201908.27
0
1

Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

Spread the love

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 561

AKTA KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

Suatu Akta untuk mentakrifkan undang-undang keterangan bagi Mahkamah Syariah.

[Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan─

[1 April 1997, P.U.(B) 105/1997;

*Wilayah Persekutuan Putrajaya─1 Februari 2001,

P.U. (A) 249/2002]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri

Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

KERELEVANAN

BAB 1

PERMULAAN

Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

  1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan hendaklah terpakai bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan

* CATATAN─ Dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya ─ lihat Perintah Wilayah Persekutuan Putrajaya (Pemerluasan dan Ubah Suaian Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997) 2002 [P.U.(A) 249/2002].

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pemakaian

  1. Akta ini hendaklah terpakai bagi segala prosiding kehakiman di dalam atau di hadapan mana-mana Mahkamah

Tafsiran

  1. (1) Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta Pentadbiran” ertinya Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505];

‘aqil” ertinya sempurna akal;

baligh” ertinya sudah cukup umur mengikut Hukum Syarak; “bayyinah” ertinya keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau

kepentingan dan termasuklah qarinah;

“dokumen” ertinya apa-apa hal yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua pun peranti lain, dengan menggunakan—

  • huruf, angka, tanda, simbol, isyarat, lambang, atau apa jua pun bentuk pernyataan, perihalan, atau gambaran lain;
  • apa-apa rakaman visual (sama ada imej kaku atau bergerak);
  • apa-apa rakaman bunyi, atau apa-apa jua pun rakaman elektronik, magnetik, mekanikal atau rakaman lain dan walau bagaimana jua pun dibuat, atau apa-apa bunyi, dedenyut elektronik, atau apa jua pun data lain;
  • suatu rakaman, atau pemancaran, dari suatu jarak, apa-apa hal dengan mana-mana, atau apa-apa kombinasi, cara yang disebut dalam perenggan (a), (b) atau (c),

atau dengan lebih daripada satu cara yang disebut dalam perenggan (a), (b), (c) dan (d), yang dimaksudkan untuk digunakan atau yang mungkin digunakan bagi tujuan menyatakan, memperihalkan, atau dengan apa jua cara sekalipun menggambarkan, hal itu;

MISALAN

Tulisan ialah dokumen.

Perkataan yang dicetak, dilitograf atau difotograf ialah dokumen. Peta, pelan, graf atau lakaran ialah dokumen.

Inskripsi pada kayu, logam, batu, atau apa-apa benda, bahan atau barang lain ialah dokumen.

Lukisan, citra, gambar atau karikatur ialah dokumen. Fotograf atau negatif ialah dokumen.

Rakaman pita komunikasi telefon, termasuklah rakaman komunikasi sedemikian yang dipancarkan dari suatu jarak, ialah dokumen.

Rakaman fotografi atau rakaman visual lain, termasuklah rakaman pemancaran fotografi atau pemancaran visual lain dari suatu jarak, ialah dokumen.

Hal yang dirakamkan, disimpan, diproses, didapatkan semula atau dikeluarkan oleh komputer ialah dokumen;

“fakta” ertinya dan termasuklah—

  • apa-apa benda, keadaan benda atau hubungan benda yang boleh ditanggap dengan pancaindera;
  • apa-apa keadaan mental yang disedari oleh mana-mana orang;

MISALAN

  • Bahawa adanya benda-benda tertentu yang diatur mengikut susunan tertentu di tempat tertentu ialah suatu
  • Bahawa seseorang telah mendengar atau melihat sesuatu ialah suatu fakta.
  • Bahawa seseorang telah menyebut perkataan tertentu ialah suatu fakta.
  • Bahawa seseorang berpegang pada pendapat tertentu, mempunyai niat tertentu, bertindak dengan suci hati atau secara fraud, atau menggunakan perkataan tertentu dengan pengertian tertentu, atau pada suatu masa tertentu sedar akan perasaan tertentu ialah suatu
  • Bahawa seseorang mempunyai reputasi tertentu ialah suatu fakta;

“fakta persoalan” ertinya apa-apa fakta yang daripadanya, sama ada dengan sendiri atau berkaitan dengan fakta lain, wujudnya, tidak wujudnya, jenis atau takat apa-apa hak, liabiliti atau ketidakupayaan yang ditegaskan atau dinafikan dalam mana-mana guaman atau prosiding, semestinya dapat disimpulkan;

MISALAN

A dituduh berkhalwat dengan B.

Dalam perbicaraannya, fakta yang berikut boleh menjadi persoalan:

bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam suatu bilik tertutup;

bahawa A berada berdua-duaan dengan B di dalam kenderaan yang diletakkan di tempat yang gelap;

“filem” ertinya dan termasuk mikrofilem dan apa-apa negatif;

“Hakim” ertinya Hakim Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik masing-masingnya di bawah seksyen 42, 43 dan 44 Akta Pentadbiran;

“Hukum Syarak” ertinya Hukum Syarak mengikut Mazhab Shafie, atau mengikut mana-mana satu Mazhab Maliki, Hanafi atau Hanbali;

“keterangan” termasuklah—

  • bayyinah dan syahadah;
  • segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat di hadapannya oleh saksi berhubungan dengan perkara fakta yang disiasat: pernyataan sedemikian disebut keterangan lisan;
  • segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah: dokumen sedemikian disebut keterangan dokumentar;

“komputer” ertinya apa-apa peranti bagi merekodkan, menyimpan, memproses, mendapatkan semula atau mengeluarkan apa-apa maklumat atau perkara lain, atau bagi melaksanakan mana-mana satu fungsi itu atau lebih, tidak kira dengan nama atau perihalan apa pun peranti itu disebut; dan jika dua komputer atau lebih menjalankan mana-mana satu fungsi itu atau lebih dalam satu kombinasi atau berturutan atau walau bagaimana jua pun selainnya disatukan, ia hendaklah dikira sebagai komputer tunggal;

“Mahkamah” atau “Mahkamah Syariah” ertinya Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah atau Mahkamah Rayuan Syariah, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang ditubuhkan di bawah seksyen 40 Akta Pentadbiran;

“mikrofilem” ertinya apa-apa bahan lutsinar yang mempunyai imej visual dalam saiz yang dikurangkan sama ada secara tunggal atau sebagai suatu siri dan termasuk mikrofis;

“negatif” ertinya suatu fotograf negatif lutsinar pada apa-apa benda atau bahan, dan termasuk apa-apa fotograf negatif lutsinar yang dibuat daripada fotograf negatif asal;

“Peguam Syarie” ertinya seseorang yang dilantik sebagai Peguam Syarie di bawah seksyen 59 Akta Pentadbiran;

qarinah” ertinya fakta yang mempunyai kaitan dengan fakta yang satu lagi dengan apa-apa cara yang disebut dalam Akta ini;

“saksi” tidak termasuk plaintif, defendan dan orang tertuduh; “syahadah” ertinya apa-apa keterangan yang diberikan di

Mahkamah dengan menggunakan lafaz “asyhadu” untuk membuktikan suatu hak atau kepentingan;

‘urf” ertinya adat atau amalan yang diiktiraf oleh masyarakat atau golongan orang tertentu sama ada dalam bentuk perkataan atau perbuatan;

  • Dalam Akta ini—
  • suatu fakta dikatakan “terbukti sebaliknya” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu tidak wujud atau berpendapat ketidakwujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu tidak wujud;
  • sesuatu fakta dikatakan “tidak terbukti” apabila fakta itu tidak “terbukti” atau tidak “terbukti sebaliknya” mengikut Akta ini;
  • sesuatu fakta dikatakan “terbukti” apabila, setelah menimbangkan perkara di hadapannya, Mahkamah sama ada mempercayai bahawa fakta itu wujud atau berpendapat bahawa kewujudan fakta itu adalah sebegitu mungkin sehingga seseorang yang berhemat patut, dalam keadaan hal tertentu, bertindak atas anggapan bahawa fakta itu
  • Bagi mengelakkan keraguan tentang identiti atau tafsiran perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Akta ini yang disenaraikan dalam Jadual, rujukan bolehlah dibuat kepada Tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bersetentangan dengannya dalam Jadual

Anggapan

  1. (1) Bilamana diperuntukkan oleh Akta ini bahawa Mahkamah boleh menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah boleh sama ada menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya, atau boleh meminta

(2) Bilamana diperuntukkan oleh Akta ini bahawa Mahkamah hendaklah menganggap sesuatu fakta sebagai wujud, Mahkamah hendaklah menyifatkan fakta itu sebagai terbukti melainkan jika dan sehingga terbukti sebaliknya.

BAB 2

QARINAH

Am

Keterangan boleh diberikan mengenai fakta persoalan dan

qarinah

  1. Keterangan boleh diberikan dalam mana-mana guaman atau prosiding mengenai kewujudan atau ketidakwujudan tiap-tiap fakta

persoalan dan mengenai apa-apa fakta lain yang ditetapkan kemudian daripada ini sebagai qarinah, dan tidak mengenai apa-apa fakta lain.

Huraian—Seksyen ini tidak membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai sesuatu fakta yang dia tidak berhak membuktikannya menurut undang-undang yang berhubungan dengan tatacara mal.

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B dengan tongkat dengan niat hendak menganiayanya.

Dalam perbicaraan A fakta yang berikut adalah menjadi persoalan:

A memukul B dengan tongkat itu.

A mencederakan B dengan pukulan itu dengan niat hendak menganiayanya.

Fakta yang menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah

  1. Fakta yang, walaupun tidak menjadi persoalan, sebegitu berkaitan dengan suatu fakta persoalan sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.

MISALAN

A dituduh memukul isterinya B. Apa-apa jua yang telah dikatakan atau dibuat oleh A atau B atau oleh orang yang berada di situ pada masa B dipukul atau sejurus sebelum atau selepasnya sehingga menjadi sebahagian daripada transaksi yang sama ialah qarinah.

Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan bagi fakta persoalan atau fakta relevan

  1. Fakta yang menjadi punca, sebab atau kesan, sama ada langsung atau selainnya, bagi fakta persoalan atau fakta relevan, atau fakta yang menjadi keadaan benda yang dalamnya fakta itu berlaku, atau

yang memberikan peluang untuk fakta itu berlaku atau dilakukan ialah qarinah.

Motif, persediaan dan kelakuan yang dahulu atau yang kemudian

  1. (1) Apa-apa fakta ialah qarinah jika ia menunjukkan atau menjadi motif atau persediaan bagi mana-mana fakta persoalan atau fakta
  • Kelakuan mana-mana pihak, atau kelakuan mana-mana ejen kepada mana-mana pihak, dalam apa-apa guaman atau prosiding berkenaan dengan guaman atau prosiding itu, atau berkenaan dengan mana-mana fakta persoalan dalamnya atau yang relevan dengannya, dan kelakuan mana-mana orang yang kesalahan terhadapnya menjadi perkara mana-mana prosiding, ialah qarinah jika kelakuan itu mempengaruhi atau dipengaruhi oleh mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan, dan sama ada kelakuan itu berlaku dahulu atau kemudian

Huraian 1—Perkataan “kelakuan” dalam seksyen ini tidak termasuk pernyataan melainkan jika pernyataan itu menyertai dan menghuraikan perbuatan selain pernyataan; tetapi huraian ini tidaklah menyentuh kerelevanan pernyataan di bawah mana-mana seksyen lain dalam Akta ini.

Huraian 2—Apabila kelakuan mana-mana orang ialah qarinah, apa-apa pernyataan yang dibuat kepadanya atau di hadapan dan dengan didengarinya yang menyentuh kelakuannya ialah qarinah.

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.

Fakta bahawa tidak lama sebelum tarikh wasiat yang dikatakan itu, A telah bertanyakan tentang perkara yang berkaitan dengan peruntukan-peruntukan dalam wasiat yang dikatakan itu, bahawa dia telah berunding dengan peguam berkenaan dengan pembuatan wasiat itu, dan bahawa dia telah menyebabkan draf wasiat yang lain disediakan yang tidak dipersetujuinya, ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A telah melakukan sesuatu

Fakta bahawa A telah melarikan diri selepas menerima surat yang memberinya amaran bahawa siasatan sedang dijalankan bagi mencari penjenayah itu dan kandungan surat itu ialah qarinah.

  • A dituduh melakukan suatu

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah yang dikatakan itu dia telah melarikan diri, atau telah cuba menyembunyikan benda yang telah atau mungkin telah digunakan dalam melakukan jenayah itu ialah qarinah.

Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan fakta persoalan atau fakta relevan

  1. Fakta yang perlu untuk menghuraikan atau mengemukakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menyokong atau mematahkan sesuatu kesimpulan yang dibayangkan oleh sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan, atau yang menentukan identiti mana-mana benda atau orang yang identitinya ialah relevan, atau yang menetapkan masa atau tempat di mana mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan telah berlaku atau yang menunjukkan hubungan pihak-pihak yang olehnya mana-mana fakta itu ditransaksikan, ialah qarinah setakat yang fakta itu perlu bagi maksud itu.

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada sesuatu dokumen tertentu ialah wasiat A.

