ada dalam milikannya atau kuasanya apa-apa dokumen atau jenis dokumen tertentu, dan, dalam mana-mana hal itu, tempat tersimpannya mana-mana dokumen yang dahulunya berada dalam milikannya atau kuasanya, tetapi sekarang tidak lagi berada dalam milikannya atau kuasanya; atau
- mengemukakan apa-apa dokumen yang berada dalam milikannya atau
- Jika pihak itu ialah suatu badan, sama ada diperbadankan atau selainnya, seorang pegawainya boleh diperintahkan supaya mematuhi perintah atau arahan Mahkamah berkenaan dengan penzahiran apa-apa
- Mahkamah boleh menggantung prosiding itu sementara menanti pematuhan perintah atau arahan Mahkamah di bawah seksyen
Pemeriksaan dokumen
- Mana-mana pihak adalah berhak untuk memeriksa dan membuat salinan apa-apa dokumen dalam milikan atau kuasa pihak yang satu lagi dan yang disebut dalam mana-mana pliding, afidavit atau dokumen lain yang difailkan olehnya dalam prosiding itu atau semasa pemeriksaan lisan di bawah seksyen
Komunikasi dan dokumen terlindung
- Pengemukaan dan pemeriksaan dokumen di bawah Bahagian ini hendaklah tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang- undang yang berhubungan dengan komunikasi dan dokumen
Tiada rayuan terhadap perintah
- Maka tiada rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa perintah Mahkamah di bawah Bahagian ini kecuali dalam rayuan terhadap penghakiman kes itu pada
BAHAGIAN XII
PEMINDAHAN PROSIDING
Pemindahan prosiding ke suatu Mahkamah yang lain
- (1) Jika Hakim mana-mana Mahkamah berpuas hati bahawa mana-mana prosiding di dalam Mahkamah itu boleh dengan lebih senang atau adil dibicarakan di dalam suatu Mahkamah yang lain, maka dia boleh memerintahkan supaya prosiding itu dipindahkan ke Mahkamah yang lain
(2) Apa-apa pemindahan mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1) boleh dibuat oleh Hakim atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak melalui notis.
Tatacara mengenai pemindahan
- (1) Apabila suatu perintah dibuat bagi mengenai pemindahan mana-mana prosiding daripada satu Mahkamah kepada satu Mahkamah yang lain, Mahkamah yang daripadanya prosiding itu dipindahkan mestilah menghantar kepada Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan fail, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan prosiding itu, jika
(2) Mahkamah yang kepadanya prosiding itu dipindahkan boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak, memberikan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding itu sebagaimana yang difikirkannya patut.
Kos mengenai pemindahan
- Jika suatu perintah bagi pemindahan dibuat atas permohonan sesuatu pihak, maka kos yang dilakukan hendaklah menurut budi bicara
Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Tinggi Syariah kepada Mahkamah Rendah Syariah
- (1) Jika melalui suatu perintah Mahkamah Tinggi Syariah mana-mana prosiding diperintahkan supaya dipindahkan kepada Mahkamah Rendah Syariah, atau sesuatu isu diarahkan supaya dibicarakan di Mahkamah itu, Pendaftar hendaklah, apabila menerima perintah atau salinan diperakui bagi perintah itu, mencatatkan prosiding itu dalam Daftar Kes yang berkenaan, dan memberikan notis dalam Borang MS 17 sekurang-kurangnya empat belas hari sebelum hari kehadiran, kepada tiap-tiap pihak supaya hadir di hadapan Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan tentang perjalanan lanjut prosiding
(2) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang terkandung dalam perintah Mahkamah Tinggi Syariah, perbicaraan itu hendaklah diteruskan seolah-olah prosiding itu telah dimulakan dalam Mahkamah Rendah Syariah.
Tatacara mengenai pemindahan daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah
- Jika suatu perintah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Syariah bagi pemindahan mana-mana prosiding daripada Mahkamah Rendah Syariah kepada Mahkamah Tinggi Syariah, maka Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah hendaklah menghantar kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah fail prosiding itu, segala dokumen, ekshibit dan salinan diperakui bagi nota keterangan, jika ada, dan Pendaftar hendaklah memberikan notis pemindahan itu dalam Borang MS 18, kepada tiap-tiap pihak dalam tindakan
BAHAGIAN XIII
PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN
Penyelesaian tindakan
- Jika dengan persetujuan pihak-pihak sesuatu tindakan telah diselesaikan, Mahkamah boleh pada bila-bila masa dengan persetujuan pihak-pihak itu merekodkan hakikat penyelesaian itu dengan terma-termanya, dan rekod penyelesaian itu hendaklah menjadi pembelaan dengan cara res judicata dalam tindakan kemudiannya bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matanya adalah
Penarikan balik tuntutan
- (1) Plaintif boleh, dengan kebenaran Mahkamah, pada bila- bila masa sebelum penghakiman, menarik balik mana-mana prosiding keseluruhannya atau sebahagiannya dengan memberikan notis dalam Borang MS 19 kepada Mahkamah dan menyampaikan satu salinan notis itu kepada
(2) Jika plaintif menarik balik mana-mana prosiding di bawah subseksyen (1), defendan berhak mendapat kos prosiding itu.
Kesan penarikan balik ke atas prosiding selanjutnya
- Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen 95, dia tidak boleh kemudiannya membawa tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama melainkan jika Mahkamah telah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang
Penggantungan
- Jika plaintif telah menarik balik mana-mana prosiding di bawah seksyen 95 dan dia bertanggungan membayar apa-apa kos mana- mana pihak lain dalam tindakan itu, maka jika sebelum kos itu dibayar dia kemudiannya membawa suatu tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama, Mahkamah boleh memerintahkan supaya prosiding dalam tindakan itu digantung sehingga kos itu
Penarikan balik pembelaan
- Defendan boleh pada bila-bila masa dengan memberikan notis kepada plaintif menarik balik pembelaannya atau sebahagian daripadanya dan hendaklah, dalam keadaan itu, dihalang daripada membela prosiding itu atau mana-mana bahagian daripadanya, mengikut mana-mana yang
Sulh
- Pihak-pihak dalam apa-apa prosiding boleh, pada mana-mana peringkat prosiding itu, mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian mereka mengikut apa-apa kaedah sebagaimana yang ditetapkan atau, jika tiada kaedah sedemikian, mengikut Hukum
BAHAGIAN XIV KETERANGAN BAB 1
AM
Keterangan hendaklah diambil secara lisan
- Tertakluk kepada Enakmen ini dan Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 5/2003], apa-apa fakta yang dikehendaki dibuktikan pada perbicaraan apa- apa prosiding melalui keterangan pihak-pihak atau saksi-saksi hendaklah dibuktikan dengan memeriksa pihak-pihak atau saksi- saksi itu secara lisan di dalam Mahkamah
Keterangan melalui afidavit
- Mahkamah boleh, pada masa atau sebelum perbicaraan apa- apa prosiding, memerintahkan supaya afidavit mana-mana saksi dibacakan pada perbicaraan itu jika dalam hal keadaan kes itu adalah difikirkannya munasabah untuk memerintahkan
BAB 2
SEPINA
Permintaan bagi pengeluaran sepina
- (1) Sebelum suatu sepina dikeluarkan suatu permintaan dalam Borang MS 20 bagi pengeluaran sepina itu hendaklah difailkan di Mahkamah; dan permintaan itu hendaklah mengandungi nama dan alamat pihak yang meminta sepina itu dikeluarkan jika dia bertindak secara sendiri, atau nama firma dan alamat perniagaan Peguam Syarie pihak
- Pengeluaran sesuatu sepina adalah terlaksana sebaik sahaja sepina itu dimeteraikan oleh seorang pegawai
- Sesuatu sepina hendaklah mengikut salah satu bentuk dalam Borang MS 21, MS 22 atau MS 23, mengikut kehendak
Bilangan orang dalam sepina
- (1) Tiap-tiap sepina selain sepina supaya dokumen atau benda dikemukakan boleh memasukkan nama dua orang atau
(2) Sesuatu sepina supaya mengemukakan dokumen atau benda dikemukakan hendaklah mengandungi nama seorang sahaja.
Sepina supaya dokumen dikemukakan
- Mana-mana orang yang kepadanya disampaikan sepina supaya dia mengemukakan dokumen atau benda sahaja adalah telah mematuhinya dengan secukupnya jika dia menyebabkan dokumen atau benda itu dikemukakan tanpa hadir
Meminda sepina
- Jika terdapat kesilapan pada nama atau alamat mana-mana orang dalam sesuatu sepina, dan jika sepina itu belum lagi disampaikan, pihak yang atas permintaannya sepina itu dikeluarkan boleh dengan cara memfailkan permintaan kali kedua di bawah subseksyen 102 (1) meminta supaya sepina itu dimeteraikan semula mengikut bentuk yang betul dengan dicatatkan dengan perkataan “Dipinda dan dimeterai semula”.
Penyampaian sepina
- Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, sepina hendaklah disampaikan ke diri dan penyampaian itu tidaklah sah melainkan jika dilaksanakan dalam masa dua belas minggu selepas tarikh sepina itu
Jangka masa sepina
- Sesuatu sepina akan terus berkuat kuasa sehinggalah tamat pendengaran yang menghendaki kehadiran saksi
Rekod Mahkamah
- (1) Seseorang pegawai Mahkamah tidak boleh dikehendaki melalui sepina untuk mengemukakan rekod
- Jika salinan asal mana-mana rekod Mahkamah atau mana- mana dokumen yang difailkan di Mahkamah itu dikehendaki kerana apa-apa sebab khas, suatu permintaan bagi pengemukaannya bolehlah, atas permohonan pihak yang menghendakinya, dialamatkan oleh Pendaftar kepada Mahkamah
- Tiada tanda boleh diletakkan pada mana-mana rekod atau dokumen yang dikemukakan di bawah seksyen
Kehadiran banduan sebagai saksi atau pihak
- (1) Sesuatu permohonan untuk mendapat suatu perintah supaya seseorang yang dikurung di dalam penjara dikemukakan di hadapan Mahkamah boleh dibuat kepada Mahkamah secara ex parte melalui notis dalam Borang MS 24 dan disokong dengan
- Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, kos membawa saksi dalam jagaan selamat dari tempat tahanan ke Mahkamah dan balik hendaklah mula-mula sekali dibayar oleh pihak yang atas permohonannya perintah itu dikeluarkan dan hendaklah menjadi kos dalam
- Suatu perintah oleh Mahkamah supaya orang yang sedemikian dikemukakan hendaklah dalam Borang MS
Penawaran perbelanjaan
- Seseorang saksi tidak boleh dipaksa hadir berdasarkan suatu sepina melainkan jika sejumlah wang yang munasabah telah ditawarkan kepadanya untuk menampung perbelanjaannya pergi ke Mahkamah, berada di Mahkamah dan balik dari
Afidavit mengenai penyampaian sepina
- Sesuatu afidavit yang difailkan bagi maksud membuktikan penyampaian sesuatu sepina mestilah menyatakan bila, di mana, bagaimana dan oleh siapa penyampaian itu telah
BAB 3
AFIDAVIT
Membuat afidavit
- Sesuatu afidavit yang hendak digunakan dalam mana-mana prosiding di Mahkamah hendaklah dibuat dengan sumpah—
- di Negeri Selangor, di hadapan mana-mana Hakim Syarie atau Pendaftar;
- di Negeri lain di Malaysia, di hadapan Hakim Syarie atau Pendaftar mengikut kehendak kes;
- di mana-mana tempat di luar Malaysia, di hadapan mana- mana pegawai Islam Kedutaan Malaysia atau Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia atau Konsulat atau Misi Tetap di tempat itu yang diberi kuasa untuk mengendalikan
Bentuk afidavit
- (1) Sesuatu afidavit hendaklah dalam Borang MS
(2) Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, menerima sesuatu afidavit walaupun terdapat apa- apa ketakteraturan dalam bentuknya.
