Pengenalan Firma
Abdul, Low & Partners adalah firma guaman yang menawarkan perkhidmatan perundangan, sokongan serta penyelesaian permasalahan undang-undang Syariah (Mal & Jenayah) dan Sivil. Kami sentiasa berusaha membantu anak guam kami dan menyediakan mereka dengan penyelesaian undang-undang khusus yang untuk keperluan peribadi mereka.
Kami memahami setiap masalah guaman dan kami sangat komited untuk bersama dengan anak guam kami pada setiap langkah sehingga ke penghujung bagi membantu anda dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Pasukan kami juga terdiri dari barisan peguam yang berpengalaman, cekap serta berkemampuan tinggi untuk membantu anda menghadapi setiap peringkat proses perundangan.
Matlamat asas kami adalah untuk menambah nilai kepada pelanggan kami dengan menyediakan pelanggan kami dengan penyelesaian undang-undang yang cepat, kos efektif serta khusus bagi setiap permasalahan pelanggan kami. Dengan penekanan terhadap penyelesaian praktikal dan inovatif ini, ia memacu firma kami ke arah kejayaan kami dalam pelbagai bidang kepakaran.......More