Keadaan harta A dan keadaan keluarganya pada tarikh wasiat yang dikatakan itu ialah qarinah.

  • A dituduh melakukan suatu

Fakta bahawa sejurus selepas berlakunya jenayah itu A telah melarikan diri dari rumahnya ialah qarinah di bawah seksyen 8 sebagai kelakuan yang kemudian daripada dan tersentuh oleh fakta persoalan.

Fakta bahawa pada masa dia meninggalkan rumahnya itu dia ada urusan tiba-tiba dan mendesak di tempat dia pergi itu ialah qarinah sebagai cenderung menghuraikan fakta bahawa dia telah meninggalkan rumahnya dengan tiba-tiba.

Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh pengkomplot berkenaan dengan rancangan bersama

  1. Jika terdapat alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berkomplot bersama-sama untuk melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah boleh dakwa, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh salah seorang daripada mereka, berkenaan dengan niat bersama mereka selepas niat itu mula-mula difikirkan oleh salah seorang daripada mereka, ialah qarinah terhadap setiap orang yang dipercayai berkomplot sedemikian, serta juga bagi maksud membuktikan kewujudan komplot itu dan bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang sedemikian telah menjadi pihak

Bila fakta menjadi qarinah

  1. Fakta menjadi qarinah
  • jika ia tidak konsisten dengan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan;
  • jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain, ia menjadikan kewujudan atau ketidakwujudan mana-mana fakta persoalan atau fakta relevan amat barangkali atau amat tidak

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada A melakukan suatu jenayah di Kuala Lumpur pada suatu hari

Fakta bahawa pada hari itu A berada di Ipoh ialah qarinah.

Fakta bahawa hampir dengan masa berlakunya jenayah itu A berada jauh dari tempat di mana jenayah itu dilakukan, yang menjadikannya amat tidak barangkali, walaupun tidak mustahil, bahawa dia telah melakukan jenayah itu, ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A telah melakukan suatu

Hal keadaannya sebegitu rupa sehingga menunjukkan bahawa jenayah itu pasti telah dilakukan sama ada oleh A, B, C, atau D. Tiap- tiap fakta yang menunjukkan bahawa jenayah itu tidak mungkin telah dilakukan oleh seseorang lain dan bahawa ia tidak dilakukan sama ada oleh B, C atau D ialah qarinah.

Dalam guaman bagi mendapatkan ganti rugi, fakta yang cenderung membolehkan Mahkamah menentukan amaun ialah qarinah

  1. Dalam guaman untuk menuntut ganti rugi, apa-apa fakta yang membolehkan Mahkamah menentukan amaun ganti rugi yang patut diawardkan ialah

Fakta yang menjadi qarinah apabila hak atau ‘urf dipersoalkan

  1. Jika soalnya ialah tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka fakta yang berikut ialah qarinah:
  • apa-apa transaksi yang dengannya hak atau ‘urf yang dipersoalkan itu telah diwujudkan, dituntut, diubahsuaikan, diiktirafkan, ditegaskan atau dinafikan atau yang tidak konsisten dengan kewujudan hak atau ‘urf itu;
  • hal-hal tertentu yang dalamnya hak atau ‘urf itu telah dituntut, diiktirafkan atau digunakan atau yang dalamnya penggunaan hak atau ‘urf itu telah dipertikaikan, ditegaskan atau tidak

Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh ialah qarinah

  1. Fakta yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran, seperti niat, pengetahuan, kesucian hati, kecuaian, kegopohan, niat jahat atau niat baik terhadap mana-mana orang tertentu, atau yang menunjukkan kewujudan apa-apa keadaan tubuh atau perasaan tubuh, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh itu menjadi persolan atau

Huraian 1—Sesuatu fakta yang relevan sebagai menunjukkan kewujudan suatu keadaan akal fikiran yang relevan mestilah menunjukkan bahawa keadaan akal fikiran itu wujud bukan pada amnya tetapi berhubungan dengan perkara tertentu yang dipersoalkan.

Huraian 2—Jika dalam perbicaraan seseorang yang dituduh atas suatu kesalahan, suatu kesalahan yang dilakukan dahulu olehnya ialah qarinah dalam pengertian seksyen ini, maka sabitannya yang dahulu itu hendaklah juga menjadi qarinah.

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada A bersalah kerana melakukan penganiayaan terhadap isterinya B.

Pencurahan perasaan mereka terhadap satu sama lain yang sejurus sebelum atau selepas penganiayaan yang dikatakan itu ialah qarinah.

  • A dibicarakan kerana suatu

Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan niat hendak melakukan jenayah tertentu itu ialah qarinah.

Fakta bahawa dia telah mengatakan sesuatu yang menunjukkan kecenderungan am hendak melakukan jenayah jenis itu bukanlah qarinah.

Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja

  1. Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan telah dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan sengaja atau dilakukan dengan pengetahuan atau niat tertentu, maka fakta bahawa perbuatan itu menjadi sebahagian daripada siri kejadian yang serupa, dan orang yang melakukan perbuatan itu terlibat dalam setiap kejadian itu, ialah qarinah.

MISALAN

A telah diambil kerja untuk menerima fitrah sebagai amil daripada orang ramai. Adalah menjadi kewajipan A untuk membuat catatan dalam suatu buku bagi menunjukkan amaun wang yang telah diterimanya. Dia membuat suatu catatan yang menunjukkan bahawa pada suatu masa tertentu dia telah menerima kurang daripada yang sebenar diterima olehnya.

Soalnya ialah sama ada catatan palsu ini telah dibuat dengan tidak sengaja atau sengaja.

Fakta bahawa catatan lain yang dibuat oleh A dalam buku yang sama adalah palsu dan bahawa setiap satu catatan palsu itu adalah untuk faedah A, ialah qarinah.

Bila kewujudan perjalanan urusan menjadi qarinah

  1. Apabila terdapat soal sama ada sesuatu perbuatan tertentu telah dilakukan, kewujudan apa-apa perjalanan urusan, yang menurut kelazimannya perbuatan itu pasti telah dilakukan, ialah qarinah.

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah

Fakta bahawa adalah menjadi perjalanan biasa urusan bagi segala surat yang diletakkan di suatu tempat tertentu dibawa ke pejabat pos, dan bahawa surat tertentu itu telah diletakkan di tempat itu, ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada suatu surat tertentu telah sampai kepada A.

Fakta bahawa ia telah diposkan mengikut amalan biasa dan telah tidak dikembalikan melalui Pejabat Surat Tak Sampai ialah qarinah.

Iqrar

Iqrar ditakrifkan

  1. (1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang, secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu
  • Sesuatu iqrar hendaklah dibuat—
  • di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
  • di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki yang

‘aqil, baligh dan ‘adil.

  • Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.

Kebolehterimaan iqrar

  1. (1) Iqrar yang berikut tidak boleh diterima:
  • iqrar seseorang yang tidak ‘aqil baligh;
  • tertakluk kepada subseksyen (2), iqrar orang belum dewasa;
  • iqrar orang gila atau orang terencat akal (ma’tuh);
  • iqrar wali atau penjaga yang dibuat bagi pihak seseorang yang di bawah jagaan atau tanggungjawabnya;
  • iqrar yang tidak dibuat secara sukarela; atau
  • iqrar seseorang yang dihalang di bawah mana-mana undang-undang bertulis untuk mentadbirkan hartanya (Mahjur ‘alaih).
  • Iqrar yang dibuat oleh seseorang orang belum dewasa yang mumayyiz yang telah dibenarkan oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau urusan boleh diterima setakat yang iqrar itu adalah berhubungan dengan perniagaan atau urusan itu.
  • Pihak yang mendapat faedah daripada sesuatu iqrar tidaklah semestinya seorang yang ‘aqil baligh.

Huraian—Jika orang yang membuat iqrar menyatakan bahawa barang atau harta adalah bagi faedah orang belum dewasa yang belum mumayyiz, iqrarnya boleh diterima dan orang yang membuat iqrar itu adalah terikat dengan pernyataannya.

Iqrar yang dibuat dalam keadaan marad al-maut

  1. Iqrar yang dibuat oleh seseorang yang berada dalam keadaan marad al-maut berhubungan dengan tanggungan atau obligasinya terhadap seorang lain boleh

Pernyataan oleh Orang yang tidak dapat dipanggil sebagai Saksi

Hal yang dalamnya pernyataan mengenai fakta relevan oleh orang yang telah mati atau tidak dapat dijumpai, dsb. ialah qarinah

  1. (1) Pernyataan, bertulis atau lisan, mengenai fakta relevan yang dibuat oleh seseorang yang telah mati atau yang tidak dapat dijumpai, atau yang telah menjadi tidak upaya untuk memberikan keterangan, atau yang kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam

hal keadaan kes itu, ialah dengan sendirinya qarinah dalam hal-hal yang berikut:

  • apabila pernyataan itu dibuat oleh seseorang tentang sebab kematiannya, atau tentang apa-apa hal keadaan transaksi yang telah mengakibatkan kematiannya, dalam hal yang dalamnya sebab kematian orang itu

Pernyataan sedemikian ialah qarinah sama ada pada masa pernyataan itu dibuat orang yang membuatnya telah menjangkakan atau tidak menjangkakan dia akan mati, dan walau apa jua jenis prosiding yang dalamnya sebab kematiannya itu dipersoalkan;

  • apabila pernyataan itu telah dibuat oleh mana-mana orang itu dalam perjalanan biasa urusan, dan khususnya apabila pernyataan itu terdiri daripada apa-apa catatan atau memorandum yang telah dibuat olehnya dalam buku yang disimpan dalam perjalanan biasa urusan atau pada melaksanakan tugas profesional; atau terdiri daripada pengakuterimaan yang ditulis atau ditandatangani olehnya mengenai penerimaan wang, barang, sekuriti atau apa jua jenis harta; atau terdiri daripada sesuatu dokumen yang digunakan dalam perdagangan, yang ditulis atau ditandatangani olehnya, atau mengandungi tarikh bagi sesuatu surat atau dokumen lain yang biasanya ditarikh, ditulis atau ditandatangani olehnya;
  • apabila pernyataan itu menentang kepentingan kewangan atau kepentingan ketuanpunyaan orang yang membuatnya, atau apabila, jika benar, pernyataan itu akan mendedahkan atau mungkin mendedahkan orang itu kepada suatu pendakwaan jenayah atau kepada suatu guaman untuk ganti rugi;
  • apabila pernyataan itu memberikan pendapat mana-mana orang sedemikian tentang kewujudan apa-apa hak awam atau ‘urf atau perkara yang mempunyai kepentingan awam

atau am, yang kewujudannya, jika ia wujud, mungkin telah disedari oleh orang itu, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbul apa-apa kontroversi tentang hak, ‘urf atau perkara itu;

  • apabila pernyataan itu adalah berhubungan dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang tentang hubungan itu orang yang membuat pernyataan itu mempunyai cara yang istimewa bagi mengetahuinya, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
  • apabila pernyataan itu adalah berhubungan dengan kewujudan apa-apa hubungan melalui darah, perkahwinan atau pengangkatan antara orang yang telah mati, dan pernyataan itu dibuat dalam mana-mana wasiat atau surat ikatan yang berhubungan dengan hal-ehwal keluarga yang mana-mana orang yang telah mati itu seorang anggotanya, atau dalam apa-apa salasilah keluarga atau di atas mana-mana batu nisan, potret keluarga atau benda lain yang di atasnya pernyataan itu biasanya dibuat, dan apabila pernyataan itu dibuat sebelum timbulnya soal yang dipertikaikan itu;
  • apabila pernyataan itu terkandung dalam mana-mana dokumen yang berhubungan dengan apa-apa transaksi sebagaimana yang disebut dalam perenggan 13(a);
  • apabila pernyataan itu telah dibuat oleh sebilangan orang dan menyatakan perasaan atau tanggapan mereka yang relevan dengan perkara yang berkenaan

MISALAN

  • Soalnya ialah tentang tarikh lahir A.

Suatu catatan dalam buku harian seorang doktor bedah yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan, menyatakan

bahawa pada suatu hari tertentu dia telah merawat ibu A yang melahirkan seorang anak lelaki, ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A berada di Kuala Lumpur pada suatu hari tertentu.

Suatu pernyataan dalam buku harian seorang peguam bela yang telah mati, yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan bahawa pada suatu hari tertentu peguam bela itu telah ada bersama A di suatu tempat yang dinyatakan di Kuala Lumpur bagi maksud berbincang dengannya mengenai urusan tertentu ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A dan B telah berkahwin dengan sah di sisi undang-undang.

Pernyataan seorang Kadi yang telah mati bahawa dia telah mengahwinkan mereka dalam hal keadaan yang boleh menjadikan upacara itu tidak sah ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A, seorang yang tidak dapat dijumpai, telah menulis suatu surat pada suatu hari

Fakta bahawa suatu surat yang ditulis olehnya bertarikh pada hari itu ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A, yang telah mati, ialah bapa

Suatu pernyataan oleh A bahawa B ialah anaknya ialah qarinah.

  • Soalnya ialah bila tarikh lahir A?