Salinan dokumen hendaklah dilampirkan pada afidavit
- (1) Salinan apa-apa dokumen yang hendak digunakan berhubungan dengan sesuatu afidavit hendaklah dilampirkan pada afidavit itu sebagai
(2) Sesuatu ekshibit bagi sesuatu afidavit hendaklah dikenal pasti melalui perakuan orang yang di hadapannya afidavit itu diangkat sumpah, dan perakuan itu hendaklah mengikut bentuk dalam Borang MS 27.
Menolak afidavit
- Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya menolak mana- mana afidavit yang kandungannya sukar dibaca atau difahami, atau yang mengandungi apa-apa tulisan antara baris, pengubahan atau pemadaman atau apa-apa kecacatan bentuk yang
Pindaan
- (1) Suatu afidavit yang telah difailkan tidak boleh dipinda kecuali bagi maksud membetulkan apa-apa kecacatan bentuk atau kesilapan
- Apa-apa pindaan yang dibuat di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat melalui afidavit pembetulan dan hendaklah difailkan sebelum
- Suatu afidavit tambahan boleh difailkan sebelum
Memfailkan afidavit
- (1) Tiada afidavit boleh difailkan selepas perbicaraan dimulakan kecuali dengan kebenaran
(2) Tiada rayuan boleh dibuat terhadap keengganan Mahkamah untuk memberikan kebenaran di bawah subseksyen (1), kecuali dalam suatu rayuan terhadap keputusan kes pada keseluruhannya.
Pemeriksaan balas
- (1) Mana-mana pihak yang berhasrat hendak mempertikaikan fakta yang dideposkan dalam suatu afidavit boleh menyampaikan kepada pihak yang memfailkan afidavit itu notis tentang hasrat untuk memeriksa balas deponen itu, dan sesudah itu, jika deponen itu tidak dikemukakan bagi pemeriksaan balas, Mahkamah hendaklah, kecuali dalam hal keadaan khas, menolak atau tidak mengambil kira afidavit
(2) Mahkamah boleh atas kehendaknya sendiri menghendaki kehadiran mana-mana deponen untuk diperiksa mengenai afidavitnya dan, jika dia tidak hadir, boleh menolak atau tidak mengambil kira afidavit itu.
BAHAGIAN XV
PENDENGARAN
Pendengaran di dalam Mahkamah
- Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain, semua prosiding yang dimulakan dengan saman hendaklah didengar dan diputuskan di dalam Mahkamah terbuka dan semua prosiding yang dimulakan dengan permohonan hendaklah didengar dan diputuskan di dalam
Kehadiran
- (1) Mana-mana pihak boleh hadir sendiri atau melalui Peguam Syarienya, tetapi tiap-tiap pihak hendaklah hadir pada pendengaran itu kecuali jika dibenarkan selainnya oleh
(2) Seseorang yang tak upaya hendaklah hadir melalui penjaga
ad litemnya.
Ketakhadiran pihak-pihak
- (1) Jika, apabila mana-mana tindakan dipanggil untuk pendengaran—
- tiada satu pihak pun hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu;
- defendan tidak hadir, Mahkamah boleh, tertakluk kepada bukti penyampaian wajar, mendengar dan memutuskan tindakan itu tanpa kehadirannya; atau
- plaintif tidak hadir, Mahkamah boleh membuang tindakan itu dan mendengar memutuskan apa-apa tuntutan
- Mahkamah hendaklah, sebelum membuat apa-apa penghakiman mengenai tuntutan plaintif di bawah perenggan (1)
(b) atau tuntutan balas defendan di bawah perenggan (1)(c), mengarahkan plaintif atau defendan, mengikut mana-mana yang berkenaan, mengangkat sumpah istizhar.
- Jika terdapat lebih daripada seorang plaintif atau defendan dan hanya seorang sahaja daripada mereka yang hadir, Mahkamah boleh mendengar tindakan itu terhadap pihak yang hadir itu dan memutuskan tindakan itu terhadap pihak-pihak yang tidak hadir mengikut subseksyen (1) atau (2).
- Mahkamah boleh mengikut budi bicaranya dalam mana- mana hal yang dinyatakan dalam subseksyen (1) atau (3) memerintahkan
Tuntutan balas
- Penggantungan, penarikan balik, pembatalan atau pembuangan tuntutan plaintif tidak boleh menghalang suatu tuntutan balas didengar dan
Tuntutan bersama
- Jika penghakiman diberikan bagi sejumlah wang atas tuntutan dan tuntutan balas kedua-duanya, Mahkamah boleh menolak salah satu daripadanya dan memberikan penghakiman bagi bakinya sahaja tetapi tanpa menjejaskan kuasa Mahkamah untuk membuat apa- apa perintah tentang kos sebagaimana yang difikirkannya
Nota keterangan
- Mahkamah hendaklah merekodkan keterangan yang diberikan dan, setakat yang didapati perlu, penghujahan undang-undang yang dibuat, termasuk apa-apa bantahan terhadap keterangan, dan boleh merekodkan apa-apa pemerhatian tentang tingkah laku saksi dan perkara material yang
Dokumen atau ekshibit
- (1) Dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan dan diterima hendaklah ditanda dan, melainkan jika Mahkamah memerintahkan selainnya, dokumen atau ekshibit itu atau salinan dokumen atau ekshibit itu hendaklah disimpan di dalam Mahkamah sementara menanti prosiding itu berakhir dan sehingga habis tempoh masa untuk
(2) Bagi maksud pengenalpastian, hendaklah juga ditanda sesuatu dokumen atau ekshibit lain yang dikemukakan sebagai keterangan tetapi telah ditolak.
Susunan ucapan
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2)—
- plaintif hendaklah memulakan dengan membuka kesnya; dan
- setiap pihak boleh, sebelum mengemukakan apa-apa keterangan, membuka
- Hakim yang di hadapannya suatu tindakan didengar boleh memberi arahan tentang pihak yang akan memulakan dan susunan ucapan pada perbicaraan itu, dan tertakluk kepada apa-apa arahan sedemikian, pihak yang akan memulakan hendaklah mempunyai hak memulakan penggulungan
- Apabila plaintif telah mengemukakan semua keterangan bagi kesnya, Hakim hendaklah memanggil defendan untuk mengemukakan keterangan bagi menjawab tuntutan plaintif, dan dalam hal sedemikian defendan hendaklah diberi pilihan sama ada hendak mengemukakan keterangan atau mengemukakan hujah bahawa tiada kes perlu
- Jika defendan memilih untuk mengemukakan keterangan, Hakim hendaklah merekodkan keterangan yang dikemukakan sedemikian, dan setelah defendan memberikan semua keterangan bagi pihaknya, Hakim hendaklah meminta defendan membuat penghujahan untuk menutup
- Apabila defendan telah menutup kesnya, Hakim hendaklah meminta plaintif mengemukakan hujahnya untuk menjawab hujah defendan dan untuk menutup
- Walau apa pun apa-apa jua dalam seksyen ini tetapi tertakluk kepada subseksyen (7) dan (8), Hakim boleh memerintahkan mana- mana pihak supaya mengemukakan hujah bertulis mengikut apa- apa susunan dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang
- Jika defendan memilih untuk tidak mengemukakan apa-apa keterangan tetapi memilih untuk mengemukakan hujah bahawa tiada kes untuk dijawab, Hakim hendaklah—
- merekodkan penghujahan defendan; dan
- mengarahkan defendan mengangkat sumpah menafikan tuntutan plaintif, dan jika defendan enggan mengangkat sumpah sedemikian, Hakim hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (8), membuang kes defendan dan membenarkan tuntutan
- Sebelum Mahkamah membenarkan tuntutan plaintif di bawah subseksyen (7), Mahkamah hendaklah—
- mendengar dan merekodkan penghujahan plaintif dalam menutup kesnya; dan
- mengarahkan plaintif mengangkat sumpah mengakui kebenaran tuntutannya, dan jika plaintif enggan mengangkat sumpah sedemikian, Mahkamah hendaklah membuang
Kuasa Mahkamah
- Demi kepentingan keadilan, Mahkamah boleh, pada mana- mana peringkat prosiding, memanggil mana-mana pihak untuk mengemukakan keterangan dan boleh memeriksa mana-mana tempat atau
Perbicaraan belum berakhir
- (1) Jika seseorang Hakim telah memulakan perbicaraan mana- mana prosiding dan kerana apa-apa sebab tidak dapat menamatkan perbicaraan itu, seorang Hakim yang lain boleh dengan persetujuan semua pihak menyambung perbicaraan itu dan memberikan
- Jika persetujuan yang tersebut dalam subseksyen (1) tidak diperolehi, maka hendaklah diadakan suatu perbicaraan
Penangguhan
- Mahkamah boleh dari semasa ke semasa menangguhkan atau memindahkan mana-mana perbicaraan dari satu tempat ke satu tempat yang lain, dan boleh mengenakan apa-apa syarat apabila berbuat
BAHAGIAN XVI
PENGHAKIMAN DAN PERINTAH
Penghakiman
- (1) Tiap-tiap Hakim perbicaraan hendaklah menyampaikan penghakiman
- Kecuali dalam hal prosiding di dalam Kamar, Hakim perbicaraan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (3), mengumumkan penghakimannya di Mahkamah
- Apabila seseorang Hakim yang telah membicarakan mana- mana prosiding tidak dapat kerana apa-apa sebab mengumumkan penghakiman, penghakiman yang ditulis olehnya bolehlah dibacakan di Mahkamah terbuka oleh mana-mana Hakim lain atau oleh
- Semua penghakiman yang diumumkan di bawah seksyen ini hendaklah menjadi sebahagian daripada rekod
Penghakiman persetujuan
- Penghakiman atas pengakuan atau persetujuan pihak-pihak, termasuklah sulh, boleh direkodkan oleh Mahkamah pada bila-bila masa.
Terma penghakiman atau perintah hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah
- Mahkamah hendaklah menetapkan terma sesuatu penghakiman atau perintah dalam penghakiman atau perintah
Bila ansuran kena dibayar
- Jika apa-apa perintah dibuat bagi pembayaran secara ansuran dalam sesuatu bulan tertentu, ansuran itu hendaklah, jika tiada apa-apa arahan yang sebaliknya, disifatkan kena dibayar pada hari pertama dalam bulan yang berikutnya dan pada hari pertama dalam setiap bulan yang
Perintah ansuran
- (1) Mana-mana penghutang yang terhadapnya penghakiman telah atau akan diberikan boleh memohon kepada Mahkamah—
- untuk mendapatkan kebenaran membayar hutang penghakiman itu secara ansuran; atau
- jika suatu perintah bagi bayaran secara ansuran telah dibuat, untuk mendapatkan kebenaran membayar dengan ansuran yang lebih rendah, dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya
- Jika apa-apa ansuran yang dibenarkan dengan perintah di bawah subseksyen (1) tertunggak selama tempoh lebih daripada satu bulan, perintah itu hendaklah disifatkan telah terbatal dan pemiutang penghakiman bolehlah menjalankan perlaksanaan bagi mendapatkan kesemua amaun yang pada masa itu kena dibayar atas penghakiman itu, tetapi penghutang penghakiman itu boleh memohon untuk mendapatkan perintah yang
- Mana-mana pihak boleh, jika suatu perintah pembayaran secara ansuran telah dibuat, memohon supaya perintah itu dibatalkan atau ansuran itu ditambah atau dikurangkan dan Mahkamah boleh, selepas mendengar pihak-pihak, membuat apa-apa perintah yang difikirkannya
Penghakiman, dsb. yang menghendaki perbuatan dilakukan; masa untuk melakukannya
- (1) Tiap-tiap penghakiman atau perintah yang menghendaki mana-mana orang melakukan apa-apa perbuatan, selain pembayaran wang, hendaklah menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, dan jika masa tidak dinyatakan sedemikian, perbuatan itu hendaklah dilakukan dalam masa tujuh hari dari tarikh penghakiman atau perintah
- Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu hadir sendiri atau diwakili oleh Peguam Syarienya semasa penghakiman atau perintah diberikan atau dibuat, maka salinan penghakiman atau perintah itu tidaklah perlu disampaikan
- Jika orang yang dikehendaki melakukan perbuatan itu tidak hadir sendiri atau tidak diwakili, tiada prosiding untuk penangkapan atau pengkomitannya boleh diambil melainkan jika suatu salinan penghakiman atau perintah itu yang diendorskan dengan notis dalam Borang MS 28, telah disampaikan
Tarikh penghakiman atau perintah
- Tiap-tiap penghakiman atau perintah hendaklah ditarikhkan dan hendaklah berkuat kuasa dari tarikh penghakiman atau perintah itu diberikan atau
Penghakiman bagi harta alih
- Sesuatu penghakiman bagi menghantarserahkan harta alih hendaklah menyatakan amaun wang yang hendaklah dibayar sebagai ganti jika penghantarserahan itu tidak dapat
BAHAGIAN XVII
Tafsiran
RAYUAN
- Dalam Bahagian ini “keputusan” termasuklah penghakiman atau
Notis rayuan
- (1) Sesuatu rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rendah Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Tinggi Syariah, dan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dibuat kepada Mahkamah Rayuan
- Suatu rayuan hendaklah dibuat dengan memberikan notis rayuan dalam Borang MS
- Seseorang perayu boleh merayu terhadap keseluruhan atau mana-mana bahagian daripada sesuatu
- Notis rayuan hendaklah difailkan dalam masa empat belas hari dari hari keputusan itu diumumkan, dan hendaklah menyatakan sama ada keseluruhan atau sebahagian sahaja, dan bahagian yang mana, keputusan itu yang
- Mahkamah yang terhadap keputusan-keputusan rayuan itu dibuat hendaklah, apabila menerima notis rayuan itu dan setelah dibayar fi yang ditetapkan, membekalkan kepada perayu salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan
- Sebaik sahaja salinan diperakui itu siap, Mahkamah hendaklah memberitahu perayu dalam Borang MS
- Dalam masa empat belas hari dari penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen (6), perayu hendaklah, melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah—
- mendepositkan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang yang pada pendapat Pendaftar dapat menampung kos menyediakan bilangan salinan yang mencukupi bagi rekod rayuan untuk kegunaan Mahkamah yang mendengar rayuan dan pihak-pihak dalam rayuan itu; dan
- menyerah simpan di Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat sejumlah wang sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebagai jaminan untuk kos
- Notis rayuan hendaklah disampaikan oleh perayu dalam masa yang dihadkan bagi pemfailan rayuan kepada semua pihak yang terlibat dengan rayuan itu atau kepada Peguam Syarie mereka masing-masing.
Notis rayuan balas
- Seseorang responden dalam mana-mana rayuan boleh, dalam masa tujuh hari dari tarikh penyampaian notis rayuan itu kepadanya, memfailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan dan menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS 31 tentang cadangannya untuk mengemukakan hujah pada pendengaran rayuan itu bahawa keputusan yang dirayukan itu patut
Alasan rayuan
- (1) Dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan pemberitahuan di bawah subseksyen 139(6), perayu hendaklah mengemukakan alasan rayuan dalam lima salinan kepada Pendaftar Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang dialamatkan kepada Mahkamah yang mendengar rayuan
(2) Tiap-tiap alasan rayuan hendaklah menyatakan dengan ringkas isi penghakiman yang dirayukan itu dan hendaklah mengandungi butir-butir yang jelas tentang undang-undang atau fakta-fakta yang mengenainya rayuan itu dibuat dan, kecuali dengan kebenaran Mahkamah yang mendengar rayuan itu, perayu tidak boleh dibenarkan semasa pendengaran rayuan itu bersandar kepada apa-apa alasan selain alasan-alasan yang dinyatakan dalam alasan rayuan itu.
Rekod rayuan jika perayu diwakili
- (1) Apabila perayu yang diwakili oleh Peguam Syarie telah mematuhi kehendak-kehendak seksyen 139 dan 141, perayu hendaklah menyediakan salinan rekod rayuan yang dikehendaki dan rekod itu hendaklah mengandungi salinan—
- pliding;
- nota keterangan;
- alasan penghakiman;
- notis rayuan;
- alasan rayuan;
- semua ekshibit dokumentar; dan
- senarai ekshibit bukan dokumentar jika ada, yang diserah simpan di
- Dua salinan rekod rayuan itu hendaklah difailkan di Mahkamah yang mendengar rayuan itu dalam masa enam minggu selepas penerimaan pemberitahuan daripada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat yang menyatakan bahawa salinan diperakui bagi nota-nota keterangan dan alasan-alasan penghakiman sudah
- Perayu hendaklah dalam tempoh yang dihadkan bagi memfailkan rekod itu menyampaikan suatu salinannya kepada setiap pihak yang kepadanya notis rayuan itu telah
Rekod rayuan jika perayu tidak diwakili atau merayu sebagai orang miskin
- (1) Jika perayu telah mematuhi kehendak seksyen 139 dan 141 dan perayu sebagai tidak diwakili oleh Peguam Syarie atau Mahkamah yang mendengar rayuan itu telah membenarkan perayu merayu sebagai orang miskin, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan dibuat hendaklah menyediakan bilangan salinan rekod yang dikehendaki dan rekod rayuan itu hendaklah mengandungi salinan dokumen-dokumen yang disebut dalam subseksyen 142(1).
- Sebaik sahaja rekod rayuan itu siap, Mahkamah yang terhadapnya keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah menyampaikan kepada perayu notis dalam Borang MS
- Atas permintaan perayu dan, jika deposit yang disebut dalam subseksyen 139(7) tidak mencukupi, apabila dibayar oleh perayu sejumlah wang tambahan yang mencukupi untuk membayar kos bagi menyediakan rekod rayuan, Pendaftar hendaklah—
- membekali perayu dengan suatu salinan rekod rayuan dan salinan tambahan yang mencukupi untuk penyampaian kepada responden atau responden-responden; dan
- menghantar kepada Mahkamah yang mendengar rayuan itu salinan-salinan selebihnya rekod
Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan
- Pemfailan suatu notis rayuan tidaklah berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah boleh, atas permohonan dan apabila sebab yang mencukupi ditunjukkan, menggantung pelaksanaan atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkannya
Penghakiman hendaklah menyatakan alasan
- Mahkamah yang mendengar rayuan hendaklah menyatakan alasan penghakimannya secara
Pelaksanaan penghakiman atas rayuan
- Apabila salah satu pihak telah mengambil perintah Mahkamah yang mendengar rayuan itu dan telah mengemukakan perintah itu kepada Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat, Mahkamah yang terhadap keputusannya rayuan itu dibuat hendaklah melaksanakan perintah itu mengikut peruntukan Enakmen
BAHAGIAN XVIII
PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 1
AM
Kewajipan mematuhi
- (1) Tiap-tiap orang yang diarahkan oleh mana-mana penghakiman supaya melakukan apa-apa perbuatan hendaklah mematuhinya tanpa desakan, dan tidaklah perlu disampaikan kepadanya penghakiman itu atau apa-apa notis penghakiman itu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 135(3).
(2) Seseorang penghutang penghakiman hendaklah dari semasa ke semasa memberitahu Mahkamah alamat tempat tinggalnya yang terakhir dan kegagalan mematuhi kehendak subseksyen ini hendaklah disifatkan sebagai penghinaan mahkamah.
BAB 2
PENGUATKUASAAN
Penguatkuasaan penghakiman, dsb. bagi pembayaran wang
- (1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang, selain penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah, bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
- perintah penyitaan dan penjualan;
- prosiding hiwalah; atau
- dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
- Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang ke dalam Mahkamah boleh dikuatkuasakan, dalam hal jika seksyen 151 terpakai, melalui perintah
- Subseksyen (1) dan (2) tidaklah menjejaskan apa-apa remedi lain yang terdapat bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran wang di bawah mana-mana undang- undang bertulis lain, atau kuasa Mahkamah untuk mengkomitkan ke penjara seseorang yang ingkar membayar wang yang telah dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar
Penguatkuasaan penghakiman bagi pemilikan harta tak alih
- (1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi pemberian pemilikan harta tak alih bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada cara yang berikut, iaitu—
- perintah pemilikan; atau
- dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
- Suatu perintah pemilikan tidak boleh diberikan melainkan jika telah ditunjukkan bahawa tiap-tiap orang yang mempunyai milikan sebenar keseluruhan atau mana-mana bahagian harta tak alih itu telah menerima notis prosiding itu sebagaimana yang didapati mencukupi oleh Mahkamah untuk membolehkannya memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan apa-apa relief yang dia mungkin berhak untuk
- Suatu perintah pemilikan boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan supaya dibayar menurut penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan
Penguatkuasaan penghakiman bagi penghantarserahan harta alih
- (1) Tertakluk kepada Enakmen ini, suatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih yang tidak memberi orang yang terhadapnya penghakiman itu diberikan atau perintah itu dibuat pilihan membayar nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
- perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu tanpa peruntukan pilihan bagi mendapatkan kembali nilai tertaksir harta itu (kemudian daripada ini disebut “perintah penghantarserahan khusus”); atau
- dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
- Tertakluk kepada Enakmen ini, sesuatu penghakiman atau perintah bagi penghantarserahan apa-apa harta alih atau pembayaran nilai tertaksir harta itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
- perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali harta itu atau nilai tertaksirnya;
- dengan kebenaran Mahkamah, perintah penghantarserahan khusus; atau
- dalam hal apabila seksyen 151 terpakai, perintah
- Sesuatu perintah penghantarserahan khusus, dan sesuatu perintah penghantarserahan untuk mendapatkan kembali apa-apa harta alih atau nilai tertaksirnya, boleh mengandungi peruntukan bagi menguatkuasakan pembayaran apa-apa wang yang dihakimkan atau diperintahkan oleh penghakiman atau perintah yang hendak dikuatkuasakan oleh perintah itu supaya
- Sesuatu penghakiman atau perintah bagi pembayaran nilai tertaksir apa-apa harta alih bolehlah dikuatkuasakan melalui cara yang sama seperti mana-mana penghakiman atau perintah lain bagi pembayaran
Penguatkuasaan penghakiman untuk melakukan atau menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan
- (1) Jika—
- seseorang yang dikehendaki oleh sesuatu penghakiman atau perintah supaya melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalam penghakiman atau perintah itu enggan atau abai melakukannya dalam masa itu atau dalam masa yang dilanjutkan atau dipendekkan di bawah seksyen 238, mengikut mana-mana yang berkenaan; atau
- seseorang mengingkari suatu penghakiman atau perintah yang menghendakinya supaya menahan diri daripada melakukan sesuatu perbuatan,
maka, tertakluk kepada Enakmen ini, penghakiman atau perintah itu bolehlah dikuatkuasakan melalui satu atau lebih daripada satu cara yang berikut, iaitu—
(aa) dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan; atau
(bb) jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, dengan kebenaran Mahkamah, perintah pengkomitan terhadap mana-mana pengarah atau pegawai yang bertanggungjawab bagi pengurusan pertubuhan itu.