Suatu surat daripada bapa A yang telah mati kepada seorang sahabatnya, memberitahu tentang kelahiran A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada dan bila A dan B

Suatu catatan dalam buku memorandum oleh C, iaitu bapa B yang telah mati, berkenaan dengan perkahwinan anak perempuannya dengan A pada suatu hari tertentu, ialah qarinah.

  • Keterangan mengenai pernyataan sedemikian hendaklah diberikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi
  • Keterangan berhubungan dengan pernyataan sedemikian tidak boleh diterima di bawah hal keadaan yang berikut:
  • apabila orang yang membuat pernyataan itu melarang pernyataan itu diberikan sebagai keterangan;
  • apabila orang yang membuat pernyataan itu terhenti menjadi kompeten untuk memberikan keterangan;
  • apabila orang yang membuat pernyataan itu enggan memberikan keterangan atas alasan bahawa tidak ada keterangan yang relevan dengan pertikaian itu atau bahawa dia tidak membuat pernyataan itu atau dia telah membuat kesilapan berhubungan dengan pernyataan

Kerelevanan keterangan tertentu bagi membuktikan dalam prosiding kemudiannya kebenaran fakta yang dinyatakan dalamnya

  1. Keterangan yang diberikan oleh seorang saksi dalam suatu prosiding kehakiman, atau di hadapan mana-mana orang yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu, ialah qarinah bagi maksud membuktikan dalam prosiding kehakiman kemudiannya, atau pada suatu peringkat yang kemudian dalam prosiding kehakiman yang sama, kebenaran fakta yang dinyatakan olehnya, apabila saksi itu telah mati atau tidak dapat dijumpai atau tidak berupaya untuk memberikan keterangan, atau dihalang daripada memberikan keterangan oleh pihak menentang, atau jika kehadirannya tidak boleh didapatkan tanpa kelengahan atau perbelanjaan yang pada pendapat Mahkamah tidak munasabah dalam hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa—

  • prosiding itu adalah antara pihak yang sama atau wakilnya dari segi kepentingan;
  • pihak menentang dalam prosiding yang pertama itu mempunyai hak dan berpeluang untuk memeriksa balas;
  • masalah yang menjadi persoalan itu pada matannya adalah sama dalam prosiding yang pertama dengan yang kedua.

Huraian—Sesuatu perbicaraan atau siasatan jenayah hendaklah disifatkan sebagai suatu prosiding antara pendakwa dengan tertuduh dalam pengertian seksyen ini.

Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas

Bila catatan dalam buku akaun ialah qarinah

  1. Catatan dalam buku akaun yang biasanya disimpan dalam perjalanan urusan ialah qarinah bilamana catatan itu merujuk kepada perkara yang kena disiasat oleh Mahkamah, tetapi catatan itu sahaja tidaklah menjadi keterangan yang mencukupi untuk mempertanggungkan liabiliti terhadap mana-mana

Bila catatan dalam rekod awam yang dibuat pada melaksanakan kewajipan ialah qarinah

  1. Sesuatu catatan dalam mana-mana daftar, rekod atau mana-mana buku awam atau buku rasmi yang lain yang menyatakan sesuatu fakta persoalan atau fakta relevan dan dibuat oleh seseorang pekhidmat awam pada menunaikan tugas rasminya atau oleh mana-mana orang lain pada melaksanakan sesuatu kewajipan yang diperintahkan dengan khususnya oleh undang-undang negara di mana daftar, rekod atau buku itu disimpan, ialah dengan sendirinya

Pernyataan dalam peta, carta dan pelan ialah qarinah

  1. Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang

dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara yang biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta atau pelan itu, ialah dengan sendirinya qarinah.

Pernyataan tentang fakta daripada jenis awam yang terkandung dalam perundangan atau pemberitahuan tertentu ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa fakta daripada jenis awam, apa-apa pernyataan mengenai fakta itu yang dibuat dalam sesuatu resital yang terkandung dalam sesuatu Akta, Ordinan atau Enakmen, atau dalam pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri yang disiarkan dalam Warta Persekutuan atau Negeri, ialah

Pernyataan tentang mana-mana undang-undang yang terkandung dalam buku undang-undang ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang undang-undang mana-mana negara, apa-apa pernyataan mengenai undang-undang itu yang terkandung dalam sesuatu buku yang berupa sebagai dicetak atau diterbitkan dengan kuasa Kerajaan negara itu, dan mengandungi mana-mana undang-undang sedemikian, dan apa-apa laporan mengenai sesuatu keputusan mahkamah negara itu yang terkandung dalam buku yang berupa sebagai laporan mengenai keputusan itu, ialah

Sebanyak Mana Pernyataan dikehendaki dibuktikan

Keterangan apa dikehendaki diberikan apabila pernyataan menjadi sebahagian daripada percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas

  1. Apabila apa-apa pernyataan, yang mengenainya keterangan diberikan, menjadi sebahagian daripada suatu pernyataan yang lebih panjang atau sebahagian daripada suatu percakapan, atau sebahagian daripada suatu dokumen yang terpencil atau terkandung dalam dokumen yang menjadi sebahagian daripada suatu buku atau sebahagian daripada suatu siri surat atau kertas yang berkaitan, maka keterangan hendaklah diberikan mengenai hanya sekian banyak daripada pernyataan, percakapan, dokumen, buku atau siri surat atau kertas itu sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah dalam hal tertentu itu untuk memahami dengan sepenuhnya jenis dan kesan pernyataan itu dan juga hal keadaan yang di bawahnya pernyataan itu telah

Bila Penghakiman Mahkamah menjadi Qarinah

Penghakiman dahulu adalah relevan bagi menghalang guaman atau perbicaraan yang kedua

  1. Kewujudan apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang menurut undang-undang mencegah mana-mana Mahkamah daripada mengambil tahu tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan ialah qarinah apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah patut mengambil tahu tentang guaman itu atau mengadakan perbicaraan

Bila penghakiman tertentu dalam bidang kuasa probet, dsb. ialah qarinah

  1. (1) Sesuatu penghakiman, perintah atau dekri muktamad yang dibuat oleh Mahkamah pada menjalankan bidang kuasa probet atau hal-ehwal suami isteri, yang memberikan kepada atau melucutkan daripada mana-mana orang apa-apa sifat di sisi undang-undang, atau yang menetapkan mana-mana orang menjadi berhak kepada mana-mana sifat itu, atau berhak kepada apa-apa benda tertentu, bukan terhadap mana-mana orang tertentu tetapi dengan mutlaknya, ialah qarinah apabila kewujudan apa-apa sifat di sisi undang-undang itu atau kewujudan hak mana-mana orang sedemikian terhadap apa-apa benda sedemikian ialah
  • Penghakiman, perintah atau dekri sedemikian ialah bukti konklusif—
  • bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang diberikan olehnya kepada mana-mana orang terakru pada masa penghakiman, perintah atau dekri itu mula berjalan kuat kuasa;
  • bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang kepadanya mana-mana orang sedemikian ditetapkan olehnya menjadi berhak terakru kepada orang itu pada masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai terakru kepada orang itu;
  • bahawa apa-apa sifat di sisi undang-undang yang dilucutkan olehnya daripada mana-mana orang sedemikian terhenti dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut terhenti; dan
  • bahawa apa-apa jua yang kepadanya mana-mana orang ditetapkan olehnya sebagai berhak sedemikian ialah harta orang itu dari masa ia ditetapkan oleh penghakiman, perintah atau dekri itu sebagai telah atau patut menjadi harta orang

Bila penghakiman, perintah atau dekri ialah qarinah

  1. Penghakiman, perintah atau dekri, selain yang disebut dalam seksyen 29, ialah qarinah jika ia berhubungan dengan perkara daripada jenis awam yang relevan kepada siasatan itu; tetapi penghakiman, perintah atau dekri itu bukanlah bukti konklusif mengenai apa yang dinyatakan

Bila penghakiman, dsb. tidak qarinah

  1. Penghakiman, perintah atau dekri, yang selain disebut dalam seksyen 28, 29 dan 30, adalah tidak qarinah melainkan jika kewujudan penghakiman, perintah atau dekri itu ialah suatu fakta persoalan atau qarinah di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini.

Fraud atau pakat sulit dalam mendapatkan penghakiman atau ketidakkompetenan Mahkamah boleh dibuktikan

  1. Mana-mana pihak dalam sesuatu guaman atau prosiding lain boleh menunjukkan bahawa apa-apa penghakiman, perintah atau dekri yang ialah qarinah di bawah seksyen 28, 29 dan 30, dan yang telah dibuktikan oleh pihak menentang, telah diumumkan oleh Mahkamah yang tidak kompeten untuk mengumumkannya atau telah didapati dengan cara fraud atau pakat

Bila Pendapat Orang Ketiga menjadi Qarinah

Pendapat pakar

  1. (1) Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran

khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu, atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari atau berhubungan dengan penentuan nasab, ialah qarinah.

  • Orang sedemikian itu dipanggil
  • Dua orang pakar atau lebih hendaklah dipanggil untuk memberikan keterangan jika boleh tetapi jika tidak terdapat dua orang pakar, maka keterangan seorang pakar adalah memadai. Jika dua orang pakar memberikan pendapat yang berlainan, maka pakar yang ketiga hendaklah dipanggil untuk memberikan

MISALAN

Soalnya ialah sama ada suatu dokumen tertentu ditulis oleh A. Suatu dokumen lain dikemukakan yang dibuktikan atau diakui telah ditulis oleh A.

Pendapat pakar atas soal sama ada kedua-dua dokumen itu telah ditulis oleh orang yang sama atau oleh orang yang berlainan ialah qarinah.

Fakta berkenaan dengan pendapat pakar

  1. Fakta yang selainnya tidak qarinah ialah qarinah jika ia menyokong atau adalah tidak konsisten dengan pendapat pakar apabila pendapat itu ialah

Bila pendapat tentang tulisan tangan ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang siapakah orang yang telah menulis atau menandatangani mana-mana dokumen, maka pendapat mana-mana orang yang kenal akan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menulis atau menandatangani dokumen itu, bahawa dokumen itu telah atau tidak ditulis atau ditandatangani oleh orang itu, ialah

Huraian—Seseorang dikatakan kenal akan tulisan tangan seseorang lain apabila dia telah melihat orang itu menulis, atau apabila dia telah menerima dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu bagi menjawab

dokumen yang telah ditulis olehnya sendiri atau di bawah kuasanya dan dialamatkan kepada orang itu, atau apabila, dalam perjalanan biasa urusan, dokumen yang berupa sebagai ditulis oleh orang itu lazimnya dikemukakan kepadanya.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada sesuatu surat tertentu adalah daripada A kepada isterinya.

Keterangan diberi oleh B yang ialah setiausaha A dan tugasnya adalah untuk meneliti dan memfailkan persuratan A.

Pendapat B atas soal sama ada surat itu dalam tulisan tangan A ialah

qarinah, walaupun B tidak pernah melihat A menulis.

Bila pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang kewujudan apa-apa hak atau ‘urf, maka pendapat tentang kewujudan hak atau ‘urf itu daripada orang yang mungkin tahu mengenai kewujudan hak atau ‘urf itu, jika ia wujud, ialah

Huraian—Ungkapan “hak atau ‘urf” termasuklah hak atau ‘urf yang umum bagi sebilangan besar golongan orang itu.

Bila pendapat tentang kelaziman, rukun, dsb. ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang—
  • kelaziman dan rukun mana-mana kumpulan orang atau keluarga;
  • penubuhan dan pentadbiran mana-mana yayasan agama atau khairat; atau
  • pengertian perkataan atau istilah yang digunakan di dalam daerah tertentu atau oleh golongan orang tertentu,

maka pendapat orang yang mempunyai cara-cara yang khas bagi mengetahuinya ialah qarinah.

Bila pendapat mengenai hubungan ialah qarinah

  1. Apabila Mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat tentang hubungan seseorang dengan seseorang yang lain, maka pendapat yang dilahirkan melalui kelakuan tentang kewujudan hubungan itu oleh mana-mana orang yang, sebagai anggota keluarga itu atau selainnya, mempunyai cara yang khas bagi mengetahui perkara itu ialah qarinah.

MISALAN

  • Soalnya ialah sama ada A dan B telah

Fakta bahawa mereka biasanya diterima dan diperlakukan oleh sahabat mereka sebagai suami isteri ialah qarinah.

  • Soalnya ialah sama ada A ialah anak B yang sah

Fakta bahawa A sentiasa diperlakukan sedemikian oleh anggota keluarganya ialah qarinah.

Bila alasan pendapat ialah qarinah

  1. Bilamana pendapat mana-mana orang yang masih hidup ialah qarinah, maka alasan yang atasnya pendapat itu diasaskan ialah qarinah

MISALAN

Seseorang pakar boleh memberikan keterangan mengenai ujian yang telah dilaksanakan olehnya bagi maksud menyediakan pendapatnya.