- Jika sesuatu penghakiman atau perintah menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan dalam masa yang dinyatakan dalamnya dan suatu perintah dibuat kemudiannya di bawah seksyen 152 menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam suatu masa yang lain, maka sebutan dalam subseksyen (1) mengenai penghakiman atau perintah hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai perintah yang dibuat di bawah seksyen
- Jika di bawah mana-mana penghakiman atau perintah yang menghendaki penghantarserahan apa-apa harta alih, orang yang boleh dikenakan pelaksanaan mempunyai pilihan untuk membayar nilai tertaksir harta itu, dan penghakiman atau perintah itu tidak boleh dikuatkuasakan melalui perintah pengkomitan di bawah subseksyen (1), maka Mahkamah boleh, atas permohonan orang yang berhak menguatkuasakan penghakiman atau perintah itu, membuat suatu perintah yang menghendaki orang mula-mula disebut
itu menghantarserahkan harta itu kepada pemohon dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu dan perintah itu bolehlah dilaksanakan sedemikian.
- Permohonan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat dalam Borang MS 33 dan disokong dengan afidavit dan suatu salinan permohonan dan afidavit itu hendaklah disampaikan kepada orang yang terhadapnya perintah itu hendak
Kuasa Mahkamah untuk menetapkan masa
- (1) Walaupun sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, membuat perintah yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah
- Jika sesuatu penghakiman atau perintah yang menghendaki seseorang melakukan sesuatu perbuatan tidak menyatakan masa yang dalamnya perbuatan itu hendaklah dilakukan, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa untuk membuat suatu perintah kemudiannya yang menghendaki perbuatan itu dilakukan dalam apa-apa masa yang dinyatakan dalam perintah
- Permohonan untuk mendapatkan suatu perintah di bawah seksyen ini hendaklah dibuat dalam Borang MS 34 dan salinan permohonan itu hendaklah, walau apa pun apa-apa peruntukan lain Enakmen ini, disampaikan kepada orang yang dikehendaki melakukan perbuatan yang
Pelaksanaan oleh atau terhadap orang yang bukan pihak
- (1) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang mendapat suatu perintah atau yang bagi faedahnya suatu perintah dibuat, adalah berhak menguatkuasakan pematuhan perintah itu melalui proses yang sama seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara
(2) Mana-mana orang, yang bukan pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, yang terhadapnya pematuhan kepada mana-mana penghakiman atau perintah boleh dikuatkuasakan, boleh dikenakan proses yang sama bagi menguatkuasakan pematuhan penghakiman atau perintah itu seolah-olah dia ialah pihak dalam kausa atau perkara itu.
BAB 3
PELAKSANAAN
Kebenaran untuk mengeluarkan perintah pelaksanaan
- (1) Sesuatu perintah pelaksanaan bagi menguatkuasakan sesuatu penghakiman atau perintah tidak boleh dikeluarkan tanpa kebenaran Mahkamah—
- jika penghakiman atau perintah itu adalah tertakluk kepada apa-apa syarat atau kontingensi;
- jika pada bila-bila masa enam tahun atau lebih telah berlalu sejak tarikh penghakiman atau perintah itu;
- jika apa-apa perubahan telah berlaku disebabkan kematian, serah hak atau selainnya pada pihak-pihak yang berhak atau yang boleh dikenakan pelaksanaan di bawah penghakiman atau perintah itu;
- jika pemiutang penghakiman berhasrat menguatkuasakan penghakiman itu terhadap mana-mana orang selain penghutang penghakiman yang dinamakan dalam penghakiman itu;
- jika suatu perintah pengkomitan masih berkuat kuasa;
- kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 134 (2), jika suatu perintah untuk pembayaran secara ansuran masih berkuat kuasa; atau
- jika pelaksanaan telah digantung oleh
- Permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan boleh dibuat secara ex parte, tetapi Mahkamah boleh memerintahkan supaya permohonan itu disampaikan kepada mana-mana pihak atau orang
- Mahkamah hendaklah, jika Mahkamah berpuas hati bahawa perintah pelaksanaan itu patut dikeluarkan, memberikan kelulusan mengikut permohonan
Mengeluarkan perintah pelaksanaan
- Tertakluk kepada seksyen 154, pemiutang penghakiman boleh mengemukakan kepada Pendaftar suatu perintah bagi pelaksanaan dalam Borang MS 35 dan Pendaftar, jika didapati tiada sebab mengapa pelaksanaan tidak boleh dikeluarkan, hendaklah menandatangani dan memeteraikan perintah itu dalam dua salinan, memfailkan satu salinannya dan menyerahkan yang satu lagi kepada bailif bagi
Mengendorskan masa penyerahan
- Bailif hendaklah mengendorskan dalam mana-mana perintah bagi pelaksanaan tarikh dan masa perintah itu diserahkan
Fi dan perbelanjaan yang akan dilevikan
- Semua perbelanjaan dan fi pelaksanaan, termasuk kos bagi pelaksanaan Peguam Syarie, hendaklah dilevikan sebagai tambahan kepada hutang
Penunaian
- Jika Mahkamah berpuas hati bahawa penghutang penghakiman telah menunaikan penghakiman itu, Mahkamah boleh, atas permohonan penghutang penghakiman itu, merekodkan dalam Daftar Mal bahawa penghakiman itu telah
Jenis pelaksanaan
- (1) Suatu perintah bagi pelaksanaan boleh mengarahkan bailif supaya mengambil mana-mana satu atau lebih daripada satu tindakan yang berikut:
- mendapatkan apa-apa jumlah wang yang kena dibayar dengan menyita dan menjual harta alih penghutang penghakiman itu;
- menahan harta alih penghutang penghakiman itu yang berada dalam milikan atau kawalan pihak ketiga (kemudian daripada ini disebut “muhal ‘alaih”) atau hutang yang kena dibayar oleh muhal-alaih kepada penghutang penghakiman itu;
- menyita dan menghantarserahkan kepada pemiutang penghakiman itu apa-apa barang yang diperintahkan supaya dihantarserahkan oleh penghutang penghakiman itu; atau
- menahan pendapatan penghutang penghakiman
- Tiap-tiap perintah bagi pelaksanaan—
- hendaklah menyatakan mengikut cara yang mana sebagaimana yang dinyatakan di bawah subseksyen (1) pelaksanaan itu hendak dijalankan; dan
- hendaklah memperihalkan dengan khusus harta yang dimaksudkan oleh perintah
- Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pemiutang penghakiman, mengeluarkan suatu perintah pelaksanaan selanjutnya berkenaan dengan harta yang berlainan atau cara pelaksanaan yang berlainan daripada yang telah dinyatakan dalam perintah pelaksanaan yang sedang berkuat
Penyitaan dan penjualan
- Peruntukan-peruntukan yang berikut hendaklah terpakai apabila pelaksanaan dengan cara penyitaan dan penjualan diperintahkan bagi apa-apa harta:
- bailif hendaklah—
- tertakluk kepada peruntukan kemudian daripada ini, mengambil harta itu dan meletakkannya dalam jagaannya;
- jika harta itu terdiri daripada syer, saham, debentur atau bon yang tidak boleh dipindahkan melalui penghantarserahan, dalam apa-apa pinjaman atau kumpulan wang, menyampaikan kepada pihak berkuasa yang berkenaan suatu salinan perintah bagi
pelaksanaan dalam Borang MS 36 bersama-sama dengan perihalan yang mencukupi mengenai syer, saham, debentur atau bon yang disita itu, dan sesudah itu tiada pemindahan syer, saham debentur atau bon itu boleh didaftarkan kecuali dengan kebenaran Mahkamah, dan apa-apa faedah atau dividen berkenaan dengan syer, saham, debentur atau bon itu hendaklah dibayar ke dalam Mahkamah sehingga Mahkamah memerintahkan selainnya atau membenarkan pemindahannya;
- selepas harta itu disita, apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta yang disita itu, selain dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan Mahkamah;
- pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh meminta bailif melepaskan apa-apa harta tertentu, dan pelepasan itu tidak boleh disifatkan sebagai suatu penghentian pada keseluruhan pelaksanaan;
- pada bila-bila masa sebelum penjualan, pemiutang penghakiman boleh menghentikan pelaksanaan itu, dan bailif hendaklah sesudah itu memulangkan perintah bagi pelaksanaan itu kepada Mahkamah;
- bailif hendaklah, melainkan jika harta yang disita itu merupakan wang, meneruskan penjualan harta itu mengikut Bahagian ini;
- bailif hendaklah, selepas pelaksanaan selesai, membuat suatu penyata berhubungan dengan pelaksanaan itu dan mengemukakannya kepada
Hiwalah
- (1) Dalam seksyen ini, “harta” termasuklah suatu hutang yang kena dibayar oleh muhal-alaih kepada penghutang
- Peruntukan yang berikut hendaklah terpakai jika pelaksanaan diperintahkan melalui penahanan harta dalam milikan atau kawalan seseorang muhal-alaih—
- bailif hendaklah menyampaikan kepada muhal-alaih suatu notis hiwalah dalam Borang MS 37, dan notis dalam Borang MS 38 hendaklah digunakan jika harta itu berada di dalam Mahkamah;
- segala harta yang dinyatakan dalam notis hiwalah hendaklah ditahan dari masa penyampaian notis itu kepada muhal ‘alaih setakat atau pada nilai yang disebut dalam notis itu, dan apa-apa pemberimilikan atau pelupusan harta itu yang bertentangan dengan terma-terma notis itu, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, adalah tak sah terhadap bailif, dan perbuatan itu adalah juga suatu penghinaan mahkamah;
- muhal-alaih boleh membayar kepada bailif amaun yang dituntut atau boleh menghantarserahkan kepadanya harta yang ditahan itu;
- jika muhal-alaih tidak membuat pembayaran atau penghantarserahan itu, bailif boleh menyampaikan kepadanya suatu saman hiwalah dalam Borang MS 39 dan Mahkamah hendaklah memeriksanya tentang harta yang ditahan itu:
Dengan syarat bahawa—
- tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan kepada seseorang penjawat awam berkenaan wang atau harta dalam milikannya atas sifatnya yang sedemikian, melainkan dengan kebenaran Mahkamah dan dengan kebenaran bertulis Perbendaharaan; dan
- tiada saman yang sedemikian boleh dikeluarkan dalam hal wang, kumpulan wang pelaburan atau harta di dalam mana-mana Mahkamah;
- Mahkamah boleh mendengar keterangan lain mengenai mana-mana saman hiwalah;
- selepas mendengar saman itu, Mahkamah boleh membuat suatu perintah pembayaran atau penghantarserahan dan boleh memerintahkan pelaksanaan dikeluarkan terhadap muhal-alaih mengenai apa-apa harta dalam tangannya yang didapati telah ditahan dengan sah, seolah-olah muhal-alaih itu sendiri ialah penghutang penghakiman bagi amaun yang dituntut terhadap penghutang penghakiman yang asal, atau bagi amaun atau nilai harta dalam tangan muhal-alaih, mengikut mana yang kurang;
- Mahkamah—
- boleh memerintahkan kos terhadap muhal-alaih dan boleh membenarkan atau tidak membenarkan muhal-alaih itu menuntut kos itu daripada penghutang penghakiman;
- boleh membenarkan kos kepada muhal-alaih terhadap pemiutang penghakiman, dan boleh memberikan atau tidak memberikan kebenaran untuk menjadikan kos itu sebagai kos pelaksanaan;
- jika hutang yang kena dibayar secara ansuran menurut suatu penghakiman ditahan, muhal-alaih tidaklah bertanggungan membuat pembayaran kecuali mengikut perintah ansuran itu;
- pembayaran oleh muhal-alaih di bawah seksyen ini hendaklah menjadi suatu pelepasan yang sah terhadap penghutang penghakiman;
- bailif boleh, atas permintaan pemiutang penghakiman dan hendaklah, jika diperintahkan sedemikian oleh Mahkamah, menarik balik mana-mana notis hiwalah atau saman hiwalah;
- sesuatu notis hiwalah hendaklah disifatkan telah terbatal tiga bulan selepas penyampaian, melainkan jika prosiding di bawah saman itu masih belum selesai atau Mahkamah memerintahkan
Wang dan harta di dalam Mahkamah
- Wang, kumpulan wang yang dilaburkan, atau harta lain penghutang penghakiman dalam atau di bawah kawalan Mahkamah yang memberikan penghakiman itu boleh, jika suatu perintah pelaksanaan telah dibuat, digunakan dengan kebenaran Mahkamah untuk menunaikan hutang penghakiman itu, dan pelaburan serta harta selain wang boleh diperintahkan supaya dijual untuk tujuan
Penyitaan dan penghantarserahan
- Jika pelaksanaan melalui penyitaan dan penghantarserahan sesuatu barang diperintahkan—
- bailif hendaklah menyita barang itu dan setelah dibayar semua perbelanjaan yang kena dibayar, hendaklah menghantarserahkannya kepada pemiutang penghakiman;
- perintah pelaksanaan itu boleh, jika pemiutang penghakiman, berhasrat sedemikian, memerintahkan bahawa jika barang itu tidak ditemui, nilainya, seperti yang terdapat dalam penghakiman asal itu atau atas permohonan yang kemudian kepada Mahkamah, hendaklah dilevikan; dan
- perintah di bawah perenggan (b) tidaklah menghalang prosiding untuk
Deposit perbelanjaan
- (1) Bailif tidaklah diwajibkan mengambil apa-apa tindakan di bawah suatu perintah bagi pelaksanaan sehingga pemiutang penghakiman telah mendepositkan sejumlah wang yang pada pendapat bailif adalah mencukupi untuk membayar apa-apa perbelanjaan pelaksanaan, termasuk perbelanjaan menyimpan milikan apa-apa harta selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan jika bailif terpaksa menyimpan harta itu melebihi empat belas hari dia boleh menghendaki supaya deposit tambahan dibayar dan jika deposit itu tidak dibayar dia boleh melepaskan harta
(2) Bailif hendaklah menyimpan rekod mengenai semua wang yang didepositkan dengannya di bawah subseksyen (1).
Memasuki premis
- Bailif tidak boleh memecah masuk ke dalam mana-mana rumah yang dipagari atau bangunan yang didiami kecuali dengan kebenaran
Resit
- Bailif hendaklah mengeluarkan resit bagi tiap-tiap jumlah wang yang diterimanya melalui levi, deposit atau selainnya, dan hendaklah membayar wang itu kepada pegawai yang berkenaan di Pejabat
Penggunaan hasil
- Bailif hendaklah menggunakan wang yang dilevikan atau diterimanya melalui pelaksanaan mengikut susunan yang berikut:
- perbelanjaan pelaksanaan;
- pengembalian deposit pemiutang penghakiman yang tidak digunakan;
- jika hal itu termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah yang hendaklah diperlakukan mengikut Bahagian itu;
- jika hal itu yang termasuk dalam Bahagian XIX, pembayaran ke dalam Mahkamah untuk kredit pemiutang penghakiman tidak melebihi amaun yang diperlukan untuk melaksanakan penghakiman yang dikeluarkan dan kos pelaksanaan itu; dan
- pembayaran bakinya ke dalam Mahkamah untuk kredit penghutang
Perbelanjaan
- Jika hasil pelaksanaan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan pelaksanaan itu, pemiutang penghakiman hendaklah membayar kekurangan itu, tetapi dia bolehlah menuntutnya daripada penghutang
Penyata mengenai perintah
- (1) Bailif hendaklah membuat penyata dalam borang MS 40 mengenai tiap-tiap perintah pelaksanaan sebaik sahaja dia menyempurnakan pelaksanaan itu dan hendaklah menyerahkan satu salinan penyata itu kepada pemiutang penghakiman dan penghutang
(2) Pemiutang penghakiman berhak memeriksa dan menyalin mana-mana inventori harta, akaun penjualan, baucar atau dokumen lain berhubungan dengan pelaksanaan itu yang disimpan dan disenggarakan oleh bailif.
Senarai inventori
- Jika mana-mana harta disita dan dipindahkan dari tempat asalnya, bailif hendaklah, apabila diminta, memberi orang yang dalam jagaannya harta itu berada suatu inventori yang mencukupi bagi harta
Arahan tentang pelaksanaan kewajipan bailif
- (1) Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak yang berkepentingan, memberikan apa-apa arahan kepada bailif tentang pelaksanaan kewajipannya sebagaimana yang difikirkan
(2) Mahkamah boleh memanggil dan memeriksa mana-mana orang yang boleh memberi maklumat berkenaan dengan apa-apa pelaksanaan.
Penyerahan kepada bailif
- Mana-mana dokumen yang dikehendaki supaya diserahkan atau disampaikan kepada seseorang bailif bolehlah disampaikan kepada Pendaftar pada waktu
Pembayaran daripada Mahkamah
- Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis, apa- apa jumlah wang yang dibayar ke dalam Mahkamah oleh bailif untuk kredit mana-mana orang hendaklah, atas permohonannya, dibayar daripada Mahkamah kepadanya tanpa apa-apa perintah:
Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh mengikut budi bicaranya dalam apa-apa hal dan hendaklah, jika dia mempunyai notis bahawa mana-mana orang lain menuntut jumlah wang berkenaan atau mana- mana bahagiannya, menghendaki pemohon itu mendapatkan perintah Mahkamah sebelum membuat pembayaran itu.
Penjualan
- Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui pelelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 41 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan di tempat penjualan yang dicadangkan itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan
BAB 4
PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN SAMAN PENGHUTANG PENGHAKIMAN
Pemakaian
- (1) Melainkan jika diperuntukkan selainnya di bawah mana- mana undang-undang bertulis lain, Bab ini hendaklah terpakai bagi pelaksanaan penghakiman untuk pembayaran
(2) Dalam Bab ini “penghakiman” termasuklah apa-apa perintah bagi pembayaran wang.
Permohonan untuk mendapatkan saman penghutang penghakiman
- (1) Jika penghakiman Mahkamah adalah untuk mendapatkan pembayaran wang, pemiutang penghakiman yang berhak menguatkuasakan penghakiman itu boleh menghendaki penghutang penghakiman yang bertanggungan di bawah penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk diperiksa secara lisan tentang keupayaannya membayar atau menyelesaikan hutang penghakiman itu dan untuk mendapatkan apa-apa harta yang boleh digunakan bagi pembayaran
- Sesuatu permohonan bagi meminta kehadiran seseorang penghutang penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan memfailkan suatu permintaan dalam Borang MS 42 yang ditandatangani oleh pemohon atau Peguam
- Jika suatu penghakiman telah diberikan terhadap dua orang atau lebih, pemiutang penghakiman boleh menghendaki saman penghutang penghakiman dikeluarkan terhadap setiap orang atau mana-mana orang yang bertanggungan di bawah penghakiman
Mengeluarkan saman penghutang penghakiman
- (1) Apabila menerima suatu permohonan di bawah seksyen 176, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu saman penghutang penghakiman dalam Borang MS
- Sesuatu saman penghutang penghakiman hendaklah disampaikan kepada penghutang penghakiman itu sekurang- kurangnya tujuh hari sebelum hari yang ditetapkan bagi pendengaran saman
Pemeriksaan penghutang penghakiman
- (1) Pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman penghutang penghakiman, Mahkamah boleh memeriksa penghutang penghakiman itu dan saksi-saksi lain dengan iqrar.
- Jika penghutang penghakiman tidak hadir pada hari yang ditetapkan untuk pendengaran saman itu, Mahkamah boleh—
- memerintahkan supaya dia ditangkap dan dibawa ke hadapan Mahkamah untuk diperiksa; atau
- membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3) terhadap penghutang penghakiman
- Mahkamah boleh memerintahkan penghutang penghakiman membayar hutang penghakiman itu sama ada—
- sekali gus dengan serta-merta atau dalam apa-apa masa yang ditetapkan oleh Mahkamah; atau
- dengan apa-apa ansuran yang hendaklah dibayar pada masa yang ditetapkan oleh
Permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman
- (1) Jika seseorang penghutang penghakiman tidak mematuhi mana-mana perintah yang dibuat oleh Mahkamah terhadapnya di bawah seksyen 178, pemiutang penghakiman boleh, melalui notis penghakiman, meminta penghutang penghakiman itu hadir di Mahkamah untuk menunjukkan sebab mengapa dia tidak patut dikomitkan ke penjara kerana keingkaran
(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan notis penghakiman di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dan diangkat sumpah oleh pemohon dalam Borang MS 44.
Mengeluarkan notis penghakiman
- (1) Apabila Mahkamah menerima permohonan di bawah seksyen 179, Mahkamah hendaklah mengeluarkan suatu notis penghakiman dalam Borang MS
(2) Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu notis penghakiman hendaklah disampaikan ke diri penghutang penghakiman sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum tarikh yang ditetapkan bagi kehadiran penghutang penghakiman itu.
Pendengaran notis penghakiman
- (1) Mahkamah boleh, selepas mendengar penghutang penghakiman yang hadir menurut suatu notis penghakiman di bawah seksyen 180, membuat suatu perintah pengkomitan bagi tempoh yang tidak melebihi tiga puluh hari atau megubah perintah yang disebut dalam seksyen 178 sebagaimana yang difikirkannya
(2) Jika suatu perintah pengkomitan dibuat, Mahkamah boleh mengarahkan supaya pelaksanaan perintah itu digantung dengan atau tanpa syarat untuk membolehkan penghutang penghakiman membayar amaun yang mengenainya perintah itu dibuat.
Perintah pengkomitan
- Suatu perintah pengkomitan di bawah seksyen 181 hendaklah dibuat dalam Borang MS
Pembayaran oleh penghutang penghakiman
- Jika suatu perintah pengkomitan dibuat di bawah seksyen 181, penghutang penghakiman boleh, pada bila-bila masa, membayar amaun yang dinyatakan dalam perintah itu sama ada kepada bailif atau, jika penghutang penghakiman berada di dalam penjara, kepada pegawai penjara dan mendapatkan
Perakuan penunaian
- (1) Jika apa-apa hutang penghakiman yang mengenainya seseorang penghutang penghakiman dipenjarakan di bawah seksyen
181 ditunaikan melalui pembayaran atau selainnya, pemiutang penghakiman hendaklah menyerah simpan dengan Pendaftar suatu perakuan penunaian yang ditandatangani olehnya dalam Borang MS 47.