Bila Watak menjadi Qarinah

Dalam kes mal, watak bagi membuktikan kelakuan yang ditohmahkan tidaklah qarinah

  1. Dalam kes mal, fakta bahawa watak mana-mana orang yang berkenaan adalah sebegitu hingga boleh menjadikan apa-apa kelakuan yang ditohmahkan atasnya barangkali atau tidak barangkali tidaklah qarinah, kecuali setakat yang wataknya itu ternyata daripada fakta yang

Dalam prosiding jenayah, watak baik dahulu ialah qarinah

  1. Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak baik ialah

Watak buruk dahulu tidaklah qarinah kecuali bagi menjawab

  1. Dalam prosiding jenayah, fakta bahawa orang tertuduh itu berwatak buruk tidaklah qarinah melainkan jika keterangan telah diberikan bahawa dia berwatak baik, dan dalam hal yang demikian fakta itu menjadi

Huraian 1—Seksyen ini tidaklah terpakai bagi kes yang dalamnya watak buruk mana-mana orang adalah dengan sendirinya suatu fakta persoalan.

Huraian 2—Sesuatu sabitan yang dahulu adalah relevan sebagai keterangan mengenai watak yang buruk.

BAHAGIAN II PEMBUKTIAN BAB 1

FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN

Fakta yang diberi pengiktirafan kehakiman tidak perlu dibuktikan

  1. Tiada fakta yang mengenainya Mahkamah akan memberikan pengiktirafan kehakiman perlu

Fakta yang mengenainya Mahkamah mesti memberikan pengiktirafan kehakiman

  1. (1) Mahkamah hendaklah memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai fakta yang berikut:
  • semua undang-undang yang kini mempunyai kuat kuasa undang-undang atau yang sebelum ini berkuat kuasa atau yang kemudian daripada ini akan berkuat kuasa di Malaysia;
  • tatakawalan angkatan tentera bagi angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat yang berada di Malaysia secara sah;
  • perjalanan prosiding di dalam Parlimen dan di dalam badan perundangan mana-mana Negeri di Malaysia;
  • perihal naik takhta Yang di-Pertuan Agong dan naik takhta Sultan mana-mana Negeri di Malaysia dan pelantikan Yang di-Pertua Negeri;
  • meterai semua Mahkamah di Malaysia, semua meterai yang mana-mana orang diberi kuasa untuk menggunakannya oleh mana-mana undang-undang yang

sedang berkuat kuasa di Malaysia dan meterai notari awam;

  • perihal jawatan mula dipegang, nama, gelaran, fungsi dan tandatangan orang yang sedang menyandang mana-mana jawatan awam di Malaysia, jika hakikat pelantikannya kepada jawatan itu diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;
  • perjalanan biasa alam, pembahagian waktu semula jadi dan rekaan, pembahagian dunia mengikut geografi, pengertian perkataan Melayu, Inggeris dan Arab, hari-hari perayaan awam, puasa dan kelepasan awam yang diberitahu dalam Warta atau dalam mana-mana Warta Negeri;
  • nama anggota dan pegawai Mahkamah serta timbalan dan pegawai bawahan dan pembantu mereka, dan juga nama semua pegawai yang bertindak melaksanakan proses Mahkamah, dan nama semua Peguam Syarie dan orang lain yang dibenarkan oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya;
  • kaedah-kaedah jalan di darat, peraturan-peraturan laut dan kaedah-kaedah udara;
  • segala perkara lain yang Mahkamah diarahkan oleh mana-mana undang-undang bertulis supaya
  • Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara mengenai sejarah awam, sastera, sains atau seni, Mahkamah boleh menggunakan buku atau dokumen rujukan yang sesuai untuk membantunya.
  • Jika Mahkamah diminta oleh mana-mana orang supaya memberikan pengiktirafan kehakiman mengenai apa-apa fakta, ia boleh enggan berbuat demikian melainkan jika dan sehingga orang

itu mengemukakan apa-apa buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi membolehkannya berbuat demikian.

Fakta yang diakui tidak perlu dibuktikan

  1. (1) Tertakluk kepada subseksyen 17(2), tiada fakta perlu dibuktikan dalam mana-mana prosiding jika pihak-pihak dalam prosiding itu atau ejen mereka bersetuju untuk mengakuinya dalam pendengaran itu atau yang sebelum pendengaran itu mereka bersetuju untuk mengaku dengan apa-apa tulisan di bawah tandatangan mereka, atau yang menurut apa-apa kaedah pliding yang sedang berkuat kuasa, mereka disifatkan telah mengakuinya dengan pliding

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki supaya fakta yang diakui itu dibuktikan selain dengan iqrar sedemikian.

BAB 2

KETERANGAN LISAN

Pembuktian fakta dengan keterangan lisan

  1. Segala fakta, kecuali kandungan dokumen, boleh dibuktikan dengan keterangan

Keterangan lisan mestilah secara langsung

  1. (1) Dalam segala hal apa jua pun, keterangan lisan hendaklah diberikan secara langsung, iaitu—
  • jika ia merujuk kepada fakta yang boleh dilihat, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah melihat fakta itu;
  • jika ia merujuk kepada fakta yang boleh didengar, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah mendengar fakta itu;
  • jika ia merujuk kepada fakta yang boleh ditanggap melalui mana-mana deria rasa yang lain atau dengan apa-apa cara yang lain, maka ia mestilah keterangan saksi yang mengatakan dia telah menanggapnya dengan deria rasa itu atau dengan cara itu;
  • jika ia merujuk kepada pendapat atau alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang, maka ia mestilah keterangan orang yang berpegang pada pendapat itu atas alasan
  • Pendapat pakar yang dinyatakan dalam mana-mana treatis yang biasanya ditawarkan untuk jualan dan alasan yang berasaskannya pendapat itu dipegang bolehlah dibuktikan dengan mengemukakan treatis
  • Jika keterangan lisan merujuk kepada kewujudan atau keadaan apa-apa benda material, termasuk sesuatu dokumen, maka Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, menghendaki supaya benda material atau dokumen itu dikemukakan untuk

BAB 3

KETERANGAN DOKUMENTAR

Pembuktian kandungan dokumen

  1. Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan keterangan primer atau dengan keterangan

Keterangan primer

  1. Keterangan primer ertinya dokumen itu sendiri yang dikemukakan untuk pemeriksaan

Huraian 1—Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam beberapa bahagian, maka setiap bahagian itu ialah keterangan primer bagi dokumen itu.

Jika sesuatu dokumen disempurnakan dalam kaunterpart dan setiap kaunterpart itu disempurnakan oleh satu atau beberapa pihak sahaja, maka setiap kaunterpart itu ialah keterangan primer terhadap pihak yang menyempurnakannya.

Huraian 2—Jika sebilangan dokumen kesemuanya dibuat melalui satu proses yang seragam, seperti dalam hal percetakan, litografi atau fotografi, maka setiap dokumen itu ialah keterangan primer mengenai kandungan yang lainnya itu; tetapi jika dokumen itu adalah semuanya salinan daripada dokumen asal yang sama, maka dokumen itu bukanlah keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Huraian 3—Sesuatu dokumen yang dikeluarkan oleh komputer ialah keterangan primer.

MISALAN

Seseorang dibuktikan telah memiliki beberapa plakad, kesemuanya dicetak sekali gus daripada satu dokumen asal. Mana-mana satu daripada plakad itu ialah keterangan primer mengenai kandungan mana-mana plakad yang lain itu, tetapi tiada satu pun daripadanya menjadi keterangan primer bagi kandungan dokumen asal itu.

Keterangan sekunder

  1. Keterangan sekunder termasuklah—
  • salinan diperakui yang diberikan di bawah peruntukan yang terkandung kemudian daripada ini;
  • salinan yang dibuat daripada naskhah asal melalui proses mekanikal, yang sendirinya memastikan ketepatan salinan itu, dan salinan yang dibandingkan dengan salinan itu;
  • salinan yang dibuat daripada atau yang dibandingkan dengan naskhah asal;
  • kaunterpart dokumen terhadap pihak yang tidak menyempurnakannya;
  • keterangan lisan mengenai kandungan sesuatu dokumen yang diberikan oleh seseorang yang telah melihat atau mendengar sendiri dokumen itu atau menanggapinya sendiri dengan apa jua

MISALAN

  • Fotograf dokumen asal ialah keterangan sekunder mengenai kandungannya, walaupun fotograf dan dokumen asal itu tidak dibandingkan, jika dibuktikan bahawa benda yang telah difotograf itu ialah dokumen
  • Salinan yang telah dibandingkan dengan salinan surat yang dibuat dengan mesin penyalin ialah keterangan sekunder mengenai kandungan surat itu jika dibuktikan bahawa salinan yang dibuat dengan mesin penyalin itu telah dibuat daripada dokumen
  • Salinan yang disalin daripada suatu salinan tetapi kemudiannya dibandingkan dengan dokumen asal ialah keterangan sekunder, tetapi salinan yang tidak dibandingkan sedemikian itu bukanlah keterangan sekunder mengenai dokumen asal, walaupun salinan yang daripadanya ia disalin telah dibandingkan dengan dokumen asal.

Pembuktian dokumen dengan keterangan primer

  1. Dokumen mestilah dibuktikan dengan keterangan primer kecuali dalam hal yang disebut kemudian daripada ini.

Hal yang dalamnya keterangan sekunder berhubungan dengan dokumen boleh diberikan

  1. (1) Keterangan sekunder boleh diberikan mengenai kewujudan, keadaan atau kandungan sesuatu dokumen yang boleh diterima sebagai keterangan dalam hal yang berikut:
  • apabila dokumen asal dibuktikan atau didapati berada dalam milik atau di bawah kuasa—
  • orang yang terhadapnya dokumen itu hendak dibuktikan;
  • mana-mana orang yang di luar bidang kuasa atau yang tidak tertakluk kepada proses Mahkamah; atau
  • mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengemukakannya,

dan setelah diberikan notis yang disebut dalam seksyen 53, orang itu tidak mengemukakannya;

  • apabila kewujudan, keadaan atau kandungan dokumen asal itu telah dibuktikan sebagai diakui secara bertulis oleh orang yang terhadapnya ia dibuktikan atau oleh wakilnya yang diakui secara bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam;
  • apabila dokumen asal itu telah musnah atau hilang, atau apabila pihak yang menawarkan keterangan mengenai kandungannya tidak dapat mengemukakannya dalam masa yang munasabah kerana apa-apa sebab lain yang tidak berbangkit daripada kemungkiran atau keabaiannya sendiri;
  • apabila dokumen asal itu adalah sebegitu keadaannya hingga ia tidak boleh dialih dengan mudah;
  • apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen awam dalam pengertian seksyen 57;
  • apabila dokumen asal itu ialah suatu dokumen yang salinan diperakuinya dibenarkan oleh Akta ini atau oleh mana-mana undang-undang lain yang sedang berkuat kuasa di Malaysia untuk diberikan sebagai keterangan;
  • apabila dokumen asal itu terdiri daripada berbagai keterangan atau dokumen lain yang tidak boleh diperiksa dengan mudahnya di Mahkamah, dan fakta yang hendak dibuktikan itu ialah kesimpulan am mengenai kesemuanya itu.

(2) (a) Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(a),(c) dan

  • apa-apa keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen itu bolehlah
  • Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(b), pengakuan bertulis di hadapan Hakim atau Pesuruhjaya Sumpah yang beragama Islam itu bolehlah
  • Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(e) atau (f), hanya salinan diperakui dokumen itu boleh
  • Dalam hal yang disebut dalam perenggan (1)(g), keterangan boleh diberikan tentang kesimpulan am mengenai dokumen itu oleh mana-mana orang yang telah memeriksanya dan yang mahir dalam pemeriksaan dokumen

Kaedah-kaedah tentang notis untuk mengemukakan

  1. Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang disebut dalam perenggan 52 (1)(a) tidak boleh diberikan melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi pihak yang memiliki atau berkuasa atas dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya atau orang lain

yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk hadir atau bertindak di hadapannya, notis untuk mengemukakannya sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang; dan jika tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, apa-apa notis sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut hal keadaan kes itu:

Dengan syarat bahawa notis sedemikian tidaklah dikehendaki untuk menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah fikirkan kehendak mengenai notis ini patut diketepikan:

  • apabila dokumen yang hendak dibuktikan itu sendirinya suatu notis;
  • apabila daripada keadaan kes itu pihak menentang mesti mengetahui yang dia akan dikehendaki mengemukakannya;
  • apabila didapati atau terbukti bahawa pihak menentang telah memperoleh milik dokumen asal itu dengan cara fraud atau paksa;
  • apabila pihak menentang atau ejennya mempunyai dokumen asal itu di dalam Mahkamah;
  • apabila pihak menentang atau ejennya telah mengaku kehilangan dokumen itu; atau
  • apabila orang yang memiliki dokumen itu berada di luar bidang kuasa atau tidak tertakluk kepada proses Mahkamah.

Pembuktian dan tulisan tangan orang yang dikatakan telah menandatangani atau menulis dokumen yang dikemukakan

  1. Jika sesuatu dokumen dikatakan telah ditandatangani atau telah ditulis keseluruhannya atau sebahagiannya oleh mana-mana orang, maka tandatangan atau tulisan tangan mengenai sekian banyak

daripada dokumen itu yang dikatakan sebagai tulisan tangan orang itu hendaklah dibuktikan sebagai dalam tulisan tangannya.

Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai

  1. (1) Pengakuan tentang tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang menyempurnakan dokumen

(2) Sesuatu pengakuan yang dibuat dalam dokumen yang ditulis atau yang disebabkan ditulis oleh seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang lain boleh diterima sebagai iqrar, dengan syarat bahawa subseksyen 17(2) dipatuhi.

Pembuktian dokumen

  1. (1) Jika orang yang menyempurnakan sesuatu dokumen menafikan tulisan pada atau tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu, maka tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh sekurang-kurangnya dua orang saksi kepada dokumen
  • Jika saksi-saksi kepada dokumen itu tidak dapat ditemui, tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah dibuktikan oleh dua orang saksi yang boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan orang yang menulis dan menyempurnakan dokumen
  • Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subsekyen (2) boleh mengenal pasti tulisan dan tandatangan itu, orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tangunggan yang diwujudkan dalam dokumen
  • Jika saksi-saksi kepada dokumen itu atau orang yang disebut dalam subseksyen (2) tidak mengenal pasti tulisan dan tandatangan pada dokumen itu sepenuhnya, maka tulisan dan tandatangan pada

dokumen itu hendaklah disahkan oleh sekurang-kurangnya dua orang pakar.

  • Jika tulisan dan tandatangan pada dokumen itu telah disahkan oleh pakar-pakar, maka orang yang menyempurnakan dokumen itu adalah terikat dengan apa-apa tanggungan yang diwujudkan dalam dokumen itu.
  • Jika sesuatu dokumen tidak boleh dibuktikan dengan mana-mana cara yang disebut terdahulu, orang yang menafikan tulisan dan penyempurnaan dokumen itu hendaklah, apabila diminta oleh orang yang mengatakan bahawa orang disebut terdahulu itu ialah orang yang menyempurnakan dokumen itu, mengangkat sumpah, dan jika dia enggan berbuat demikian, orang yang mengatakan itu boleh mengangkat sumpah dan berikutan dengannya membuktikan

Dokumen Awam

Dokumen awam

  1. Dokumen yang berikut ialah dokumen awam:
  • dokumen yang mengandungi tindakan atau rekod tindakan—
  • kuasa pemerintah berdaulat;
  • badan rasmi dan tribunal; dan
  • pegawai awam, perundangan, kehakiman dan eksekutif, sama ada bagi Persekutuan atau Negeri atau bagi sesuatu negara asing; dan
  • rekod awam yang disimpan di Malaysia mengenai dokumen persendirian.

Dokumen persendirian

  1. Segala dokumen selain yang disebut dalam seksyen 57 ialah dokumen

Salinan diperakui bagi dokumen awam

  1. Tiap-tiap pegawai awam yang mempunyai dalam jagaannya sesuatu dokumen awam yang mana-mana orang mempunyai hak untuk memeriksa hendaklah memberi orang itu, apabila diminta, suatu salinan dokumen itu apabila fi di sisi undang-undang baginya dibayar, berserta dengan suatu perakuan, yang ditulis di kaki salinan itu, bahawa ia adalah salinan yang benar bagi dokumen itu atau bahagiannya, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan perakuan itu hendaklah ditarikhkan serta ditandatangani oleh pegawai itu dengan nama dan jawatan rasminya, dan hendaklah dimeteraikan bilamana pegawai itu dibenarkan oleh undang-undang untuk menggunakan sesuatu meterai, dan salinan yang diperakui sedemikian hendaklah dipanggil salinan

Huraian—Mana-mana pegawai yang diberi kuasa untuk menyerahkan salinan itu dalam perjalanan biasa tugas rasminya hendaklah disifatkan mempunyai jagaan ke atas dokumen itu dalam pengertian seksyen ini.

Pembuktian dokumen rasmi dengan pengemukaan salinan diperakui

  1. Salinan yang diperakui mengikut cara yang dinyatakan dalam seksyen 59 boleh dikemukakan bagi membuktikan kandungan dokumen awam atau bahagian dokumen awam itu yang ia berupa sebagai

Pembuktian dokumen rasmi tertentu

  1. Dokumen awam yang berikut bolehlah dibuktikan seperti berikut:
  • tindakan, perintah atau pemberitahuan Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri di dalam mana-mana jabatannya—
  • melalui rekod jabatan itu yang diperakui oleh ketua jabatan itu masing-masing;
  • oleh Menteri dalam hal Kerajaan Persekutuan, dan oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri, Menteri Negeri (jika ada), atau Setiausaha Kerajaan Negeri dalam hal Kerajaan Negeri; atau
  • melalui apa-apa dokumen yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
  • prosiding Parlimen atau badan perundangan mana-mana Negeri, melalui minit mesyuarat badan itu, atau melalui Akta Parlimen, Ordinan, Enakmen atau ringkasan yang disiarkan atau, melalui salinan yang berupa sebagai dicetak dengan kuasa Kerajaan yang berkenaan;
  • prosiding sesuatu badan perbandaran, lembaga bandaran atau pihak berkuasa tempatan yang lain di Malaysia, melalui suatu salinan prosiding itu yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, atau melalui suatu buku bercetak yang berupa sebagai diterbitkan dengan kuasa badan itu;
  • tindakan Eksekutif atau prosiding badan perundangan sesuatu negara asing, melalui Warta yang disiarkan dengan kuasanya atau yang biasanya diterima di negara itu sebagai sedemikian, atau melalui salinan yang diperakui di bawah meterai negara itu atau pemerintah berdaulat, atau melalui suatu pengiktirafan mengenainya dalam sesuatu Ordinan atau Akta Malaysia;
  • dokumen awam daripada apa-apa jenis yang lain di sesuatu negara asing, melalui dokumen asal atau melalui salinan yang diperakui oleh penyimpannya yang sah, berserta suatu perakuan yang dimeterai dengan meterai notari awam atau pegawai konsul Malaysia bahawa

salinan itu diperakui dengan sewajarnya oleh pegawai yang mempunyai jagaan yang sah ke atas dokumen asal itu dan apabila sifat dokumen itu dibuktikan mengikut undang-undang negara asing itu.

Anggapan tentang Dokumen

Anggapan tentang ketulenan salinan diperakui

  1. (1) Mahkamah hendaklah menganggap sebagai tulen tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai suatu perakuan, salinan diperakui atau dokumen lain yang ditetapkan oleh undang-undang boleh diterima sebagai keterangan mengenai apa-apa fakta tertentu, dan yang berupa sebagai diperakui dengan sewajarnya oleh mana-mana pegawai Kerajaan di dalam atau di luar Malaysia yang diberi kuasa dengan sewajarnya bagi maksud itu:

Dengan syarat bahawa dokumen itu adalah pada matannya mengikut bentuk dan berupa sebagai disempurnakan mengikut cara yang diarahkan oleh undang-undang bagi maksud itu.

(2) Mahkamah hendaklah juga menganggap bahawa mana-mana pegawai yang olehnya mana-mana dokumen sedemikian berupa sebagai ditandatangani atau diperakui telah memegang, pada masa dia menandatanganinya, jawatan rasmi yang dinyatakannya dalam dokumen itu.

Anggapan tentang dokumen yang dikemukakan sebagai rekod keterangan

  1. Bilamana dikemukakan di hadapan mana-mana Mahkamah mana-mana dokumen yang berupa sebagai suatu rekod atau memorandum mengenai keterangan atau mengenai mana-mana bahagian keterangan yang telah diberikan oleh saksi dalam sesuatu prosiding kehakiman atau di hadapan mana-mana pegawai yang diberi kuasa oleh undang-undang untuk mengambil keterangan itu,

atau yang berupa sebagai suatu iqrar oleh mana-mana banduan atau orang tertuduh, yang telah diambil mengikut undang-undang dan berupa sebagai ditandatangani oleh mana-mana Hakim, Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Mahkamah Sesyen atau Majistret atau oleh mana-mana pegawai sedemikian yang disebut terdahulu, maka Mahkamah hendaklah menganggap bahawa—

  • dokumen itu adalah tulen;
  • apa-apa pernyataan yang berupa sebagai dibuat oleh orang yang menandatanganinya tentang hal keadaan yang dalamnya ia diambil, adalah benar; dan
  • keterangan, pernyataan atau iqrar itu telah diambil dengan sewajarnya.

Anggapan tentang Warta, akhbar, dsb.

  1. Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai Warta Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri, atau berupa sebagai akhbar atau jurnal dan tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai dokumen yang diarahkan oleh mana-mana undang-undang supaya disimpan oleh mana-mana orang, jika dokumen itu disimpan pada matannya mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang dan dikemukakan daripada jagaan yang

Anggapan tentang peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan

  1. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa peta atau pelan yang berupa sebagai dibuat dengan kuasa Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri telah dibuat sedemikian dan adalah tepat.

Anggapan tentang koleksi undang-undang dan laporan keputusan

  1. Mahkamah hendaklah menganggap ketulenan tiap-tiap buku yang berupa—
  • sebagai dicetak atau diterbitkan di bawah kuasa Kerajaan mana-mana negara dan sebagai mengandungi apa-apa undang-undang negara itu; atau
  • sebagai mengandungi laporan atau keputusan mahkamah negara

Anggapan tentang surat kuasa wakil

  1. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang berupa sebagai surat kuasa wakil, dan sebagai telah disempurnakan di hadapan dan disahkan oleh Hakim atau pegawai konsul Malaysia telah disempurnakan dan disahkan

Anggapan tentang salinan diperakui bagi rekod kehakiman negara asing

  1. Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana dokumen yang berupa sebagai salinan diperakui bagi mana-mana rekod kehakiman mana-mana negara asing adalah tulen dan tepat jika dokumen itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang diperakui oleh mana-mana wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi pemerakuan salinan rekod

Anggapan tentang buku peta dan carta

  1. Mahkamah boleh menganggap bahawa mana-mana buku yang boleh dirujuk olehnya untuk mendapatkan maklumat mengenai

Hukum Syarak atau mengenai apa-apa perkara yang berkepentingan awam atau berkepentingan am, dan bahawa mana-mana peta atau carta yang disiarkan yang pernyataan mengenainya adalah fakta relevan dan yang dikemukakan untuk pemeriksaannya, telah ditulis dan disiarkan oleh orang yang olehnya dan pada masa dan di tempat di mana ia berupa sebagai telah ditulis atau disiarkan.

Anggapan tentang perutusan telegraf

  1. Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu perutusan yang dihantar dari sesuatu pejabat telegraf kepada orang yang kepadanya perutusan itu berupa sebagai ditujukan adalah bersamaan dengan perutusan yang telah diserahkan untuk dihantar di pejabat yang darinya perutusan itu berupa sebagai telah dihantar; tetapi Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa anggapan tentang orang yang olehnya perutusan itu telah diserahkan untuk

Anggapan tentang penyempurnaan wajar, dsb. dokumen yang tidak dikemukakan

  1. Mahkamah hendaklah menganggap bahawa tiap-tiap dokumen yang telah diminta dan tidak dikemukakan, setelah notis supaya mengemukakannya diberikan di bawah seksyen 53, telah diakusaksi, disetem dan disempurnakan mengikut cara yang dikehendaki oleh undang-undang.

BAHAGIAN III

PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN

BAB 1

BEBAN MEMBUKTIKAN

Beban untuk mengemukakan keterangan dalam kes mal

  1. Beban untuk mengemukakan keterangan dalam sesuatu kes mal terletak pada orang yang mengatakan atau menegaskan sesuatu fakta

(al-Mudda’ii) dan orang yang mengangkat sumpah untuk menafikan atau mempertikaikan sesuatu fakta (al-Mudda’a’alaih).

Beban membuktikan

  1. (1) Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu

(2) Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, maka dikatakan bahawa beban membuktikan terletak pada orang itu.

MISALAN

A berhasrat supaya Mahkamah memberikan penghakiman supaya B dihukum kerana suatu jenayah yang dikatakan oleh A telah dilakukan oleh B.

A mesti membuktikan bahawa B telah melakukan jenayah itu.

Pada siapa letaknya beban membuktikan

  1. Beban membuktikan dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada orang yang akan gagal jika tiada apa-apa keterangan langsung diberikan oleh mana-mana

Beban membuktikan tentang fakta tertentu

  1. Beban membuktikan tentang apa-apa fakta tertentu terletak pada orang yang berkehendakkan Mahkamah mempercayai tentang kewujudan fakta

MISALAN

A berhasrat supaya Mahkamah mempercayai bahawa pada masa yang berkenaan itu dia berada di suatu tempat lain.

Dia mestilah membuktikannya.

Beban membuktikan fakta yang perlu dibuktikan untuk menjadikan keterangan boleh diterima

  1. Beban membuktikan apa-apa fakta yang perlu dibuktikan untuk membolehkan mana-mana orang memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta yang lain, terletak pada orang yang berhasrat memberikan keterangan

MISALAN

  • A berhasrat untuk membuktikan marad al-maut yang dibuat oleh B. A mestilah membuktikan marad al-maut itu dan kematian B.
  • A berhasrat untuk membuktikan dengan keterangan sekunder kandungan suatu dokumen yang telah

A mestilah membuktikan bahawa dokumen itu telah hilang.