- Jika pemiutang penghakiman ingkar menyerah simpan perakuan seperti yang tersebut dalam subseksyen (1), penghutang penghakiman atau mana-mana orang bagi pihaknya boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan suatu perintah bagi pelepasannya, dan Mahkamah semasa membuat perintah itu boleh mengarahkan supaya kos bagi permohonan itu hendaklah dibayar oleh pemiutang penghakiman
- Suatu perintah di bawah subseksyen (2) hendaklah dalam Borang MS
Tarikh perintah pengkomitan
- Apa-apa perintah pengkomitan seseorang penghutang penghakiman di bawah seksyen 181 hendaklah mengandungi tarikh perintah itu dibuat dan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh satu tahun dari tarikh
BAHAGIAN IX
PEMBAHAGIAN MENGIKUT KADAR
Hasil jualan pelaksanaan hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan pemiutang penghakiman
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), jika aset dihasilkan melalui penjualan atau selainnya pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman dan lebih daripada seorang telah, sebelum penghasilan itu, menahan harta yang daripadanya aset itu telah dihasilkan pada melaksanakan perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang sama tetapi belum lagi mendapat penunaiannya, maka aset itu, setelah dipotong kos penghasilan itu, hendaklah dibahagikan mengikut kadar di kalangan semua orang itu:
Dengan syarat bahawa—
- jika harta itu dijual tertakluk kepada suatu gadaian, pemegang gadaian tidaklah berhak berkongsi dalam apa- apa lebihan yang berbangkit daripada hasil jualan itu;
- jika mana-mana harta yang kena dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman adalah tertakluk kepada suatu gadaian, Mahkamah boleh, dengan persetujuan pemegang gadaian itu, memerintahkan supaya harta itu dijual bebas daripada gadaian itu, dengan memberi pemegang gadaian itu hak yang sama terhadap hasil jualan itu seperti yang dipunyai olehnya terhadap harta yang dijual itu; dan
- jika mana-mana harta tak alih dijual pada melaksanakan suatu perintah atau penghakiman yang memerintahkan penjualannya bagi melepaskan bebanan atas harta itu, hasil jualan itu hendaklah digunakan—
- pertamanya, bagi menjelaskan perbelanjaan penjualan itu;
- keduanya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan itu;
- ketiganya, bagi melepaskan wang pokok yang kena dibayar atas bebanan kemudiannya, jika ada; dan
- keempatnya, dibahagikan mengikut kadar antara pemegang-pemegang perintah atau penghakiman bagi pembayaran wang terhadap penghutang penghakiman yang telah, terdahulu daripada penjualan harta itu, memohon kepada Mahkamah yang meluluskan perintah atau penghakiman itu dan belum lagi mendapat
- Jika kesemua atau mana-mana aset yang kena dibahagikan mengikut kadar di bawah seksyen ini telah dibayar kepada seseorang yang tidak berhak menerimanya pembahagian itu, mana-mana orang yang berhak sedemikian boleh mendakwa orang itu supaya memulangkan aset
- Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh berkuat kuasa untuk mengecewakan atau menangguhkan apa-apa tuntutan yang di bawah peruntukan undang-undang bertulis lain patut dibayar mengikut
BAHAGIAN XX
PROSIDING INTERLOKUTORI DAN PERINTAH INTERIM
BAB I
PROSIDING INTERLOKUTORI
Cara membuat permohonan
- (1) Jika melalui Enakmen ini sesuatu permohonan semasa apa-apa prosiding, sama ada sebelum atau selepas penghakiman, dibenarkan dibuat kepada Mahkamah secara nyata atau secara
tersirat, maka permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang MS
49 dan hendaklah, melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah, didengar dalam Kamar di hadapan seorang Hakim.
- Tiap-tiap permohonan hendaklah menyatakan jenis perintah yang dipohon secara am dan alasan-alasan bagi permohonan
- Sesuatu permohonan di bawah Bab ini boleh dibuat secara “ex parte” melainkan jika diarahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Bab
Notis permohonan hendaklah difailkan
- (1) Sesuatu permohonan hendaklah disifatkan telah dibuat apabila notis berkenaan dengan permohonan itu telah difailkan dan dimeteraikan oleh seorang pegawai Pejabat
(2) Sesuatu permohonan itu tidak boleh dipinda selepas difailkan tanpa kebenaran Mahkamah.
Penyampaian permohonan
- Apa-apa permohonan yang hanya meminta supaya apa-apa tempoh masa dilanjutkan atau dipendekkan boleh disampaikan pada hari sebelum hari yang dinyatakan bagi pendengarannya tetapi, kecuali sebagaimana yang disebut terdahulu dan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah atau diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini, sesuatu permohonan hendaklah disampaikan kepada setiap pihak lain tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang dinyatakan
Afidavit
- (1) Tiap-tiap permohonan hendaklah disokong dengan
- Mana-mana pihak—
- yang memfailkan afidavit yang dicadangkan hendak digunakan olehnya dalam apa-apa prosiding berhubungan dengan permohonan itu; atau
- yang bercadang untuk menggunakan dalam mana-mana prosiding sedemikian apa-apa afidavit yang difailkan olehnya dalam prosiding yang terdahulu,
hendaklah memberikan notis kepada tiap-tiap pihak lain tentang pemfailan itu atau tentang cadangannya hendak berbuat demikian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Salinan dokumen
- Salinan asal apa-apa dokumen yang hendak digunakan sebagai keterangan dalam prosiding berhubungan dengan permohonan itu hendaklah, jika dokumen itu boleh didapati, dibawa, dan salinan mana-mana dokumen itu atau mana-mana bahagiannya hendaklah dibekalkan bagi kegunaan Mahkamah dan diberikan kepada pihak- pihak lain dalam prosiding
Penangguhan
- (1) Pendengaran sesuatu permohonan boleh ditangguhkan dari semasa ke semasa, sama ada secara umum atau ke suatu tarikh tertentu, mengikut mana-mana yang
(2) Jika pendengaran itu ditangguhkan secara umum, maka pihak yang membuat permohonan itu boleh memasukkannya semula dengan memberikan notis dua hari genap sebelum tarikh yang ditetapkan bagi pendengaran kepada semua pihak lain yang kepada mereka salinan permohonan itu telah disampaikan.
Ketakhadiran
- (1) Jika pemohon tidak hadir pada pendengaran permohonannya, Mahkamah boleh membuang permohonan
- Jika mana-mana pihak dalam sesuatu permohonan tidak hadir di pendengaran pertama atau mana-mana pendengaran sambungannya dan Mahkamah berpendapat adalah suaimanfaat diteruskan pendengaran itu tanpa kehadiran mana-mana pihak, maka Mahkamah bolehlah berbuat
- Sebelum meneruskan pendengaran tanpa kehadiran mana- mana pihak, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa permohonan itu atau notis tentang masa yang ditetapkan bagi pendengaran sambungannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, telah disampaikan dengan sempurnanya kepada pihak
- Jika permohonan itu telah dibuang tanpa pendengaran oleh sebab pemohon tidak hadir, maka Mahkamah, jika berpuas hati bahawa adalah adil berbuat sedemikian, boleh membenarkan permohonan itu dimasukkan
- Jika Mahkamah yang mendengar sesuatu permohonan meneruskan pendengaran tanpa kehadiran sesuatu pihak, maka, dengan syarat bahawa apa-apa perintah yang dibuat pada pendengaran itu belum lagi disempurnakan, Mahkamah, jika berpuas hati adalah adil berbuat demikian, boleh mendengar semula permohonan
Perintah ex parte boleh diketepikan
- (1) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, mengetepikan sesuatu perintah yang dibuat secara ex parte di bawah Bab
(2) Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa empat belas hari dari tarikh perintah itu dan hendaklah didengar secara inter-parte.
Permohonan dalam prosiding
- Mahkamah boleh, mengikut budi bicaranya, semasa mendengar sesuatu permohonan di bawah Bab ini, membenarkan apa-apa permohonan yang berbangkit di dalamnya didengar secara
BAB 2
PERINTAH INTERIM
Pemakaian
- Bab ini terpakai hanya bagi Mahkamah Tinggi
Kuasa Mahkamah untuk memberikan perintah interim
- (1) Tertakluk kepada Bab ini, Mahkamah hendaklah mempunyai kuasa mengikut budi bicaranya, untuk memberikan apa-apa perintah interim atas apa-apa terma yang difikirkannya patut dan boleh memberikan apa-apa arahan tentang prosiding selanjutnya.
(2) Suatu permohonan bagi mendapatkan perintah interim hendaklah dibuat dalam Borang MS 50 dan disokong dengan afidavit.
Tiada rayuan terhadap perintah interim
- Tiada rayuan boleh dibuat terhadap apa-apa perintah interim di bawah Bab
Penahanan, pemeliharaan, dsb., hal perkara kausa atau perkara
- (1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam sesuatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh membuat suatu perintah bagi penahanan, pemeliharaan atau penjagaan mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu, atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, atau bagi pemeriksaan mana-mana harta sedemikian dalam milikan suatu pihak dalam kausa atau perkara
- Bagi maksud membolehkan apa-apa perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana- mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara
- Jika hak mana-mana pihak kepada suatu dana tertentu dipertikaikan dalam suatu kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan suatu pihak dalam kausa atau perkara itu, memerintahkan supaya dana itu dibayar ke dalam Mahkamah atau selainnya
Injunksi
- (1) Atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, sebelum atau selepas pendengaran kausa atau perkara itu, Mahkamah boleh memberikan injunksi, sama ada atau tidak tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu telah dimasukkan dalam saman, tuntutan balas atau notis pihak ketiga, mengikut mana-mana yang
- Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam keadaan yang
- Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu penyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—
- tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
- tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan injunksi itu;
- tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu, termasuk butir-butir terperinci mengenai apa-apa notis yang diberikan kepada defendan atau, jika butir-butir itu tidak diberikan, sebab butir-butir itu tidak diberikan;
- tentang apa-apa jawapan yang ditegaskan oleh defendan, atau yang difikirkan mungkin akan ditegaskan olehnya, sama ada kepada tuntutan dalam tindakan itu atau kepada tuntutan bagi injunksi itu;
- tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan injunksi secara exparte;
- tentang sama ada mana-mana permohonan secara ex parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana- mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan
- tentang relief yang sebenarnya
- Walau apa pun subseksyen (1) dan (3), dalam mana-mana prosiding terhadap Kerajaan atau Majlis, Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi tetapi sebagai ganti boleh membuat suatu perintah mengisytiharkan hak pihak-pihak dalam kausa atau perkara
- Mahkamah tidak boleh memberikan suatu injunksi atau apa- apa perintah terhadap mana-mana pegawai Kerajaan atau pegawai Majlis jika kesan injunksi atau pembuatan perintah itu ialah meberikan relief yang tidak mungkin boleh didapati olehnya dalam prosiding terhadap Kerajaan atau
Perintah interim tentang hadhanah
- (1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [Enakmen 2/2003] jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana-mana pihak untuk mendapatkan hadhanah seseorang kanak-kanak dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang hadhanah kanak-kanak itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta-merta dan hendaklah terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara
- Permohonan di bawah seksyen ini tidak boleh dibuat sebelum tindakan dimulakan kecuali dalam hal yang mendesak dan demi kepentingan keadilan atau pelindungan pemohon atau kanak-kanak itu didapati bahawa campurtangan serta-merta Mahkamah adalah perlu.
- Jika pemohon ialah plaintif dan kes itu satu kes yang mendesak, permohonan itu boleh dibuat secara ex parte yang hendaklah disokong dengan afidavit dan afidavit itu hendaklah mengandungi suatu pernyataan yang jelas dan ringkas lagi padat—
- tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan terhadap defendan dalam prosiding itu;
- tentang fakta-fakta yang membawa kepada tuntutan untuk mendapatkan perintah interim itu;
- tentang fakta-fakta yang menjadi sandaran bagi mewajarkan permohonan secara ex parte itu;
- tentang apa-apa fakta yang diketahui oleh pemohon yang mungkin menyebabkan Mahkamah tidak memberikan perintah interim itu;
- tentang sama ada mana-mana permohonan ex-parte terdahulu yang seumpamanya telah dibuat kepada mana- mana Hakim dan, jika demikian, perintah yang dibuat dalam permohonan terdahulu itu; dan
- tentang relief yang sebenarnya
Perintah interim tentang nafkah
- (1) Tertakluk kepada Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2003, jika Mahkamah berpuas hati, atas permohonan mana- mana pihak yang berhak mendapat nafkah dalam apa-apa kausa atau perkara, bahawa hal keadaan memerlukan dibuat suatu perintah interim tentang nafkah terhadap orang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah, maka Mahkamah boleh membuat perintah sedemikian yang hendaklah berkuat kuasa serta- merta dan terus berkuat kuasa sehingga Mahkamah membuat keputusan atas kausa atau perkara
(2) Jika permohonan yang tersebut dalam subseksyen (1) adalah berkenaan dengan suatu perintah interim untuk mendapatkan nafkah seseorang kanak-kanak, Mahkamah tidak boleh membuat perintah sedemikian melainkan jika Mahkamah berpuas hati bahawa bapa kanak-kanak itu atau seseorang yang bertanggungan menurut Hukum Syarak untuk membayar nafkah kanak-kanak itu berkeupayaan untuk membayar nafkah yang dipohon itu.
Kuasa untuk memerintahkan diambil sampel, dsb.
- (1) Jika difikirkan oleh Mahkamah perlu atau suaimanfaat bagi maksud mendapatkan maklumat atau keterangan penuh dalam mana-mana kausa atau perkara, Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu, dan atas apa-apa terma, jika ada, yang difikirkannya adil, melalui perintah membenarkan atau menghendaki supaya diambil apa-apa sampel mana-mana harta yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu
atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya, apa-apa pemerhatian hendak dibuat tentang harta itu atau apa-apa ujikaji yang hendak diujikan ke atas atau dengan harta itu.
- Bagi maksud membolehkan mana-mana perintah di bawah subseksyen (1) dijalankan, Mahkamah boleh melalui perintah itu memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memasuki mana- mana harta tak alih dalam milikan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara
- Sesuatu permohonan di bawah seksyen ini hendaklah disokong dengan
Penjualan harta mudah musnah, dsb.
- Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak dalam mana-mana kausa atau perkara, membuat suatu perintah bagi penjualan oleh mana-mana orang, mengikut apa-apa cara dan atas apa-apa terma, jika ada, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu mana-mana harta alih yang menjadi hal perkara kausa atau perkara itu atau yang mengenainya apa-apa soalan mungkin berbangkit dalamnya dan mungkin merosot jika disimpan atau yang bagi apa-apa sebab baik yang lain adalah wajar dijualkan dengan serta-merta.
Perintah bagi perbicaraan awal
- Jika semasa mendengar permohonan, yang dibuat sebelum perbicaraan suatu kausa atau perkara, untuk mendapatkan perintah interim, didapati oleh Mahkamah bahawa perkara yang dipertikaikan itu boleh diuruskan dengan lebih baik lagi dengan cara mengadakan perbicaraan awal daripada menimbangkan keseluruhan merit kausa atau perkara itu bagi maksud permohonan itu, maka Mahkamah boleh membuat perintah yang sewajarnya dan boleh juga membuat apa-apa perintah berkenaan dengan tempoh sebelum perbicaraan sebagaimana yang dikehendaki bagi keadilan kes
Mendapatkan kembali harta alih yang tertakluk kepada lien, dsb.
- Jika plaintif, atau defendan melalui tuntutan balas, menuntut untuk mendapatkan kembali harta alih tertentu dan pihak yang daripadanya harta itu hendak didapatkan kembali tidak mempertikaikan hakmilik pihak yang membuat tuntutan itu tetapi menuntut bahawa dia berhak memegang simpan harta itu menurut kuasa suatu lien atau selainnya sebagai jaminan bagi apa-apa jumlah wang, Mahkamah boleh, pada bila-bila masa selepas tuntutan bahawa dia berhak sedemikian ternyata daripada pliding itu, jika ada, atau melalui afidavit atau selainnya hingga memuaskan hatinya, memerintahkan bahawa pihak yang hendak mendapatkan kembali harta itu adalah bebas untuk membayar ke dalam Mahkamah, sementara menanti keputusan tindakan itu, amaun wang yang mengenainya jaminan itu dituntut dan apa-apa jumlah wang selanjutnya, jika ada, bagi bayaran perkhidmatan dan kos sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah dan bahawa, apabila bayaran sedemikian dibuat, harta yang dituntut hendaklah diserahkan kepada pihak yang menuntutnya, tetapi tertakluk kepada Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 [Akta 17].
Membenarkan pendapatan daripada harta yang menjadi hal perkara prosiding
- Jika apa-apa harta alih atau harta tak alih menjadi hal perkara mana-mana prosiding, dan Mahkamah berpuas hati bahawa harta itu lebih daripada mencukupi untuk menjawab segala tuntutan mengenainya yang baginya peruntukan patut dibuat dalam prosiding itu, Mahkamah boleh pada bila-bila masa membenarkan keseluruhan atau sebahagian pendapatan daripada harta itu dibayar, selama apa-apa tempoh yang diarahkan olehnya, kepada mana-mana atau kesemua pihak yang mempunyai kepentingan dalamnya atau boleh mengarahkan supaya mana-mana bahagian harta alih itu dipindahmilikkan atau dihantarserahkan kepada mana-mana atau kesemua pihak
BAHAGIAN XXI
KUASA HAKIM DAN PENDAFTAR
Kuasa Pendaftar
- Dalam mana-mana Mahkamah yang baginya dia dilantik, Pendaftar di dalam kamar boleh
- menangguhkan apa-apa prosiding;
- menetapkan tarikh perbicaraan apa-apa prosiding;
- mentadbirkan sumpah untuk afidavit dan menerima bon;
- jika jaminan diperintahkan, menentukan bahawa jaminan itu mencukupi dan menghendaki penjamin menunjukkan bahawa dia mempunyai kemampuan untuk memberikan jaminan;
- dengan persetujuan semua pihak, memerintahkan penyatuan apa-apa prosiding; dan
- menjalankan apa-apa tugas lain yang diperuntukkan di bawah Enakmen ini atau apa-apa perintah
Kuasa Hakim
- (1) Seseorang Hakim boleh—
- menjalankan semua kewajipan dan kuasa yang diberikan kepadanya oleh mana-mana undang-undang bertulis;
- menjalankan fungsinya di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar mengenai apa-apa prosiding dalam had bidang kuasa tempatannya; dan
- mencatatkan penghakiman yang dibuat melalui pengakuan atau persetujuan pihak-pihak di dalam Mahkamah atau di dalam
- Seseorang Hakim boleh menjalankan di dalam Mahkamah atau di dalam Kamar segala kuasa yang diberikan kepada Pendaftar di bawah seksyen
- Seseorang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan Mahkamah Rendah Syariah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah
- Ketua Hakim Syarie boleh, atas permohonan mana-mana pihak atau mengikut budi bicaranya sendiri, memerintahkan mana- mana Mahkamah supaya menghidupkan semula mana-mana kes yang telah
Rayuan terhadap penghakiman, perintah atau keputusan Pendaftar
- (1) Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada seorang Hakim di dalam Kamar terhadap apa-apa penghakiman, perintah atau keputusan
- Rayuan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dengan menyampaikan kepada setiap pihak lain dalam prosiding itu yang penghakiman, perintah atau keputusan mengenainya telah diberikan suatu notis dalam Borang MS 51 untuk hadir di hadapan Hakim pada hari yang dinyatakan dalam notis
- Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, notis itu hendaklah difailkan dalam masa tujuh hari selepas penghakiman, perintah atau keputusan yang dirayukan itu telah diberikan atau dibuat dan hendaklah disampaikan tidak kurang daripada dua hari genap sebelum hari yang ditetapkan untuk pendengaran rayuan
- Kecuali sebagaimana yang diarahkan selainnya oleh Mahkamah, suatu rayuan di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan prosiding yang dalamnya rayuan itu dibawa.
- Keputusan Hakim dalam Kamar adalah
BAHAGIAN XXII
WANG DAN HARTA DI DALAM MAHKAMAH
Akaun bank Mahkamah
- Tiap-tiap Mahkamah hendaklah menyimpan suatu akaun rasmi mengikut Hukum Syarak di mana-mana
Bayaran ke dalam Mahkamah
- Wang yang dibayar ke dalam Mahkamah boleh dibayar kepada Pendaftar dengan menyatakan tujuan wang itu dibayar dan Pendaftar hendaklah mengeluarkan resit
Bayaran ke dalam bank
- Semua wang yang diterima di bawah seksyen 212 hendaklah, dengan seberapa segera yang mungkin, dimasukkan ke dalam akaun bank
Notis kepada orang yang berhak
- Jika wang dibayar ke dalam Mahkamah untuk kredit mana- mana orang, orang yang membayar itu hendaklah dengan segera memberikan notis mengenai pembayaran itu kepada orang yang untuk kreditnya wang itu
Pembayaran daripada Mahkamah
- Sebelum membuat apa-apa pembayaran daripada Mahkamah, Pendaftar—
- boleh menghendaki bukti bahawa orang yang memohon pembayaran itu ialah orang yang berhak atau diberi kuasa untuk menerima pembayaran itu; dan
- hendaklah memastikan bahawa semua wang yang kena dibayar kepada Kerajaan yang telah dimaklumkan kepadanya telah dibayar atau
Cara membayar
- (1) Pembayaran daripada Mahkamah—
- jika tidak melebihi lima puluh ringgit, boleh dibuat secara tunai; dan
- jika lima puluh ringgit atau lebih, hendaklah dibuat melalui cek yang kena dibayar kepada penerima, dipalang dan diendorskan “tak boleh niaga” dan ditanda “Boleh dibayar hanya dalam masa 90 hari dari tarikh”.
(2) Cek yang tidak ditunaikan dalam masa sembilan puluh hari dari tarikh itu cek itu boleh diperbaharui atau diganti.
Kiriman melalui pos
- (1) Pendaftar boleh menurut budi bicaranya dan jika dipohon sedemikian mengirimkan melalui pos apa-apa wang yang hendak dibayar daripada
(2) Jika apa-apa wang dikirimkan melalui pos, Pendaftar hendaklah mendapatkan resit baginya selepas kiriman dibuat dan tanggungjawab kerana kehilangannya hendaklah ditanggung oleh penerima.
Buku akaun
- (1) Mahkamah hendaklah menyenggarakan apa-apa buku akaun sebagaimana yang dikehendaki oleh Arahan
(2) Dalam seksyen ini, “Arahan Perbendaharaan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan di bawah seksyen 4 Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].
Kos perkhidmatan
- Tiada kos perkhidmatan boleh dikenakan ke atas apa-apa dana yang disimpan di dalam
Dana Wang tak dituntut, dsb.
- (1) Walau apa pun apa-apa jua dalam mana-mana undang- undang bertulis lain, dana di dalam Mahkamah dan semua barang kemas, sekuriti dan harta alih, selain wang, dan apa-apa surat ikatan atau dokumen yang dikehendaki bagi maksud pendengaran atau prosiding, yang tidak dituntut selepas lima belas tahun, hendaklah menjadi harta dan terletak hak pada Baitulmal.
(2) Mahkamah boleh, atas permohonan mana-mana pihak menuntut dan jika berpuas hati bahawa pihak menuntut itu berhak kepada wang atau harta yang terletak hak pada Baitulmal di bawah subseksyen (1), memerintahkan Baitulmal membayar wang atau memulangkan harta itu atau nilainya kepada pihak menuntut itu.