Beban membuktikan bahawa kes orang tertuduh termasuk dalam kecualian

  1. Apabila seseorang dituduh atas apa-apa kesalahan, maka beban membuktikan kewujudan hal keadaan yang menjadikan kes itu termasuk dalam mana-mana kecualian am yang diperuntukkan dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] terletak padanya, dan Mahkamah hendaklah menganggapkan hal keadaan tersebut sebagai tidak

MISALAN

  • A dituduh bersekedudukan dengan B.

Pendakwa mengemukakan keterangan untuk menunjukkan bahawa A

telah menceraikan B, isterinya.

A mendakwa bahawa dia dipaksa menceraikan isterinya. Beban membuktikan bahawa dia dipaksa terletak padanya.

  • C dituduh melakukan persetubuhan secara haram dengan D.

C mendakwa bahawa dia telah berkahwin dengan D di negara asing. Beban membuktikan bahawa perkahwinan itu berlaku terletak pada C.

Beban membuktikan fakta yang diketahui secara khusus

  1. Apabila mana-mana fakta diketahui secara khusus oleh mana-mana orang, maka beban membuktikan fakta itu terletak

MISALAN

Apabila seseorang melakukan sesuatu perbuatan dengan suatu niat selain niat yang dibayangkan oleh sifat dan hal keadaan perbuatan itu, maka beban membuktikan niat itu terletak padanya.

Beban membuktikan kematian orang yang diketahui masih hidup dalam masa tiga puluh tahun

  1. Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa orang itu masih hidup dalam masa tiga puluh tahun, maka beban membuktikan yang dia telah mati terletak pada orang yang

Beban membuktikan bahawa seseorang yang tidak didengar khabar mengenainya selama empat tahun masih hidup

  1. Apabila soalnya ialah sama ada seseorang itu masih hidup atau telah mati, dan dibuktikan bahawa tiada apa-apa khabar telah didengar mengenainya selama empat tahun oleh orang yang sepatutnya mendengar khabar mengenainya jika dia masih hidup, maka beban membuktikan yang dia masih hidup beralih kepada orang yang

Beban membuktikan tentang pemunyaan

  1. Apabila soalnya ialah sama ada mana-mana orang ialah pemunya apa-apa jua benda yang dibuktikan sebagai ada dalam miliknya, beban membuktikan bahawa dia bukan pemunya benda itu terletak pada orang yang menegaskan bahawa dia bukan pemunyanya.

Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu

  1. Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu

MISALAN

Mahkamah boleh menganggap—

  • bahawa tindakan kehakiman dan tindakan rasmi telah dilaksanakan mengikut aturan;
  • bahawa perjalanan biasa urusan telah diikuti dalam hal-hal

BAB 2

SAKSI

Siapa yang boleh memberikan keterangan sebagai saksi

  1. (1) Tertakluk kepada peruntukan seksyen ini, semua orang Islam adalah kompeten untuk memberikan syahadah atau bayyinah sebagai saksi dengan syarat bahawa mereka adalah ‘aqil, baligh, ‘adil, mempunyai ingatan yang baik dan tidak

Huraian—Seseorang Islam adalah disifatkan ‘adil jika dia menunaikan obligasi agamanya, melaksanakan kewajipan agama yang ditetapkan, menahan diri daripada melakukan dosa besar dan tidak terus menerus melakukan dosa kecil.

  • Seseorang yang bukan Islam adalah kompeten untuk memberikan bayyinah untuk orang Islam jika keterangannya boleh diterima mengikut Hukum

HuraianBayyinah seorang pakar bukan Islam terhadap seorang Islam boleh diterima, jika dikehendaki.

  • Seseorang yang tidak ‘adil adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten memberikan
  • Seseorang yang belum baligh atau seseorang yang tidak sempurna akal adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan

HuraianBayyinah seorang orang belum dewasa dalam kes kecederaan yang dilakukan oleh beberapa orang belum dewasa ke atas yang lain boleh diterima dengan syarat bahawa antara mereka tiada perselisihan faham dan mereka berada di tempat kejadian itu.

  • Seseorang yang mempunyai ingatan yang lemah atau yang pelupa atau menghidap hilang ingatan adalah kompeten untuk

memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan

syahadah.

  • Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan baiknya dengan dan mempunyai kepentingan dalam pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan
  • Seseorang yang kebolehpercayaannya diragui kerana hubungan buruknya dengan pihak menentang adalah kompeten untuk memberikan bayyinah tetapi tidak kompeten untuk memberikan

Saksi bisu

  1. (1) Seseorang saksi yang tidak dapat bercakap boleh memberikan bayyinahnya mengikut apa-apa cara yang menjadikannya boleh difahami seperti dengan tulisan atau dengan isyarat.

(2) Bayyinah yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah diberikan di dalam Mahkamah terbuka.

Keterangan suami, isteri, ibu bapa dan anak

  1. (1) Keterangan seorang suami terhadap isterinya dan keterangan isteri terhadap suaminya boleh diterima sebagai syahadah dan
  • Keterangan seorang anak terhadap ibu bapanya dan keterangan ibu bapa terhadap anaknya boleh diterima sebagai syahadah dan
  • Keterangan seorang suami bagi isterinya dan keterangan isteri bagi suaminya boleh diterima sebagai
  • Keterangan ibu bapa bagi anaknya dan keterangan anak bagi ibu bapanya boleh diterima sebagai

Bilangan saksi

  1. (1) Dakwaan oleh seseorang yang dikenali sebagai kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah mencukupi untuk membuktikan dakwaannya kecuali jika ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi

Huraian—Dalam pemungutan zakat, pengakuan seorang kaya bahawa dia telah menjadi papa tidaklah menjadi bukti yang mencukupi melainkan jika ia disokong oleh keterangan tiga orang saksi lelaki.

  • Dalam hal melihat anak bulan, keterangan seorang lelaki yang

‘adil adalah mencukupi untuk membuktikan fakta itu.

  • Keterangan seorang lelaki hendaklah menjadi bukti yang mencukupi dalam hal keadaan yang berikut:
  • keterangan seorang guru dalam hal yang melibatkan murid sekolah;
  • keterangan pakar dalam menilai barang rosak;
  • keterangan tentang penerimaan dan penolakan saksi;
  • pemberitahuan mengenai pemecatan wakil;
  • keterangan tentang kecacatan dalam mana-mana barang bagi
  • Keterangan seorang perempuan adalah mencukupi untuk membuktikan apa-apa fakta yang biasanya dilihat oleh atau dalam pengetahuan seorang

MISALAN

Keterangan seorang perempuan yang menyusukan seorang bayi atau keterangan seorang bidan dalam perkara haidh, kelahiran dan penyusuan.

  • Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam seksyen ini, keterangan hendaklah diberikan oleh dua orang saksi lelaki atau oleh seorang saksi lelaki dan dua orang saksi

Cara memberikan keterangan

  1. (1) Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh plaintif dan defendan, dan jika defendan menafikan tuntutan terhadapnya dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum
  • (a) Jika defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh plaintif hendaklah

(b) Jika defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.

  • Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku

Keterangan oleh saksi tunggal dan sumpah plaintif

  1. Jika dalam kes mal, plaintif hanya mengemukakan seorang saksi, keterangan saksi itu hanya boleh diterima jika keterangannya diberikan berserta dengan sumpah plaintif

MISALAN

Dalam suatu tuntutan bagi pembayaran balik hutang oleh plaintif terhadap defendan, keterangan seorang saksi yang dikemukakan oleh plaintif yang

diberikan berserta dengan sumpah plaintif hendaklah menjadi bukti yang cukup terhadap tuntutannya.

BAB 3

PEMERIKSAAN SAKSI

Susunan pengemukaan dan pemeriksaan saksi

  1. Susunan yang mengikutnya saksi dikemukakan dan diperiksa hendaklah dikawal selia oleh undang-undang dan amalan pada masa ini yang berhubungan dengan tatacara mal dan jenayah yang terpakai bagi Mahkamah masing-masingnya, dan sekiranya tiada mana-mana undang-undang sedemikian, menurut budi bicara

Mahkamah hendaklah memutuskan tentang kebolehterimaan keterangan

  1. (1) Apabila salah satu pihak bercadang hendak memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta, Mahkamah boleh bertanya pihak yang bercadang hendak memberikan keterangan itu bagaimana fakta yang dikatakan itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah; dan Mahkamah hendaklah menerima keterangan itu jika difikirkannya bahawa fakta itu, jika dibuktikan, akan menjadi qarinah, dan tidak selainnya.
  • Jika fakta yang dicadangkan hendak dibuktikan itu ialah suatu fakta yang keterangan mengenainya boleh diterima hanya setelah sesuatu fakta lain dibuktikan, maka fakta yang akhir disebut itu mestilah dibuktikan sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang mula-mula disebut itu, melainkan jika pihak itu mengaku janji untuk membuktikan fakta itu dan Mahkamah berpuas hati dengan aku janji itu.
  • Jika kerelevanan suatu fakta yang dikatakan bergantung kepada terbuktinya suatu fakta lain yang dikatakan terlebih dahulu, maka Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, sama ada

membenarkan keterangan mengenai fakta yang pertama itu diberikan sebelum fakta yang kedua itu dibuktikan, atau menghendaki supaya keterangan diberikan mengenai fakta yang kedua itu sebelum keterangan diberikan mengenai fakta yang pertama itu.

MISALAN

  • Adalah dicadangkan untuk membuktikan suatu pernyataan mengenai suatu fakta relevan yang telah dibuat oleh seseorang yang dikatakan telah mati, iaitu pernyataan yang ialah qarinah di bawah seksyen 20.

Fakta bahawa orang itu telah mati mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak membuktikan pernyataan itu sebelum keterangan diberikan mengenai pernyataan itu.

  • Adalah dicadangkan untuk membuktikan kandungan suatu dokumen yang dikatakan telah hilang dengan mengemukakan suatu

Fakta bahawa dokumen asal itu telah hilang mestilah dibuktikan oleh orang yang bercadang hendak mengemukakan salinan itu sebelum salinan itu dikemukakan.

Pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula

  1. (1) Pemeriksaan seorang saksi oleh pihak yang memanggilnya adalah disebut pemeriksaan
  • Pemeriksaan seseorang saksi oleh pihak menentang adalah disebut pemeriksaan
  • Jika seseorang saksi telah diperiksa balas dan kemudiannya diperiksa oleh pihak yang telah memanggilnya, maka pemeriksaan itu adalah disebut pemeriksaan

Susunan pemeriksaan dan arahan mengenai pemeriksaan semula

  1. (1) Saksi-saksi hendaklah mula-mulanya diperiksa secara utama, kemudiannya, diperiksa balas jika dikehendaki sedemikian

oleh pihak menentang, kemudiannya pula, diperiksa semula jika dikehendaki sedemikian oleh pihak yang telah memanggil mereka.

  • Pemeriksaan dan pemeriksaan balas mestilah berhubungan dengan fakta relevan, tetapi pemeriksaan balas tidak perlu dihadkan kepada fakta yang telah diberikan sebagai keterangan oleh saksi itu dalam pemeriksaan
  • Pemeriksaan semula hendaklah tertumpu kepada penghuraian perkara yang disebut dalam pemeriksaan balas; dan jika, dengan kebenaran Mahkamah, perkara baru dikemukakan dalam pemeriksaan semula, maka pihak menentang boleh selanjutnya memeriksa balas atas perkara
  • Mahkamah boleh dalam segala hal membenarkan seseorang saksi dipanggil semula sama ada untuk pemeriksaan utama selanjutnya atau untuk pemeriksaan balas selanjutnya, dan jika Mahkamah membenarkan sedemikian, maka pihak-pihak mempunyai hak masing-masing untuk membuat pemeriksaan balas selanjutnya dan pemeriksaan semula selanjutnya.

Pemeriksaan balas orang yang dipanggil untuk mengemukakan dokumen

  1. Seseorang yang disaman supaya mengemukakan sesuatu dokumen tidaklah menjadi seorang saksi semata-mata oleh sebab dia mengemukakan dokumen itu, dan dia tidak boleh diperiksa balas melainkan jika dan sehingga dia dipanggil sebagai

Saksi-saksi berkenaan dengan watak

  1. Saksi-saksi berkenaan dengan watak boleh diperiksa balas dan diperiksa

Soalan memimpin

  1. Apa-apa soalan yang menyarankan jawapan yang hendak atau yang dijangka akan didapati oleh orang yang mengemukakannya atau apa-apa soalan yang menyarankan fakta yang dipertikaikan yang tentangnya saksi itu dikehendaki memberikan keterangan, adalah disebut soalan

Bila soalan memimpin tidak boleh ditanya

  1. (1) Soalan memimpin tidak boleh, jika dibantah oleh pihak menentang, ditanya dalam pemeriksaan utama atau dalam pemeriksaan semula, kecuali dengan kebenaran

(2) Mahkamah hendaklah membenarkan soalan memimpin tentang perkara permulaan atau yang tidak dipertikaikan, atau perkara yang pada pendapatnya telah terbukti dengan secukupnya.