BAHAGIAN XXIII
Fi Mahkamah
KOS ELAUN DAN FI MAHKAMAH
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), maka hendaklah dibayar berkenaan dengan semua kausa, perkara dan prosiding di Mahkamah apa-apa fi sebagaimana yang
- Kerajaan atau Majlis tidaklah dikehendaki membayar apa- apa fi Mahkamah dalam prosiding oleh atau terhadap Kerajaan atau
- Fi Mahkamah hendaklah dibayar dengan wang
- Tiada fi boleh dikenakan berkenaan dengan apa-apa prosiding yang diambil atas kehendak
Kos
- Tertakluk kepada Enakmen ini, Mahkamah hendaklah, mengikut budi bicaranya, mengawardkan kos bagi prosiding yang difailkan di Mahkamah itu walaupun Mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mengenai prosiding
Taksiran kos
- Kos hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah atau Pendaftar mengikut kaedah-kaedah yang dibuat di bawah Enakmen
Saksi
- Jika pada pendengaran apa-apa prosiding seseorang hadir di Mahkamah sebagai seorang saksi mengenai fakta, atau sebagai seorang saksi untuk mengemukakan sesuatu dokumen, maka boleh dibenarkan baginya apa-apa jumlah wang yang patut sebagaimana yang
Saksi pakar
- Jika pada pendengaran apa-apa prosiding seseorang hadir di Mahkamah sebagai seorang saksi pakar, maka boleh dibenarkan suatu fi baginya kerana hadir di Mahkamah, dan sebagai tambahan, suatu fi kerana layak memberikan keterangan sebagai pakar
Elaun penginapan dan perjalanan
- Sebagai tambahan kepada apa-apa elaun yang kena dibayar di bawah seksyen 224 dan 225, boleh dibenarkan bagi seseorang saksi atau sesuatu pihak apa-apa perbelanjaan yang telah dilakukan dengan sebenarnya dan semunasabahnya oleh saksi atau pihak itu dalam perjalanan ke dan dari Mahkamah atau kerana tinggal di tempat
Kehadiran dalam lebih daripada satu prosiding
- Jika seseorang saksi atau sesuatu pihak hadir di Mahkamah berkenaan dengan dua prosiding atau lebih, maka jumlah wang yang boleh dibenarkan baginya di bawah seksyen 224 atau 225 berkenaan dengan sesuatu prosiding bolehlah diumpukkan antara beberapa prosiding
Saksi tidak dipanggil
- Elaun boleh dibayar kepada seseorang saksi sama ada dia dipanggil ataupun tidak, jika kehadirannya
BAHAGIAN XXIV
PENGHINAAN MAHKAMAH
Notis menunjukkan sebab
- (1) Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memulakan prosiding terhadap mana-mana orang kerana menghina mahkamah dan boleh, dalam prosiding sedemikian, membuat suatu perintah pengkomitan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau boleh mengenakan denda tidak melebihi dua ribu
- Jika penghinaan dilakukan di dalam Mahkamah, maka tidaklah perlu bagi Mahkamah menyampaikan notis untuk menunjukkan sebab tetapi Mahkamah hendaklah memastikan bahawa orang yang dikatakan melakukan penghinaan itu faham tentang jenis kesalahan yang dikatakan terhadapnya dan diberi peluang untuk didengar untuk membela dirinya, dan Mahkamah hendaklah membuat suatu rekod yang sepatutnya mengenai prosiding
- Dalam hal penghinaan yang dilakukan di luar Mahkamah, notis supaya menunjukkan sebab mengapa tindakan atau prosiding tidak boleh diambil terhadapnya hendaklah disampaikan ke diri orang yang dikatakan melakukan penghinaan
Penghinaan oleh pertubuhan perbadanan
- Jika penghinaan mahkamah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa penghinaan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus atau setiausaha pertubuhan perbadanan itu atau selainnya bertanggungjawab atas pengurusan pertubuhan perbadanan itu adalah juga bersalah melakukan penghinaan itu melainkan jika dia membuktikan bahawa—
- penghinaan itu telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan itu tanpa persetujuan atau pembiarannya; atau
- dia telah mengambil segala usaha yang wajar bagi mengelakkan berlakunya penghinaan itu sebagaimana yang patut diambil olehnya dengan mengambil kira sifat jawatannya atau jenis tugasnya dalam pertubuhan perbadanan itu dan segala hal
Prosiding tanpa kebenaran
- Mana-mana orang yang melakukan apa-apa perbuatan atau mengambil apa-apa prosiding atas nama atau bagi pihak orang lain dengan mengetahui bahawa dia tidak dibenarkan dengan sahnya oleh orang itu adalah melakukan kesalahan menghina
BAHAGIAN XXV
Bahasa
PELBAGAI
- (1) Melainkan jika diarahkan selainnya oleh Ketua Hakim Syarie, bahasa kebangsaan hendaklah digunakan dalam semua prosiding di
(2) Apa-apa dokumen yang dikehendaki untuk digunapakai menurut Enakmen ini hendaklah dalam bahasa kebangsaan, dan dokumen dalam mana-mana bahasa lain hendaklah disertakan dengan terjemahannya dalam bahasa kebangsaan.
Borang
- Borang-borang yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, dengan apa-apa pengubahan mengikut kehendak hal keadaan, hendaklah digunakan bagi masing-masing maksud yang disebut
Salinan diperakui
- Atas permohonan dan apabila dibayar fi yang ditetapkan oleh mana-mana orang, Pendaftar bolehlah membekalkan salinan diperakui bagi apa-apa dokumen termasuk, dengan keizinan Mahkamah, mana-mana nota keterangan kepada orang
Fi, deposit dan pembayaran
- Jika apa-apa fi atau deposit kena dibayar berkenaan dengan apa-apa perbuatan, atau apa-apa pembayaran terlibat dalam melakukan perbuatan itu, pegawai yang dipertanggungkan untuk melakukan perbuatan itu tidaklah berkewajipan melakukannya sehingga fi atau deposit atau amaun pembayaran itu telah
Larangan ke atas pegawai Mahkamah
- Tiada seorang pun pegawai Mahkamah boleh menjadi penjamin, atau menandatangani apa-apa resit atau dokumen atau menerima apa-apa wang bagi atau bagi pihak mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding di Mahkamah, atau membuat tawaran atau selainnya menjadi pembeli secara langsung atau tak langsung di mana-mana penjualan oleh
Memberikan jaminan
- (1) Jaminan hendaklah diberi dengan mendepositkan wang atau melalui bon yang amaunnya hendaklah ditetapkan oleh Mahkamah atau
- Perbelanjaan mengenai jaminan, jika ada, hendaklah ditanggung oleh orang yang memberikan jaminan
- Suatu akujanji bertulis oleh seorang Peguam Syarie boleh diterima sebagai ganti jaminan yang disebut dalam subseksyen (1).
- Jika jaminan diberikan dengan mendepositkan wang, wang itu tidak boleh dibayar keluar tanpa perintah
- Jika jaminan diberikan melalui bon, seorang penjamin adalah diperlukan melainkan jika diperintahkan selainnya oleh
Memanjang atau memendekkan masa
- (1) Mahkamah boleh, atas apa-apa terma yang difikirkannya adil, melalui perintah, melanjutkan atau memendekkan tempoh yang dalamnya seseorang dikehendaki atau dibenarkan oleh Enakmen ini atau oleh mana-mana penghakiman, perintah atau arahan untuk melakukan apa-apa perbuatan dalam mana-mana
(2) Mahkamah boleh melanjutkan apa-apa tempoh yang disebut dalam subseksyen (1) walaupun permohonan untuk mendapatkan pelanjutan itu tidak dibuat sehingga selepas habis tempoh itu.
Perkara yang mengaibkan, dsb.
- Mahkamah boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permintaan mana-mana pihak, pada bila-bila masa, memerintahkan supaya apa-apa dokumen atau kandungan apa-apa dokumen yang mengaibkan, tak relevan, menyusahkan, menindas, menimbulkan perbahasan atau terlalu panjang
Kehadiran sendiri
- Tertakluk kepada mana-mana undang-undang bertulis lain, Mahkamah boleh jika difikirkannya perlu memerintahkan supaya mana-mana pihak dalam apa-apa prosiding hadir sendiri pada bila- bila masa, melainkan jika pihak itu berada di luar negeri, dan kegagalan untuk mematuhi perintah itu dengan sengaja hendaklah menjadi suatu penghinaan
Notis kepada orang yang berhak
- Mana-mana proses atau dokumen yang dikehendaki disampaikan oleh seseorang pegawai Mahkamah atau sesuatu pihak boleh disampaikan oleh mana-mana Mahkamah
Merekodkan keterangan sebelum pendengaran
- (1) Jika Mahkamah berpuas hati bahawa keterangan mana- mana pihak atau saksi patut diambil sebelum tarikh pendengaran, Mahkamah atau mana-mana Hakim yang diarahkan oleh Mahkamah itu boleh mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi tersebut di mana-mana tempat yang difikirkannya sesuai dan keterangan yang diambil sedemikian boleh kemudiannya digunakan dalam pendengaran
(2) Notis bahawa keterangan akan diambil di bawah subseksyen
- hendaklah disampaikan kepada pihak yang satu lagi tidak kurang daripada dua hari sebelum tarikh keterangan itu diambil sedemikian dan pihak yang satu lagi itu boleh mengambil bahagian dalam prosiding
Surat permintaan
- (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), Mahkamah atau Hakim boleh, dalam hal apa-apa prosiding yang belum selesai di hadapan Mahkamah lain, mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi atau orang lain dan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan bagi prosiding yang belum selesai
- Kuasa Mahkamah atau Hakim di bawah subseksyen (1) hendaklah dijalankan jika terdapat suatu permintaan bertulis daripada Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum
- Walau apa pun subseksyen (1), Mahkamah yang di hadapannya prosiding itu belum selesai boleh, atas kehendaknya sendiri atau atas permohonan mana-mana pihak dalam prosiding itu, meminta Mahkamah lain mengambil keterangan daripada mana-mana pihak atau saksi dalam prosiding itu, jika Mahkamah itu berpuas hati bahawa pihak atau saksi itu tidak dapat hadir di Mahkamah itu kerana alasan yang munasabah atau jika kehadiran pihak atau saksi itu akan menyebabkan pihak yang memanggil saksi itu menanggung perbelanjaan yang tidak
Kuasa sedia ada Mahkamah
- Tiada apa-apa jua dalam Enakmen ini boleh disifatkan sebagai menghadkan atau menyentuh kuasa sedia ada pada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah yang perlu untuk mengelakkan ketakadilan atau mengelakkan penyalahgunaan proses
Hukum Syarak
- (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan di bawah Enakmen ini yang tak konsisten dengan Hukum Syarak adalah terbatal setakat yang ia tak konsisten
- Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.
Jawatankuasa Kaedah-kaedah
- (1) Maka hendaklah ditubuhkan suatu Jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Kaedah-kaedah Mahkamah Syariah yang terdiri daripada—
- Ketua Hakim Syarie yang hendaklah menjadi sebagai Pengerusi;
- seorang wakil Majlis Agama Islam Negeri;
- seorang wakil dari Jabatan Peguam Negara;
- seorang wakil Peguam Syarie; dan
- dua orang anggota lain yang dilantik oleh Ketua Hakim
- Anggota yang dilantik di bawah perenggan (1)(e) hendaklah memegang jawatan selama tempoh dua tahun dan layak dilantik semula.
- Ketua Pendaftar Mahkamah Syariah hendaklah menjadi Setiausaha
Kaedah-kaedah
- (1) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah Mahkamah Syariah boleh, membuat kaedah-kaedah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, bagi menjalankan peruntukan Enakmen ini, dan khususnya, tetapi tanpa menjejaskan keluasan peruntukan yang terdahulu, kaedah- kaedah itu boleh membuat peruntukan bagi—
- tatacara dan amalan pejabat pendaftaran Mahkamah Syariah;
- fi, elaun dan kos yang kena dibayar berkenaan dengan prosiding di bawah Enakmen ini;
- tatacara mengenai sulh;
- borang, buku akaun, laporan dan dokumen lain yang hendak digunakan berkenaan dengan apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan di bawah atau menurut Enakmen ini; dan
- penjalanan Mahkamah, bentuk dan kaedah pelaksanaan surat cara dan pelantikan pegawai atau ejen
(2) Jawatankuasa Kaedah-Kaedah boleh meminda Jadual Kedua dan Ketiga melalui perintah.
Pemansuhan
- (1) Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah 1991 [Enakmen 7/1991] adalah
(2) Jika mana-mana kes atau perkara belum selesai di hadapan mana-mana Mahkamah pada permulaan kuat kuasa Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini hendaklah terpakai berkenaan dengan prosiding kes atau perkara itu setakat yang tidak menyebabkan ketakadilan.