Bila soalan memimpin boleh ditanya

  1. (1) Soalan memimpin boleh ditanya dalam pemeriksaan balas, tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut:
  • soalan itu tidak boleh mengandungi perkataan yang saksi itu dikehendaki memperkatakan balik; dan
  • soalan itu tidak boleh menganggap fakta yang belum terbukti telah terbukti atau menganggap bahawa jawapan tertentu telah diberikan berlawanan dengan fakta

(2) Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, melarang soalan memimpin daripada dikemukakan kepada saksi yang menunjukkan kecenderungan yang kuat atau berat sebelah memihak kepada pihak yang memeriksa balas.

Keterangan tentang perkara bertulis

  1. Mana-mana saksi boleh ditanya semasa dalam pemeriksaan sama ada apa-apa kontrak, pemberian atau pelupusan lain akan harta yang tentangnya dia memberikan keterangan tidak terkandung dalam sesuatu dokumen, dan jika dia mengatakan ada, atau jika dia hampir-hampir hendak membuat apa-apa pernyataan tentang kandungan apa-apa dokumen yang, pada pendapat Mahkamah, patut dikemukakan, maka pihak menentang boleh membantah terhadap pemberian keterangan itu sehingga dokumen itu dikemukakan atau sehingga terbukti fakta yang memberi hak kepada pihak yang telah memanggil saksi itu untuk memberikan keterangan sekunder

Huraian—Seseorang saksi boleh memberikan keterangan lisan mengenai pernyataan yang telah dibuat oleh orang lain mengenai kandungan dokumen jika pernyataan itu dengan sendirinya ialah fakta relevan.

MISALAN

Soalnya ialah sama ada A telah menyerang B.

C mendeposkan bahawa dia telah mendengar A berkata kepada D: “B telah menulis surat menuduh saya mencuri dan saya akan membalas dendam terhadapnya.”. Pernyataan itu adalah relevan sebagai menunjukkan motif serangan A itu dan keterangan boleh diberikan mengenai pernyataan itu walaupun tiada keterangan lain diberikan mengenai surat itu.

Pemeriksaan balas tentang pernyataan bertulis yang dahulu

  1. (1) Seseorang saksi boleh diperiksa balas tentang pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis atau yang diubah ke dalam bentuk bertulis, dan yang relevan kepada perkara-perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu, tanpa tulisan itu ditunjukkan kepadanya atau dibuktikan; tetapi jika dimaksudkan untuk menyangkal saksi itu dengan tulisan itu, maka sebelum tulisan itu boleh dibuktikan,

perhatian saksi itu mestilah diarahkan kepada mana-mana bahagian tulisan itu yang hendak digunakan bagi maksud menyangkalnya.

(2) Jika seseorang saksi, apabila diperiksa balas tentang pernyataan lisan dahulu yang dibuat olehnya yang relevan kepada perkara yang dipersoalkan dalam guaman atau prosiding yang dalamnya dia diperiksa balas itu dan yang tidak konsisten dengan testimoni yang sedang diberinya, tidak mengaku dengan nyata bahawa dia telah membuat pernyataan itu, maka bukti bolehlah diberikan yang dia telah sebenarnya membuat pernyataan lisan itu; tetapi sebelum bukti boleh diberikan, hal keadaan pernyataan yang dikatakan itu, yang cukup untuk menentukan kejadian tertentu itu, hendaklah disebut kepada saksi itu, dan dia mestilah ditanya sama ada dia telah membuat penyataan itu atau tidak.

Soalan yang sah dalam pemeriksaan balas

  1. Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, maka dia bolehlah, sebagai tambahan kepada soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang cenderung—
  • menguji ketepatannya, kebenarannya atau kebolehpercayaannya;
  • menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau
  • melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan itu mungkin secara langsung atau tidak langsung, cenderung melibatkannya dalam jenayah atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau tidak langsung cenderung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau pelucuthakan.

Mahkamah akan memutuskan bila soalan hendak ditanya dan bila saksi boleh dipaksa menjawab

  1. (1) Jika apa-apa soalan adalah berhubungan dengan sesuatu perkara yang tidak relevan dengan guaman atau prosiding itu, kecuali setakat yang soalan itu menyentuh kebolehpercayaan saksi itu dengan mencela wataknya, maka Mahkamah hendaklah memutuskan sama ada saksi itu boleh dipaksa menjawab soalan itu atau tidak, dan Mahkamah boleh, jika difikirkannya bahawa saksi itu tidak patut dipaksa menjawab soalan itu, mengingatkan saksi itu bahawa dia tidak terpaksa
  • Pada menjalankan budi bicaranya, Mahkamah hendaklah mengambil perhatian akan perkara yang berikut:
  • soalan itu adalah wajar jika ia sedemikian rupa sehingga kebenaran tohmahan yang dibayangkan olehnya itu akan menyentuh dengan serius pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakan;
  • soalan itu adalah tidak wajar jika tohmahan yang dibayangkan olehnya itu adalah berhubungan dengan perkara yang telah berlaku sebegitu lama dahulu atau yang bersifat sedemikian sehingga kebenaran tohmahan itu tidak akan menyentuh atau akan menyentuh sedikit sahaja pendapat Mahkamah tentang kebolehpercayaan saksi itu atas perkara yang dinyatakannya;
  • soalan itu adalah tidak wajar jika terdapat ketidakseimbangan besar antara kepentingan tohmahan yang dibuat terhadap watak saksi itu dengan kepentingan keterangannya;
  • Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengambil kesimpulan daripada keengganan saksi itu untuk menjawab bahawa jawapan itu, jika diberikan, tidak akan memberikan faedah

Soalan tidak boleh ditanya tanpa alasan yang munasabah

  1. Tiada apa-apa soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 boleh ditanya melainkan jika orang yang bertanya itu mempunyai alasan yang munasabah bagi memikirkan bahawa tohmahan yang dibayangkan oleh soalan itu betul-betul berasas.

MISALAN

  • Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seorang Peguam Syarie yang lain atau sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang saksi penting ialah penjudi profesional. Ini adalah suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi
  • Seorang Peguam Syarie diberitahu oleh seseorang di dalam Mahkamah bahawa seorang saksi penting ialah seorang penjudi profesional. Apabila disoal oleh Peguam Syarie itu, pemberitahu itu memberikan sebab yang memuaskan hati bagi pernyataannya itu. Ini adalah suatu alasan munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi
  • Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, ditanya secara rambang sama ada dia seorang penjudi profesional. Dalam hal ini, tidak ada alasan yang munasabah untuk menanyakan soalan
  • Seorang saksi yang tidak diketahui apa-apa pun mengenainya, apabila disoal tentang cara hidup dan mata pencariannya memberikan jawapan yang tidak memuaskan hati. Ini boleh menjadi suatu alasan yang munasabah untuk menanyakan saksi itu sama ada dia seorang penjudi

Tatacara Mahkamah sekiranya soalan ditanya tanpa alasan yang munasabah

  1. Jika Mahkamah berpendapat bahawa mana-mana soalan seperti yang disebut dalam seksyen 101 telah ditanya tanpa alasan yang munasabah, maka Mahkamah boleh, jika soalan itu telah ditanya oleh seorang Peguam Syarie, melaporkan hal keadaan kes itu kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau pihak berkuasa yang lain yang kepadanya Peguam Syarie itu tertakluk dalam menjalankan profesionnya.

Soalan lucah dan bersifat skandal

  1. Mahkamah boleh melarang apa-apa soalan atau pertanyaan yang disifatkannya sebagai lucah atau bersifat skandal, walaupun soalan atau pertanyaan itu mungkin ada hubungan dengan soalan-soalan yang ada di hadapan Mahkamah, melainkan jika soalan atau pertanyaan itu adalah berhubungan dengan fakta persoalan atau dengan perkara yang perlu diketahui untuk menentukan sama ada fakta persoalan itu wujud atau

Soalan yang bertujuan menghina atau menggusarkan

  1. Mahkamah hendaklah melarang apa-apa soalan yang ternyata padanya bertujuan menghina atau menggusarkan, atau apa-apa soalan yang, walaupun dengan sendirinya adalah wajar, ternyata pada Mahkamah berbentuk menyinggung dengan tidak

Penyingkiran keterangan untuk menyangkal jawapan kepada soalan yang menguji kebenaran

  1. Apabila seseorang saksi telah ditanya dan telah menjawab apa-apa soalan yang relevan kepada siasatan itu hanya setakat yang ia cenderung melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, tiada keterangan boleh diberikan untuk menyangkalnya; tetapi jika dia memberikan jawapan palsu, maka dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan

Kecualian 1—Jika seorang saksi ditanya sama ada dia dahulunya telah disabitkan atas apa-apa jenayah dan dia menafikannya, maka keterangan boleh diberikan mengenai sabitannya yang dahulu itu.

Kecualian 2—Jika seorang saksi ditanya apa-apa soalan yang cenderung mencabar kesaksamaannya dan dia menjawab dengan menafikan fakta yang disarankan itu, maka dia boleh disangkal.

MISALAN

  • Seorang saksi ditanya sama ada dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan. Dia

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa dia pernah dibuang kerja kerana kecurangan.

Keterangan itu tidak boleh diterima.

  • A menegaskan bahawa pada suatu hari tertentu dia telah melihat B di Melaka. A ditanya sama ada dia sendiri berada di Pulau Pinang pada hari itu. Dia

Keterangan diberikan untuk menunjukkan bahawa A berada di Pulau Pinang pada hari itu.

Keterangan itu boleh diterima, bukan untuk menyangkal A atas suatu fakta yang menyentuh kebolehpercayaannya, tetapi untuk menyangkal fakta yang dikatakan bahawa B telah dilihat di Melaka pada hari yang berkenaan itu.

  • A ditanya sama ada dia pernah berkata bahawa dia akan membalas dendam terhadap B yang terhadapnya dia memberikan keterangan. Dia menafikannya.

Dia boleh disangkal atas alasan bahawa soalan itu cenderung mencabar kesaksamaannya.

Soalan oleh pihak kepada saksinya sendiri

  1. Mahkamah boleh, menurut budi bicaranya, membenarkan orang yang memanggil seseorang saksi mengemukakan apa-apa soalan kepadanya yang boleh dikemukakan dalam pemeriksaan balas oleh pihak

Mencabar kebolehpercayaan saksi

  1. Kebolehpercayaan seseorang saksi boleh dicabar dengan cara yang berikut oleh pihak menentang atau, dengan izin Mahkamah, oleh pihak yang memanggilnya:
  • dengan keterangan yang diberikan oleh orang yang menyatakan bahawa mengikut pengetahuan mereka tentang saksi itu mereka mempercayai bahawa saksi itu tidak boleh dipercayai;
  • dengan membuktikan bahawa saksi itu telah disogok, atau telah menerima tawaran sogokan, atau telah menerima apa-apa dorongan rasuah yang lain untuk memberikan keterangannya;
  • dengan membuktikan pernyataan dahulu yang tidak konsisten dengan mana-mana bahagian keterangannya yang boleh

Huraian—Seseorang saksi yang mengatakan bahawa seseorang saksi lain tidak boleh dipercayai tidak boleh, dalam pemeriksaan utamanya, memberikan sebab dia mempercayai sedemikian, tetapi dia boleh ditanya sebab-sebabnya dalam pemeriksaan balas, dan jawapan yang diberikannya itu tidak boleh disangkal, walaupun, jika jawapan itu palsu, dia boleh kemudiannya dipertuduh kerana memberikan keterangan palsu.

Soalan yang cenderung menyokong keterangan mengenai fakta relevan yang boleh diterima

  1. Apabila seseorang saksi yang dicadang hendak disokong memberikan keterangan mengenai apa-apa fakta relevan, dia boleh disoal tentang apa-apa hal keadaan lain yang telah dilihatnya pada atau dekat dengan masa atau tempat yang fakta relevan itu telah berlaku, jika Mahkamah berpendapat bahawa hal keadaan itu, jika terbukti akan menyokong testimoni saksi itu tentang fakta relevan yang mengenainya dia memberikan

MISALAN

A, seorang rakan sejenayah, menerangkan hal suatu kesalahan yang dalamnya dia telah mengambil bahagian. Dia memperihalkan berbagai-bagai kejadian, yang tidak berkaitan dengan kesalahan itu, yang telah berlaku

dalam perjalanannya ke tempat dan dari tempat di mana kesalahan itu telah dilakukan.

Keterangan bebas mengenai fakta ini boleh diberikan untuk menyokong keterangannya itu tentang kesalahan itu sendiri.

Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama

  1. Bagi menyokong testimoni seorang saksi, apa-apa pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah, atau dalam percakapan biasa, berhubungan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang kompeten di sisi undang-undang untuk menyiasat fakta itu, boleh

Perkara yang boleh dibuktikan berkaitan dengan pernyataan terbukti yang ialah qarinah di bawah seksyen 20 atau 21

  1. Bilamana apa-apa fakta yang ditetapkan sebagai qarinah di bawah seksyen 20 atau 21 terbukti, segala perkara boleh dibuktikan sama ada untuk menyangkal atau menyokong pernyataan itu, atau untuk mencabar atau mengesahkan kebolehpercayaan orang yang telah membuatnya, yang mungkin boleh dibuktikan jika orang itu telah dipanggil sebagai saksi dan telah menafikan kebenaran perkara yang disarankan itu apabila diperiksa

Mengingatkan semula

  1. (1) Seseorang saksi boleh semasa di bawah pemeriksaan mengingatkan semula dengan merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat olehnya sendiri pada masa transaksi yang mengenainya dia disoal, atau sejurus sahaja selepasnya hingga difikirkan oleh Mahkamah bahawa mungkin transaksi itu masih jelas dalam ingatannya pada masa
  • Saksi itu boleh juga merujuk kepada mana-mana tulisan yang telah dibuat oleh mana-mana orang lain dan yang telah dibaca oleh saksi itu dalam masa yang disebut terdahulu, jika, apabila dibacanya, dia tahu tulisan itu adalah
  • Bilamana saksi itu boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada apa-apa dokumen, dia boleh, dengan kebenaran Mahkamah, merujuk kepada salinan dokumen itu:

Dengan syarat bahawa Mahkamah berpuas hati bahawa ada sebab yang mencukupi mengapa naskhah asalnya tidak dikemukakan.

  • Seseorang pakar boleh mengingatkan semula dengan merujuk kepada treatis

Testimoni tentang fakta yang dinyatakan dalam dokumen yang disebut dalam seksyen 112

  1. Seseorang saksi boleh juga memberikan keterangan tentang fakta yang disebut dalam mana-mana dokumen sedemikian yang disebut dalam seksyen 112, walaupun dia tidak mempunyai ingatan spesifik tentang fakta itu sendiri, jika dia yakin bahawa fakta itu telah direkodkan dengan betul dalam dokumen

MISALAN

Seseorang penyimpan kira-kira boleh memberikan keterangan tentang fakta yang telah direkodkan olehnya dalam buku kira-kira yang biasa disimpan dalam perjalanan urusan jika dia mengetahui bahawa buku kira-kira itu telah disimpan dengan betulnya, walaupun dia telah melupai transaksi tertentu yang telah dicatatkannya.

Hak pihak menentang tentang tulisan yang digunakan untuk mengingatkan semula

  1. Apa-apa tulisan yang disebut di bawah seksyen 112 atau 113 hendaklah dikemukakan dan ditunjukkan kepada pihak menentang, jika dia menghendakinya; pihak itu boleh, jika dia suka, memeriksa balas saksi itu mengenai tulisan

Pengemukaan dokumen dan terjemahannya

  1. (1) Seseorang saksi yang disaman untuk mengemukakan sesuatu dokumen hendaklah, jika dokumen itu ada dalam miliknya atau di bawah kuasanya, membawa dokumen itu ke Mahkamah walaupun mungkin ada apa-apa bantahan terhadap pengemukaannya atau kebolehterimaannya. Kesahan apa-apa bantahan sedemikian hendaklah diputuskan oleh
  • Mahkamah boleh, jika didapatinya patut, memeriksa dokumen itu melainkan jika dokumen itu merujuk kepada hal-ehwal Negara, atau mengambil keterangan lain bagi membolehkannya menentukan kebolehterimaan dokumen itu.
  • Jika bagi maksud itu adalah perlu untuk menyebabkan mana-mana dokumen diterjemahkan, Mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan penterjemah supaya merahsiakan kandungan dokumen itu melainkan jika dokumen itu akan dikemukakan dalam

Memberikan sebagai keterangan dokumen yang diminta dan dikemukakan setelah notis diberikan

  1. Apabila suatu pihak meminta sesuatu dokumen yang mengenainya pihak yang satu lagi itu telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dan dokumen itu dikemukakan dan diperiksa oleh pihak yang meminta supaya ia dikemukakan, pihak itu adalah terikat untuk memberikannya sebagai keterangan jika pihak yang mengemukakannya menghendakinya berbuat demikian dan jika dokumen itu

Menggunakan sebagai keterangan dokumen yang enggan dikemukakan setelah notis diberikan

  1. Apabila suatu pihak enggan mengemukakan sesuatu dokumen yang dia telah diberikan notis supaya mengemukakannya, dia tidak boleh kemudiannya menggunakan dokumen itu sebagai keterangan tanpa persetujuan pihak yang satu lagi itu atau tanpa perintah Mahkamah.

MISALAN

  • mendakwa B atas suatu perjanjian, dan memberi B notis supaya mengemukakannya. Pada perbicaraan itu A meminta dokumen itu, dan B enggan mengemukakannya, A memberikan keterangan sekunder mengenai kandungannya.
  • bercadang hendak mengemukakan dokumen itu sendiri untuk menyangkal keterangan sekunder yang diberikan oleh A itu, atau untuk menunjukkan bahawa perjanjian itu tidak bersetem. Dia tidak boleh berbuat demikian.

Kuasa Hakim untuk mengemukakan soalan atau memerintahkan pengemukaan

  1. Hakim boleh, untuk mengetahui atau mendapatkan bukti wajar mengenai fakta relevan, menanyakan apa-apa soalan yang dihasratinya, dalam apa-apa bentuk, pada bila-bila masa, kepada mana-mana saksi atau pihak, mengenai apa-apa fakta sama ada relevan atau tidak relevan; dan boleh memerintahkan supaya dikemukakan apa-apa dokumen atau benda; dan mana-mana pihak atau ejen mereka tidak berhak membuat apa-apa bantahan terhadap mana-mana soalan atau perintah sedemikian, atau, tanpa kebenaran Mahkamah, memeriksa balas mana-mana saksi atas apa-apa jawapan yang diberikan dalam menjawab mana-mana soalan itu:

Dengan syarat bahawa penghakiman itu mestilah berasaskan fakta yang ditetapkan oleh Akta ini sebagai qarinah dan dibuktikan dengan sewajarnya.

BAB 4

PERUNTUKAN KHAS BERHUBUNGAN DENGAN TESTIMONI SAKSI

Menentukan bahawa saksi ‘adil

  1. Jika seorang saksi telah memberikan keterangannya melalui syahadah dan Hakim mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa dia tidak ‘adil, Mahkamah hendaklah memerintahkan supaya saksi itu diperiksa sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada

Huraian—Jika didapati oleh Hakim bahawa seorang saksi yang telah memberikan syahadah tidak boleh dipercayai dia hendaklah menyebabkan saksi itu diperiksa untuk menentukan sama ada dia seorang yang ‘adil atau sebaliknya.

Saksi hendaklah diperiksa melalui pihak yang ada hubungan dengannya

  1. Pemeriksaan yang disebut dalam seksyen 119 hendaklah dijalankan melalui pemeriksaan rahsia dan, jika Hakim menghendaki sedemikian, di dalam Mahkamah terbuka melalui pihak-pihak yang ada hubungan

MISALAN

  • Jika saksi itu seorang murid, dia hendaklah diperiksa melalui
  • Jika saksi itu seorang anggota tentera, dia hendaklah diperiksa melalui pegawai
  • Jika saksi itu seorang awam, dia hendaklah diperiksa melalui seorang pemastautin yang boleh dipercayai yang bermastautin di tempat di mana dia

Pemeriksaan rahsia

  1. (1) Suatu pemeriksaan rahsia hendaklah dijalankan melalui suatu surat rahsia yang dalamnya ditulis oleh Hakim nama defendan atau tertuduh dan hal perkara tuntutan atau pertuduhan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, nama saksi, pengenalannya, kerjanya dan tempat
  • Surat rahsia itu hendaklah dimasukkan ke dalam sampul termeterai dan diserahkan oleh Mahkamah kepada orang yang dilantik sebagai pemeriksa rahsia
  • Apabila diterima surat rahsia itu dan selepas dibaca kandungannya, pemeriksa rahsia itu hendaklah menulis di bawah nama saksi yang dinyatakan dalam surat itu perkataan “‘adil” atau perkataan “tidak ‘adil” (jurh), mengikut penilaiannya, dan hendaklah dengan serta-merta mengembalikan surat itu kepada
  • Jika surat rahsia itu dikembalikan kepada Hakim dengan perkataan “tidak ‘adil” atau “Wallahu a’ alam” atau apa-apa perkataan lain yang bermaksud sedemikian tertulis padanya, atau jika tiada apa-apa ditulisnya padanya, Hakim tidak boleh menerima keterangan saksi itu dan boleh meminta seorang saksi lain dikemukakan.

Bilangan pemeriksa rahsia

  1. Pemeriksaan rahsia itu boleh dijalankan oleh seorang pemeriksa rahsia atau lebih sebagaimana yang ditentukan oleh

Pemeriksaan terbuka

  1. (1) Hakim boleh memerintahkan supaya seseorang saksi diperiksa di dalam Mahkamah terbuka walaupun saksi itu telah tertakluk kepada pemeriksaan rahsia dan didapati ‘adil oleh pemeriksa rahsia

(2) Suatu pemeriksaan terbuka akan seseorang saksi hendaklah dijalankan oleh pemeriksa rahsia itu di dalam Mahkamah terbuka di hadapan Hakim dalam kehadiran pihak-pihak kepada prosiding itu.

Testimoni dalam pemeriksaan terbuka menjadi sebahagian daripada syahadah

  1. Testimoni seorang saksi dalam pemeriksaan terbuka yang dijalankan di bawah seksyen 123 hendaklah menjadi sebahagian daripada syahadah

Bila saksi tidak perlu diperiksa

  1. Hakim tidak dikehendaki memeriksa mana-mana saksi yang telah diperiksa dan didapati “‘adil” di bawah Bahagian ini jika dia menjadi saksi di hadapan Hakim yang sama dalam prosiding yang kemudian dan lat tempoh antara kedua-dua prosiding itu tidak melebihi enam

Penafian (ta’n) terhadap saksi

  1. Apabila mana-mana pihak kepada sesuatu prosiding mengisytiharkan mana-mana saksi pihak menentang sebagai tidak ‘adil, sama ada sebelum atau selepas pemeriksaan saksi itu di bawah seksyen 121 atau 123 dengan mengemukakan apa-apa keterangan yang boleh mencegah penerimaan keterangannya, Hakim hendaklah menghendaki pihak itu membuktikan fakta

Huraian—Apabila defendan membuktikan bahawa mana-mana saksi tidak ‘adil, Hakim hendaklah menolak keterangan saksi itu tetapi jika defendan tidak dapat membuktikan faktanya Hakim hendaklah meneruskan pemeriksaan saksi itu jika dia belum berbuat demikian atau memberikan keputusannya mengikut keterangan jika dia telah menjalankan pemeriksaan itu.

Apabila dapatan pemeriksa saksi berbeza

  1. Jika pemeriksaan saksi di bawah seksyen 121 atau 123 dijalankan oleh dua orang pemeriksa atau lebih dan sebilangan besar pemeriksa itu berpendapat bahawa saksi itu tidak “‘adil”, maka Hakim tidak boleh membuat keputusan berasaskan keterangan saksi itu.

Saksi yang mati atau hilang

  1. Apabila seorang saksi mati atau hilang selepas memberikan keterangan dalam mana-mana perkara yang berhubungan dengan mu’amalat, Hakim boleh menjalankan pemeriksaan atas keterangannya dan boleh membuat keputusan berasaskan keterangan itu.

Bila saksi dikehendaki mengangkat sumpah

  1. Jika hal keadaan berkehendakkan sedemikian atau pemeriksaan saksi di bawah Bahagian ini tidak dapat dijalankan dan suatu pihak kepada prosiding itu membuat permohonan kepada Hakim supaya saksi itu mengangkat sumpah sebagai saksi benar bagi menguatkan keterangannya, Hakim hendaklah memerintahkan saksi itu mengangkat sumpah sedemikian dan hendaklah mengingatkan saksi itu bahawa jika dia tidak berbuat demikian keterangannya tidak boleh diterima.

BAHAGIAN IV

AM

Rujukan muktamad

  1. (1) Mana-mana peruntukan atau tafsiran peruntukan Akta ini yang tidak konsisten dengan Hukum Syarak adalah tidak sah setakat yang ia tidak konsisten

(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum Syarak.

Pemberhentian pemakaian Akta Keterangan 1950

  1. Apabila Akta ini mula berkuat kuasa, Akta Keterangan 1950 [Akta 56] tidaklah terpakai bagi

Pemberhentian pemakaian Enakmen

  1. Seksyen 53 Enakmen Pentadbiran Hukum Syara’ 1952 [Enakmen Selangor 3/52] bagi Negeri Selangor, sebagaimana yang diubahsuaikan oleh Perintah Wilayah Persekutuan (Pengubahsuaian Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1974 [U. (A) 44/74] dan Perintah Wilayah Persekutuan Labuan (Pengubahsuaian dan Peluasan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak) 1985 [P.U. (A) 352/85] hendaklah terhenti daripada terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan.